Ini Dia Positive Yang Orang Paling Tak Gemar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Saturday, March 26, 2022

Ini Dia Positive Yang Orang Paling Tak Gemar

Assalamualaikum semua.. Positivity adalah satu perkara yang memang digalakkan dan perlu dipupuk dalam diri kita semua. Insya Allah semua impian boleh dicapai dengan sikap dan minda yang positive. Tapi sejak 2 tahun ini, ada satu positive yang orang paling tak suka.. Itu lah dia positive Covid-19.Tapi kalau sudah diduga dengan positive yang satu ini maka bertabah la dan terimalah dugaan ini dengan hati yang tenang dan berbaik sangkalah dengan yang esa.  

Baca ni juga:


Result latest swab mama Di bawah.. huhu..



Minggu ni keluarga mama akhirnya dikunjungi oleh encik covid. Mula-mula en hubby yang kena dulu. Buat self test sebelum masuk office tetiba nampak ada 2 line. Tak tahu mana dapat. Tapi yang pastinya 2-3 hari sebelumnya mama dan en hubby pergi ke sana sini beli barang-barang nak masuk asrama untuk anak mama. Selepas tu ada pergi ke klinik bawa bapa mertua yang tak sihat.

Alhamdulillah simptom en hubby cuma sakit tekak, dan sedikit demam. Dan sejak malam tadi anak mama yang mama dah asingkan dari kuarantin bapanya pula diserang sakit tekak. Pagi tadi mama suruh dia buat self test, dan dia pun akhirnya terjangkit jua. 

Mama? Mama diserang sakit tekak juga sejak 2 hari ni tapi result mama masih negative semalam. Nanti mama buat lagi test. Semoga kedua-dua boifren mama cepat sihat. Doakan ye korang. Next week anak mama dah nak kena check in asrama. Tak pasti lah boleh check in 4/3/22 ni atau tak. Belum tanya cikgu lagi.

Latest update result test mama 3.30pm

Huhuu nampaknya mama pun dah terjangkit

Doakan kami ye. So far mama pun Sama juga simptom sakit tekak dan badan dear. Tu je..




12 comments:

  1. Aduh terkena juga.
    Innalillahiwainnailahirajiun. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Dah nak masuk fasa endemik. Harap cepat sembuh. 😌

    ReplyDelete
  3. Semoga kak adda dan keluarga tamat trnpoh kuarantin dgn semua nya baik2 belaka kak adda.. syikin pn tgh kuarantin hari ke 5..category2a.. doakan sy juga kak😊

    ReplyDelete
  4. Sekarang positif ni pun orang dah suka
    Boleh cuti kerja
    Siap buat tipu2 lagi nakkan positif

    ReplyDelete
  5. Allahu... moga segera sembuh, sy pun dah lepas seminggu kuarantin sebab +ve covid bantuk n selsema masih ada tak beransur kurang... cuba macam-macam petua dan alhamdulillah semakin berkurangan

    ReplyDelete
  6. Allahu.. semoga cepat sembuh Adda sekeluarga ya..

    ReplyDelete
  7. semoga akak sekeluarga di beri kesembuhan ye kak.....

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh...jangan stress2 ye...

    ReplyDelete
  9. semoga mama satu famili segera sembuh

    ReplyDelete

Words of wisdom