Kali ke 3 Swab Test, Zikir dan Doa Menghadapi Wabak Covid-19 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, May 28, 2021

Kali ke 3 Swab Test, Zikir dan Doa Menghadapi Wabak Covid-19

Kali ke 3 Swab Test, Zikir dan Doa Menghadapi Wabak Covid-19. Dalam bulan ni saja nampaknya mama dah 3 kali buat swab test covid 19. Kali terakhir adalah semalam. Alhamdulillah result mama negatif walaupu ada dikalangan rakan mama yang positif. Mama jadi close contact kepada 4 orang rakan sepejabat. Semoga semua yang tested positif dan sedang demam2 tu cecepat sihat. Setiap 9 orang yang positif tu ada yang ada simptom dan ada yg takde. Walau apapun Covid19 is no joke so please patuhi SOP ye gais. Baca ni juga:


Di musim pandemik ni baru mama sedar satu perkara. Jika ada kes dimana ahli keluarga perlu dikuarantin, maka mereka perlu di asingkan dalam satu bilik yang dilengkapi dengan bilik air. Kerana itulah pelan rumah amat penting sebagai persediaan untuk perkara seperti ini. Mungkin kita kena consider buat lebih bilik air dalam bilik untuk kes macam ni.


Zikir dan Doa Menghadapi Wabak Covid-19






Dibaca Pagi Selepas Subuh dan Petang Selepas Maghrib.


1.  Zikir Selepas Solat Subuh Dalam Keadaan Duduk Tahiyyat (10 Kali)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu)


2.  Zikir Pagi dan Malam (3 Kali)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)


3.  Zikir Pagi dan Malam (3 Kali)

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)





4.  Zikir Pagi dan Malam (11 Kali)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

(Maha Suci Allah, pujian untukNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung)


5.  Zikir Nabi Yunus (11 Kali)

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِـمِينَ

(“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri)


6.  Doa

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاء وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

(Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa).


‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

(Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)


اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ

(Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat)


Marilah sama-sama kita ikhtiar. 


Daripada: Asatizah Ikram Negeri Johor



12 comments:

  1. alhamdulillah... negatif tuuh

    ReplyDelete
  2. Berhati-hati ya Adda. Memang kena tegas patuh SOP sebab virusnya makin ganas.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih... perkongsian baik....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah negatif. Semoga baik baik selalu :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah negetive mama..take care & stay safe ya!

    ReplyDelete
  6. Aamiin doa2nya.
    Mudah2an tiada jangkitan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih mamapipie atas perkongsian doa-doa ni. InsyaAllah boleh diamalkan :)

    Stay safe!

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing mama. Bahaya kluster tempat keje ni sebab kita duduk ruang tertutup dalam tempoh yang lama. Semoga kita terhindar dari wabak ini

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan urusan Mama dan dijauhkan dari covid 19

    ReplyDelete
  10. ngeri and dangereous wabah covid 19 ini
    swab test segera
    jaga jarak
    pakai masker
    dan rajin cuci tangan dengan sabun di air mengalir ya

    ReplyDelete
  11. alamak kesiannya..

    pandai rasa seram juga saya dibuatnya.

    ini memang dugaan yang berat juga

    ReplyDelete

Words of wisdom