Perkara Tak Di Ingini Berlaku - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, November 12, 2019

Perkara Tak Di Ingini Berlaku

Seperti yang mama ada beritahu dalam post sebelum ni ada perkara terjadi Kepada mama. Something happened iaitu mama telah Terjatuh Dan Terseliuh semasa bercuti di Perak Hari Ahad lepas. Jadi, hati hati la semasa melancong, perkara tak diingini boleh berlaku di mana mana saja, tak kira di hotel ataupun homestay. [Baca - Pengalaman menginap di ES Homestay Raub Pahang]. Kalau Korang perasan dalam ig mama banyak gambar yang mama upload semasa bercuti di Perak bersama adik beradik mama. Banyak nak cerita tentang percutian kami tapi apakan daya terjadi perkara yang Tak diingini pula.

What happened is.. mama terjatuh yang agak teruk Dan mama dah 2 Hari MC. Rasanya esok masih lagi Tak boleh ke office. Kaki masih bengkak Dan lebam.






Gambar  di  atas tu Kompleks Sejarah Pasir Salak.  Di situlah mama terjatuh. Sampai sekarang mama Tak boleh recall macam.mana mama terjatuh. Tetiba dah Ada atas lantai je meraung haha.. Pelik juga sebab selalunya mama mesti ingat contohnya masa sekolah darjah 6 dulu terseliuh Masa main getah. Bayangkan getah Masa tu paras bahu, mama lompat dan Masa landing tu tersalah move.. teruk juga Masa tu. Menangis tak ingat dah lah masa tu kat  rumah kawan mama. Satu lagi kejadian masa mama kat UM. Jatuh 2 Mata anak tangga sebab di situ tempatnya gelap Dan mama  ingatkan dah sampai di ground. Rupanya Ada anak tangga lagi. Masa tu pun meraung huhuu.. ngeri bila ingat balik. Esoknya menangis teresak2 sebab kaki sangat sakit terasa masuk angin. Tu the worst.

Tu antara kejadian yang teruk dn banyk Kali juga mama terseliuh. Kali ni jatuh agak pelik sebab mama tak ingat. Then beberapa minit lepas jatuh mama sangat terkejut tengok kaki mama sebab ada bengkak sebesar bola tenis di area buku lali. Masa tu takut gak Kalau Ada tulang lari.





Selepas jumpa doktor di Seri Manjung doktor suspect soft tissue injury tapi kalau dalam Masa 2 Hari masih tak ok doktor suruh ke hospital. Nampaknya 2 hari dah berlalu dan kaki mama masih bengkak dan ada lebam pula di situ. Adik mama yang nurse dah sibuk  suruh gi hospital.  Terima kasih juga pada kak Suria Amanda tolong tanyakan doktor. So far, feedback not good. Huhuu....takutnya. Malam ni mama nak x-ray dulu. Semoga tiada apa yang serious. Korang tolong doakan ye. Maybe bad tissue injury.

Bila kaki sakit  ketika bercuti memang potong mood mama. Mujur sebelum tu dah jalan byk tempat. {Baca - Review percutian di Redang Lagoon Kuala Terengganu]. Mama baru je berangan nak ke Pulau Pangkor tapi apakan daya.. semoga sakit ini menghapuskan dosa Dan pasti ada hikmahnya kan..

32 comments:

  1. Jangan lupa tu pi xray tgok apa yang x kena..kalau muscle koyak pun lama nak recover..pelik lebam biru tuh taku fracture..pi tau...jangan x pi plak...nanti makin teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu ok kak.. tq Tau tanyakan doktor akak tadi. Hopefully takde yang serius

      Delete
  2. Allahu. semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh seperti sedia kala. aamiin

    ReplyDelete
  3. Stay strong ye mama. Dugaan Allah dkt mama. Izzati akan doakan moga2 mama cpt smbuh. Aamiin. Take care tau mama. Tabah ye.

    ReplyDelete
  4. Gi hospital better kak, lama2 bengkak boleh masuk angin.

    ReplyDelete
  5. Aduh..sakitnya tu kak terjatuh. Moga cepat surut bengkak dan cepat sembuh. Aaminnn...

    ReplyDelete
  6. Buat xray dulu
    Mudah2an takde kecederaan dalaman yang serius

    ReplyDelete
  7. semoga cepat sembuh ye mama.. =)

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa x-ray mamapp.. Sepanjang MC banyakkan berehat..
    Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
  9. aduhai, memang tak best la bila tengah cuti jadi gitu kak...
    moga di permudahkan semuanya tau, moga takde apa yang serius ye kak

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie. Untuk keterangan lanjut sila layari
    http://www.zukidin.com/2019/11/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html.
    Terima kasih....

    ReplyDelete
  11. semoga cepat sembuh dan berehat dengan tenang ..

    jangan risau.

    setiap sakit pasti hikmahnya

    ReplyDelete
  12. Mudah-mudahan takde apa yang serius. Cepat sihat ye mama.

    ReplyDelete
  13. aduhh. semoga cepat sembuh kakinya.

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh, Mamapp. Saya selalu terjatuh. Tak tahulah kenapa😅. Tapi nasib baiklah tak sampai terseliuh. Pernah sekali jatuh sampai lebam kaki.

    ReplyDelete
  15. Tq semua.. alhamdulillah takde retak etc.. badly sprained je. Tq atas dia semua

    ReplyDelete
  16. semoga segala hal kecik sampai besar yang terjadi pada kita menjadi penghapus dosa-dosa kita , cepat sembuh ya sis

    ReplyDelete
  17. Allah nak bagi mama rehat agaknya. Apapun, moga cepat baik. Syafakillah

    ReplyDelete
  18. didoakan semoga mamapp cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  19. Semoga baik baik saja buat kak Adda

    ReplyDelete
  20. Semoga kaki kak Adda semakin baik..

    ReplyDelete
  21. Allah..dah okey ke ni, adda. moga kaki cepat elok macam biasa.

    ReplyDelete
  22. syafakillah... harap2 ketika sy bc sis dah kembali sihat seperti sedia kala....

    ReplyDelete
  23. oh kisahnya...

    nak share la jugak.
    member aida terseliuh. lebih kurang gini.
    tau tak? tulang kat area buku lali dia tu = patah!!!
    kena operation,mamapp.
    hu hu hu... 3 bulan bertongkat!

    bahaya tau terseliuh, terpelecok.
    nampak simple but akibat nyer... Allahu Akbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaa jgn takutkan mama aida oii.. bengkak tak baik lagi ni. adik nurse akak dah membebel tu

      Delete
  24. tq semua atas doa korang. kaki mama ada improvement tapi masih lagi bengkak..

    ReplyDelete
  25. Semoga cepat sihat ye mama, lepas sihat nanti boleh pergi ke Pulau Pangkor ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq zarini.. terasa nak berjalan makan angin dah ni

      Delete

Words of wisdom