Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, March 10, 2020

Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi

Resepi Basqueu Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi. Assalamualaikum semua. Harini mama nak share Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi. Mama memang suka sangat burnt cheesecake ni Tau. Lebih jimat dan berbaloi buat sendiri, boleh makan banyak2 Kan.








Tak perlu guna mixer, Tak perlu guna oven. Mama guna blender dan air fryer je. Sangat mudah. Sekejapan je dah siap.

Baca juga


Inilah burnt cheesecake mama.. sedap dan gebu.  Jom kita tengok resepi








Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi

Bahan-bahan yang diperlukan. Terlupa nak letak gambar esen vanilla hihi 

Bahan-bahan:- 

-250gm cream cheese
-3 sudu besar gula castor
-2 biji telur (sebelum Ni mama letak 3 biji tapi rasa telur agak kuat. 2 biji ok)
-2 sudu besar tepung gandum
-125 ml whipping cream (dlm gambar tu 250ml so mama boleh buat 2 Kali)
-1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara memasak:


1. Masukkan telur, whipping cream dan semua bahan dalam blender 
2. Blend sampai adunan sebati dan gebu.
3.Tuangkan adunan tadi dlm loyang
4.Masukkan adunan dlm Air Fryer Dan bakar dengan suhu 180 darjah selama 25 minit
5. Setelah masak biarkan sejuk dlm Air Fryer dulu kemudian baru keluarkan.
6. Hias dengan gula aising dan buah-buahan jika suka
7. Siap!! Sedia untuk dihidang. Lagi sedap jika disejukkan terlebih dahulu

Ni la rupa burnt cheesecake mama . Cantik kejadiannya

Yum..yumm.. memang sedap sangat. Nanti mama nak cuba buat cheesecake jenis lain pula. Kalau nak tau cheesecake apa, tungguuu...

Boleh jugak tengok video mama ni




30 comments:

  1. sedapnya mama.. Bila nak buat ntah ni. Tunggu je la..

    ReplyDelete
  2. ada tgk org buat ni..nanti nk cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trending sekarang Amy.. Sana sininbiat atau beli.makan.ni kan

      Delete
  3. alaaaa kita takdok airfrayer lagi,...

    ReplyDelete
  4. dah lama teringin, tapi nak buat tu lah, hihi

    ReplyDelete
  5. Asal ada cream cheese confirm sedap kak. Terliur tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ana.. makn dia je.mmg dah sedap lagi la bila nmasak

      Delete
  6. Aduh... menggoda sungguh la cheese ni... Tapi nak buatnya... tak tau la bila.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kek kegemaran saya! Saya nak cuba buat dah...

    ReplyDelete
  8. Mmg sedap try la buat mmg confirm jadi fan sedapp sgt.. buat sendiri jimat

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa.. lama tk makan cheese cake..

    ReplyDelete
  10. Alah mamapp ni laju dia. PH baru plan nak buat BCC ni, mamapp dah siap makan pun hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha craving la pH.. Ni pun Ras nak buat lg

      Delete
  11. rajinnye mama buat cheese cake yg sedap dan mungil ghittuuu

    ReplyDelete
  12. SAYA TAG ANDA : https://jm2u.blogspot.com/2020/03/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    ReplyDelete
  13. waalaikumussalam. cantik hasil kejadian nya ^_^

    ReplyDelete
  14. tiba2 teringin mau beli Air fryer. haha

    ReplyDelete
  15. Sedapnya kak.. Meh hantar sepotong.. hehehe

    ReplyDelete
  16. wahhhh.. mesti sedap ni.. resepi pun nampak simple :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah kek sekejapan je habis. Esoknya mama.buat sebiji lagi petg dah habis haha

    ReplyDelete
  18. Cooking with an air fryer is a healthy alternative to deep-frying using oil. Hot air fryers use heated air instead of hot oil to cook food. air fryer reviews

    ReplyDelete

Words of wisdom