Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Sunday, November 25, 2018

Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap

Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap ini mama dapat dari kawan mama. Beberapa hari lepas kami rakan di pejabat secara suka-suka tongtong duit dan masak Siakap Kengsom ni. Honestly mama tak pernah dengar pun nama resepi ni. Kawan mama yang kenalkan dan rupanya ramai juga yang tahu menu ini. Walaupun kali pertama memasak ternyata Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap ini memang menjadi. Sedap sangat sebab terasa pedas, masam dan manis di tekak. Rasa yang balance dan pedas memang pembuka selera. 

Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap

Makan dengan sambal budu lagilah terangkat you..


Sekali tengok rupanya macam asam rebus. Memang style masak pun macam asam rebus cuma kelainannya adalah bila letak kangkung dan nanas. Senang juga bila dah ada sayuran dah tak perlu nak masak sayur dah. Lengkap dah khasiat dalam lauk ni kan.

Jom kita tengok bagaimana cara masak Siakap Kengsom ini.

Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap

Resepi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap

Bahan dikisar:
  • 5 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup


Bahan bahan lain:
  • 2 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji nenas 
  • Seikat Kangkung
  • 1 1/2 ketul gula melaka saiz kecil
  • 3 keping asam keping
  • Asam jawa secukupnya
  • Garam 


Cara cara memasak:
  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk beserta serai dan nenas. 
  2. Masukkan  air secukupnya dan masak sehingga mula mendidih
  3. Masukkan ikan, air asam jawa dan asam keping.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan kangkung.
  5. Masak sehingga daging ikan masak.
  6. Kemudian. masukkan perahan jus limau. 
  7. Siap! Sedia untuk dihidang bersama nasi.
Sedappp!! Mudah saja Kan.



17 comments:

  1. pernh juga makan menu ni..sedap juga

    ReplyDelete
  2. Mama pipie, sesuai sangat makan bila cuaca sejuk hujan dapat hirup kuah kengsom memang terbaek!

    ReplyDelete
  3. Mama pipie, sesuai sangat makan bila cuaca sejuk hujan dapat hirup kuah kengsom memang terbaek!

    ReplyDelete
  4. Aaaa....sedapnyaaa....akak baru je beli siakap pagi tadi 😋

    ReplyDelete
  5. Wah macam sedap nie Adda.. nak cuba juga lah nanti..

    ReplyDelete
  6. complete dengan sayurnya sekali... sedap ni..

    ReplyDelete
  7. mcm tersa2 je masam kuahnya kt tekak... sedap hirup gitu je...
    tak pernah try bt sndiri... nk tryla dh akak dh share nih

    ReplyDelete
  8. sedapnya bila ada nanas sebab rasa dia masam manis tu

    ReplyDelete
  9. siakap kengsom...hemm pastinya lezat dan gurih nie

    ReplyDelete
  10. wahh ape ni ? ray x penah try pun

    ReplyDelete
  11. Sedap betul, menu Kengsom ni. Nak try lahh..

    ReplyDelete
  12. Tgk je dah menyelerakan kak. Rasa nk cuba terus haa.

    ReplyDelete

Words of wisdom