Lunch di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Salam Jumaat semua, mama baru nak panas enjin dan nak setelkan post2 basi mama. Mama Lunch di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor ni sebelum puasa aritu. Mama dan en hubby ada urusan dan kami sempat lunch kat sini sebab perut dah lapar. 


Lunch di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor  

Tempat ni berdekatan aje dengan opis mama. En hubby yg teringin nak makan kat sini so mama ikut aje

Lunch time memang ramai orang


Inilah menu kami berdua. Kami tak ambil kepala ikan pun sebab masa tu yg ada besar betul saiznya. Lagipun mama bukan reti sangat makan kepala ikan hihi. Kami gilir-gilir ambil lauk, tetiba perasan eh sama pula lauk kami.


Cuma en hubby ada ambil ikan bawal kecil goreng krup krap ni, mama takde

Tengoklah saiz kepala ikan ni. Besar pinggan. 


Makan dengan ulam-ulaman

Total harga makanan kami ialah RM 34.20 termasuk air Nescafé ais yg kami tapau sebab nampak ada orang tapau nampak sedap. Hakikatnya biasa aje rasanya di tekak mama hihi..

Harga Kari Kepala Ikan RM 40-70 ikut saiz. Yg dlm gambar tu  berharga RM 70 penuh pinggan tu. Mama rasa boleh makan3-4 orang. Bila sedang makan kat sini tetiba baru mama teringat yg boss mama pernah belanja makan kat sini. Dia yg seorang foodie juga yg bgtau kari kepala ikan sini sedap. Memang sedap kari dia pekat. Masa kami datang beberapa tahun dulu memang ramai org sangat.


Maklumat Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor 

Don Kari Kepala Ikan Shah Alam

Alamat: Suria Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:  7 am–7 pm

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Lamanya tak makan kari kepala ikan...masak sendiri x sama dengan makan yang kat kedai

    ReplyDelete
  2. huiihhh besaq nyaaa
    terliur laa pulaaaa

    ReplyDelete
  3. Mesti sedap sangat tu, harga mahal tolak tepi. Tapi jauh dekat Shah Alam pulak..

    ReplyDelete
  4. nampak sgt menyelerakan... yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  5. Wah..cocok nih..saya penggemar kepala ikan..apalagi kalau ada sambal dan lalapan...👍

    ReplyDelete
  6. Tiba-tiba ternampak ulam ulaman tu....sukanya......tak pernah pulak makan kat sini.

    ReplyDelete
  7. Aisssh langsung teringin mam 😍😍😅. Tapi tadi saya cek jaraknya dari corus hotel ke sana, ternyata jauuh yaa hahahahha. Saya nak ke KL stay di sana. Jadi lagi cari tempat kuliner yg bisa saya coba nanti 😄

    ReplyDelete
  8. I recently had lunch at Don Fish Head Curry in Section 16, Shah Alam, and the food was fantastic! The curry was rich in flavor, and the fish was cooked to perfection. It's a great spot to enjoy some authentic Malaysian cuisine. By the way, if you're interested in healthcare, I read about Dr. Karin Vela, a family physician with diverse expertise, especially in diving medicine. She's been tackling health issues like Vitamin D Deficiency Dubai, which is becoming more common in that region.





    ReplyDelete
Previous Post Next Post