Mendapat Rawatan Fisioterapi di Klinik Kecederaan Sukan Fakulti Sukan dan Rekreasi Uitm - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, November 14, 2019

Mendapat Rawatan Fisioterapi di Klinik Kecederaan Sukan Fakulti Sukan dan Rekreasi Uitm

Assalamualaikum semua.. dah hari ke 5 kaki mama terseliuh. Alhamdulillah ada sedikit perkembangan positif. Kalau Korang tengok kaki mama ni memang sangat mengerikan dengan lebam teruk di bahaguan kanan  kaki area buku lali dan sebelah kiri kaki pun ada lebam semasa pergi berjalan hari tu. Moral of the story, hati hati semasa berjalan, terutama sekali kalau menginap di hotel yang ada swimming pool[Baca review Teega Residence Suite]

Ramai yang suruh mama pergi hospital bila tengok kaki mama tapi alhamdulillah rasanya tak perlu. Mama pergi ke klinik yang mama selalu pergi dan doktor syorkan mama agar mendapatkan Rawatan Fisioterapi di Klinik Kecederaan Sukan Fakulti Sukan dan Rekreasi Uitm

Rawatan Fisioterapi di Klinik Kecederaan Sukan Fakulti Sukan dan Rekreasi Uitm






Sebenarnya ini adalah pertama Kali mama dengar tentang klinik Ni. Kebetulan doktor Anuar yang merawat mama rupanya adalah antara pengasas klinik Ni. No wonder dia tahu Dan suggest mama ke sini.



Klinik Ni terletak di Dalam Fakulti Sukan Dan Rekreasi Uitm (FSR).

Parking






Memang agak sukar kalau Kita orang luar Ni bila nak masuk ke FSR sebab Ada alang danya yang Ada kad staff je Boleh masuk. Mama Cuba juga Usha parking untuk orang awam. Mak aii memang jauh Dan terpaksa Naik tangga. Dengan kaki mama Macam Ni memang bukan option yang baik. 

Disebabkan desperate mama try call no klinik. Rupanya staff di situ Boleh bukakan palang untuk Kita masuk Dan parking di Dalam Fakulti. Syukur sangat Tak perlukah mama jalan jauh-jauh. In fact Dr Anuar Ada juga bagitau tentang buka palang Ni. Cuma mama Tak Tau macam Mana nak contact diorang je.


Harga rawatan. Harga bagi student Dan orang awam Tak sama. Tapi dengan harga RM 30 masih sangat murah Tau. Kalau ke hospital private minimum RM 100 kena bayar.


Rawatan Fisioterapi Buat Kaki terseliuh

Rawatan yang mama terima adalah terapi menggunakan ultrasound di area kaki yang sakit. Melalui bacaan mama, Terapi Ni bagus untuk terseliuh teruk macam mama Ni sebab frekuensi tinggi dari Ultrasound menambah haba Dan membantu merawat deep tissue. Staff di situ letak gel di sekeliling buku lali Dan berulang-ulang lalukan mesin tu di sekeliling kaki selama 10 minit. Cuma dia Tak kacau sangat kawasan bengkak sebab dia kata still baru.

Selepas rawatan mama ada terasa kaki sedikit ringan dan mengurangkan  seedikit kesakitan mama. Alhamdulillah Ada sikit improvement. 


Bilik rawatan. Yang merawat mama adlah staf perempuan.

Terima kasih banyak-banyak pada staf klinik kecederaan FSR yang sentiasa tersenyum Dan membantu mama..

Senarai Rawatan Dan Harga di Klinik Kecederaan Klinik Kecederaan FSR Uitm

Ni mama ambil dari FB klinik Kecederaan FSR. Kalau nak tahu harga sebenar Boleh call sendiri klinik.

  • Sport Massage

    RM 100Full Body Massage
  • Nutrition Clinic

    RM30Nutrition Consultation by Dr Mahenderan
  • Physiotherapy

    RM30 Per Session / RM10 for UiTM staffSoft tissue rehabilitation for acute sport injuries
  • Sport Massage Half Body

    (RM50)Half Body (Upper or Lower Body)
  • Body Impedance Analysis (Inbody)

    RM10Body Analysis


Detail Klinik Kecederaan Sukan Fakulti Sukan dan Rekreasi Uitm

Alamat:

Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor

No tel: 03-5521 1338
Waktu operasi: Isnin-Jumaat dari 8.30 pagi - 5 petangFacebook

15 comments:

  1. menariknya kak, harga pun kira murah sangat tuh, moga dapat cepat sembuh kaki akak tu ye... kalau tak nk ke mana2 pun rasa tak best

    ReplyDelete
  2. Menarik plak erk...harga pun murah tu...harap lepas ni cepat elok..jangan lasak2 sangat tau

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ada pusat fisio ni untuk orang awam juga. harga pun kira okay lagilah. Apepun semoga cepat sembuh kak

    ReplyDelete
  4. semoga lekas sembuh ye mama. rm30 tu berbaloi sungguh

    ReplyDelete
  5. Kira murahlah jugak harganya kan kak.. Dah buat fisio lega sikit. Semoga cepat sembuh ye kak

    ReplyDelete
  6. jangan lasak2 sangat ya Mama.. rehat je banyak2..

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh.
    Thanks for info.

    ReplyDelete
  8. nasib baik jumpa tempat yang spesialist begini...

    harga memang murah giler dan saya harap mama pipie cepat pulih..

    kesian juga menahan sakit lama sangat

    ReplyDelete
  9. wah murah gak harga tu... biasa tengok bil terperinci masa buat fisio dekat r,180 untuk satu sesi dia caj kat company (private)... kena nak buat banyak kali menangis kalau bayar sendiri... so antara tempat yang perlu dikongsi.. cuma kat sahah alam je ke yang ada.. uitm kat selayang or sungai buloh takde erk? kut kut kak adda ada info..

    ReplyDelete
  10. bagusnya ada kemudahan macam ni esp utk mereka yg tinggal jauh utk dpt kn khidmat pakar

    ReplyDelete
  11. gws ye.
    skang dah kurang ke sakit nyer?

    ReplyDelete
  12. Ramai yg X tau tentang tempat ni that's why mama.share. benda baik Kan. Selepas sebulan kaki mama terseliuh Dan mengalami soft tissue injury. Alhamdulillah jalan dah ok,boleh solat MCM biasa. Cuma Ada sikit je bengkak lagi yg menyebabkan mama takleh turun tangga normal. Yg lain dah ok kechali bahagian dlam kaki Masih Ada sakit.. bahagian dlm Tu agaknya yg injured

    ReplyDelete

Words of wisdom