Resepi Otak Lembu Goreng - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, October 14, 2019

Resepi Otak Lembu Goreng

Resepi Otak Lembu Goreng. Assalamualaikum.. ramai tak kat sini suka makan otak lembu? Sebelum kahwin mama memang tak pernah dengar langsung perihal orang makan otak lembu sampailah mama berkahwin dan baru mama tahu keluarga sebelah husband memang sangat suka otak lembu goreng ni sampai berebut-rebut nak otak lembu especially masa korban. Dari mak mertua mama lah yang mama belajar masak dan kat sini mama nak share Resepi Otak Lembu Goreng yang menjadi kegilaan family diorang..

Otak Lembu Goreng.. Sapa penah makan?

Mama? Mama cuma pernah makan 2 kali je seumur hidup mama. Pertama kali masa Syafi masih baby. Masa tu mak mertua paksa makan hikhik.. mama rasa sikit je. Latest, mama makan hari minggu lepas. Kali ni boleh masuk tekak dah tapi mama tak makan byk pun hihi.. cannot lah..  Bagi can orang yang lagi suka otak lembu goreng makan..



Jom mama share Resepi Otak Lembu Goreng..

Resepi Otak Lembu Goreng



Bahan-bahan:

Otak lembu - dibersihkan dan dipotong sederhana besar
5 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
Sedikit Air Asam jawa
Serbuk kunyit secukuonya
Minyak utk menggoreng

Cara-cara memasak:
1. Otak lembu yang telah dibersihkan dicampurkan dengan air asam jawa dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi (tak perlu tunggu sehingga terlalu garing)
3. Masukkan otak lembu yang dicampur dengan air asam jawa. Kaup balikkan dalam kuali agar tidak hangus. Kalau nampak ada banyak buih itu adalah normal ye.
Otak Lembu Goreng .. berbuih tu perkara biasa

4. Goreng sehingga otak lembu menjadi garing dan angkat.

Siap! Dihidangkan bersama nasi panas.. letak kicap sikit. mabeless woo.. Syafi pun makan tapi masa mula-mula tu mama x beritahu dia ni otak lembu ahaks

Boleh tengok video Di YouTube mama


20 comments:

  1. Boleh makan ye kak Adda.. Sha tak pernah makan.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan kak, takat otak ikan penahla makan... tapi otak lembu memang tak pernah terlintas di pikiran... ada kwn kata masak kerutup sedap katanya, ada yang kata masak lemak cli api... macam2 masakan boleh cuba

    ReplyDelete
  3. family dina suka otak lembu masak lemak cili api. Dina tk pernah cuba.

    ReplyDelete
  4. Otak lembu sedap..org NS selalu buat masak lemak cili api campur daun kunyit

    ReplyDelete
  5. makcik kite sukala makan ni.. suka naw kalo ada orang tamo otak lembu. dia kutip dlu.
    tak pernah rasa. paling berani pun CT makan paru je. hehe..

    ReplyDelete
  6. kalau x tak tau, rasanya boleh makan..hihi..tapi kalau tau, terus mental block..huhu..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan Adda.. macam mana ya rasanya tu Adda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kena paksa makan baru makan.. rasa Di xde lah teruk.. macam lemak2 gitu.. hihii

      Delete
  8. Korang kena rasa sendiri baru Tau..mama.pun kena paksa baru Cuba Kiki.. rasanya macm lemak2 Dan garing2.. ramai gak yg suka masak berkuah kan

    ReplyDelete
  9. alamakkkk.. kenot go la ngn otak lembu..
    kalo kena paksa mkn sy nangis.. haha

    ReplyDelete
  10. Peh.. Sejujur Naim tak lalu nak makan. haha

    ReplyDelete
  11. Great Information sharing .. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with sims 4 news– On Xbox One, PS4 and PC.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan lagi otak lembu ni, lain-lain organ dah try otak ni belum pernah. apa rasa dia?

    ReplyDelete
  13. selalu kalau dpt daging korban org kasi otak lembu tapi xde siapa yg pandai msk...

    ReplyDelete
  14. erk, tak pernah makan ni...baru tahu boleh makan

    ReplyDelete

Words of wisdom