Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Sunday, February 25, 2018

Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia

Siput buluh/Pepahat ni selalu dijual Di area Kuala Selangor Dan pantai Remis Kan. Mama ni sebenarnya baru-baru juga mengenal siput buluh Yang sesetengah orang panggil pepahat atau ambal ni tau. First time mama jumpa Pepahat masa berkursus Di genting tapi masa Tu mama tak suka rasanya. Mungkin sebab hotel masak tak sedap Dan Pepahat dia Pula verbau. Ngeri nak makan. Second time mama makan masa bershellout aritu. Kali ketiga mama makan ialah apabila mama Cuba masak sendiri. First time mama buat Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia ni. Alhamdulillah Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia ni menjadi lah juga.

So, sini mama nak tepek Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia. Jomlah baca..

Siput Buluh / Pepahat Masak Halia



Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia

Bahan-bahan:
Sekilo siput buluh / pepahat, bersihkan Dan tos airnya
2 inch Halia dihiris
3 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, dihiris
5 Bawang putih, dihiris
5 biji Cili api belah 2 (mama suka pedas so mama letak 10 biji haha.. cubalah kalau berani)
1 Sudu besar sos tiram
Garam secukupnya

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar sehingga layu
2. Masukkan halia, cili api dan bawang putih Dan goreng sehingga agak garing
3. Masukkan sedikit air, anggaran semangkuk air.
4. Masukkan siput Buluh/pepahat dan sos tiram..
5. Gaulkan sebati Dan masukkan garam secukupnya
6. Tutup kuali sebentar supaya siput buluh / pepahat masak sekata.
7. Boleh dihidangkan





28 comments:

  1. Sedap tu mama..ciktie pernah makan sekali baru heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang2 dimakan Dan dilihat siput Pepahat ni kan

      Delete
  2. Macam nak try. tapi macam pelik pula rupa dia. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena Cuba naziman. Rasa dia mcm lala atau kupang aje tapi version panjang haha

      Delete
  3. tak pernah lagi ni... hmmmm... baru tahu ni..

    ReplyDelete
  4. Kalau masaknya betul sedap ni berebut-rebut.
    Tahun lepas ada beli di tamu, anak-anak pertama kali rasa.
    Semua berebut makan licin.
    Tapi nak ambil jenis siput ni susah sebab duduk jauh dalam tanah, boleh luka-luka tangan tercucuk tajam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting jangan berbau Kan kak.. nak ambil sendiri Dalam tanah mmg x lah haha. Saya beli aje

      Delete
  5. siput what ?? buluh !! omg ni first time ray dgr n tgk

    ReplyDelete
  6. sipu menggelikan, jijik kalau dimasak

    ReplyDelete
  7. pepahat penah mkn skali masa pegi umah pesakit masa keje kat sepang dulu.. best gak rasa dia tp isi dia sikit sgt la...tak cukup !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Ada size yg besar sikit. Mama dpt yg besar cikyan. Puas makan haha

      Delete
  8. Sedap...boleh tukar ngan lala dan kerang jugak kan...hehehe..ada je SA cuba nak derhaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak.. boleh aje diganti dgn lala, kerang, etc

      Delete
  9. sedap tapi sye tak pernah masak sendiri. pernah makan dekat seoul garden ja

    ReplyDelete
  10. sedapnya siput ni..aku memula cuba makan masa kat ana ikan bakar petai dulu..

    ReplyDelete
  11. macam sedap je
    thanks shere the resepi.. want to try

    https://apeyop.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. Sedapnya Adda, Kak Sue belajar makan masa food review kat Selangor rasanya..

    ReplyDelete
  13. Tak pernah makan lagi.sesap eh kak sue.rasa apa eh

    ReplyDelete
  14. Fav Bonde ni.. memang suka sangat, nnt nak cubalah resepi ni :)

    ReplyDelete
  15. Pepahat ini tak pandai lagi makan.. kikiki..

    ReplyDelete

Words of wisdom