Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, April 2, 2020

Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap

Mama rasa mama pernah share Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap kat blog ni tapi bila mama nak cari tak jumpa pula. Sebenarnya ada banyak cara untuk buat spaghetti bolognese ni. Kalau tak guna sos instant macam dalam post ni pun boleh, boleh buat guna tomato puree je. Tapi disebabkan mama nak share Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap yang simple maka mama pun nak share cara simple je la ye.







Pada awalnya mama buat sos bolognese ni untuk mama buat lasagna. Tapi disebabkan anak mama dah lapar maka mama pun buat 2-in-1 lah.. Senang kan. Spagheeti boleh dimakan sambil-sambil tunggu buat lasagna tu..

Baca juga


Spaghetti Bolognese untuk anak mama yang kelaparan








Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap

Jom kita tengok cara mudah mama buat kuah bolognese
Inilah bahan-bahan yang mama guna

Bahan-bahan yang diperlukan


Spaghetti secukupnya - rebus sehingga lembut, angkat dan tos kan. Gaul dengan sedikit olive oil/ minyak masak supaya tidak melekat dan cantik berkilat kejadiannya..

Bahan untuk Buat Sos Bolognese

400g daging kisar (mama guna daging ayam)
1 labu bwg besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu  kecil lada hitam
4 biji cili  padi (jika suka pedas)
1 tin  sos prego (tradisi)
1 tin  sos prego (cendawa)
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato dan cili benggala jika suka


Tu dia cili mama. Ada ni baru sedap tau.

Boleh tengok.video macam mana nak masak Di Sini


Cara memasak

1. Panaskan 2 sudu butter. Nak guna olive oil pun dialu-alukan
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api
3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Masukkan sos Prego tradisi dan sos Prego cendawan dan kacau rata. Mama gunakan 2 jenis sos ni sebab mama malas nak beli cendawan. Bila dah ada PRego cendawan kan dah ada cendawan dalam tu..
6. Perisakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.
Siap..

Nak hidangkan, letak spaghetti di dalam pinggan dan diikuti kuah bolognese. Tabur parutan mozarella cheese atau parutan cheddar cheese. Tabur sedikit oregano di atasnya.. yum.. yum.. selamat menjamu selera..

21 comments:

  1. Hari tu pun LeYa ada buat Spaghetti Bolognese .. Tapi resepi dalam FB... Tak terbuat lagi untuk tulis dalam blog...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pun selalu but tapi setelah bertahun2 akhitnha dptgak buag entry Leya.. hha

      Delete
  2. antara banyak-banyak resepi spagetti, yang bolognese ni paling tak gemor.. Hehe Tapi makan la jugak.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke aien.. terbaik plak mama sekeluarga suka ma'am Bolognese

      Delete
  3. Nampak sedap sungguh. Rajinnya mama

    ReplyDelete
  4. Nak buatlah. Bahan² ada. Nanti nak suruh suami beli cheese mozarella @ permesen cheese. Hat jenis ni je lalu mkn. Lain2 xlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah makin lama makin xtau nak makan apa Kan.. nanti akak pun nak buat lagi ni

      Delete
  5. Replies
    1. Mmg sedap.. anak2 bush makan siap.cakap terima kasih mama, sedapp

      Delete
  6. Feveret CCL ni . Kalau masak spaghetti mesti add on cili padi biar pedas sikit .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama La kita.. kadang2 mama letak Kari sikit.. Rasa Ada melayu touch sikit

      Delete
  7. Sedap. Lama tak buat padahal beli spagheti dah sebulan lebih terperuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spaghetti X busuk sebab Tu saya pun selalu buat stok

      Delete
  8. Sedap kak... dana dah lama tak msk bolognise kat umah... biasa cabonara jd, kita masak apa yg boss beli je heheheh

    ReplyDelete
  9. cam lain sikit resipi mama ni..boleh la cuba..tapi kena tggu pas PKP..dua bahan sos prego tu, x de stok kat rumah..hehe

    ReplyDelete
  10. sedap dan mudah.. craving pula nak makan spaghetti..

    ReplyDelete
  11. waa ni resepi fusion ni sebab ada cili padi..hihi
    mama sebut lasagna, teringin pulak kita nak buat..

    ReplyDelete
  12. baru teringat ada kuah bolonis kat dlm freezer.
    lebihan buat ari tu.
    terasa nak buat lasagna la ptg nanti.

    ReplyDelete

Words of wisdom