Lauk Raya 2024

Harini mama nak buat post wordless wednesday aje sempena Wordless Wednesday. Mama baru perasan yang mama takde cerita pasal momen raya pun kat sini. 

Ini je 3 lauk yang mama masak di malam raya termasuklah nasi impit. Jadilah untuk makan sendiri. Tapi ada juga lauk beli tau hihi. Tahun ni mama tak balik kampung.

Simple je menu mama kan. Mama masak pun tak banyak sangat. Ayam rendang 2 ekor, lodeh dan kuah kacang 1 kg. Mula-mula ingat ipar duai nak berkumpul sama-sama tapi last2 change plan. Makcik kami ajak beraya di rumah rumah makcik dan pakcik sebab diorang jemput raya pertama tu. Maka, berkumpul la kami dengan keluarga yang besar di Shah Alam, TTDI dan Cheras. Alhamdulillah seronok dapat jumpa ramai family, walaupun bukan semua.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. sedapnya kuah kacang...tak puas makan masa raya hari tu...nanti nak repeat lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun plan nak repeat lepas raya nanti linda. tunggu anak balik serama nanti hihi

      Delete
  2. menu kita lebih kurang sama tapi saya langsung tak sempat nak ambil gambar juadah raya.awal pagi dah kena serbu dengan tetamu terus lupa nak ambil gambar meja makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hariraya mama pun tak sempat ambil gambar afzan. tu gambar dalam periuk dan ada yg masa buka hihi

      Delete
  3. Akak pun sama, ada rendang daging, rendnag udang,, sup gearbox, kuah kacang..itu je..xde beria masak banyak2 macam dulu ..takut basi..hahaha

    ReplyDelete
  4. Tak banyak tapi semua nampak sedap mam 😄😍. Memang raya tak best kalo belum ada lontong dan kawan kawan 😄

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap semua lauk raya tu mama. Pagi raya mcm biasa mak mertua buat daging masak hitam, adik ipar pulak buat rendang daging dgn kuah kacang. Tahun ni takde lauk ayam hihi.

    ReplyDelete
  6. Lontong je tak jumpa raya ni. Selalu je makan walaupun tak raya. Warung dekat rumah ada jual. Tapi makan lontong time raya ni lain sikit feel 😬

    ReplyDelete
  7. Whoaa..Nampak sedapp!

    Psst: Lauk apa yg dibeli tu...Hek hekk..Saja kepochi 😂

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya mama pipie! cutenya nama mama heheheh oooo mama beraya kat shah alam lah yer? ok jer beraya mana2 pun..yg penting dpt berkumpul dgn yg tersayang

    ReplyDelete
  9. Menu lengkap hari raya bagi saya, lagi sedap kalau dapat rendang daging dan Alhamdulillah raya kali ni mak saya masak rendang daging kesukaan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun suka rendang daging tapi en husband suka rendang ayam. kalau mama buat sate daging goreng baru rasanya lengkap. mama suka satay goreng

      Delete
  10. Replies
    1. kala org johor kena ada lodeh baru namanya raya sha

      Delete
  11. tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  12. Alamak mereka tidak jadi datang pula ke rumah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post