Lunch di Ikan Bakar Lubuk Pedati Baling Kedah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, May 31, 2021

Lunch di Ikan Bakar Lubuk Pedati Baling Kedah

Selepas selesai urusan pendaftaran anak mama dan selamat sudah masuk ke asrama, kami suami isteri pergi Lunch di Ikan Bakar Lubuk Pedati Baling Kedah. Terletak di pekan Baling tempat ni sangatlah damai dan best. Pemandangan kat sini memang superb sampai mama terbayang kalau bina rumah kat sini memang best sangat. Hari-hari boleh tengok pemandangan yang segar macam ni. dan  dengan susunan pelan dalam rumah yang bijak tentu boleh jadikan rumah tu macam rumah peranginan. Fuh, jauh berangan mama. Lunch di Ikan bakar Lubuk Pedati Baling Kedah.







Baca entry mama di Baling juga di sini:


Lunch di Ikan bakar Lubuk Pedati Baling Kedah

Ini antara lauk yang mama dah ayah order untuk lunch kami.

Mrnjalar ikan bakar. Rasanya ni ikan siakap kalau x silap mama

Mama ambil ikan pari, bendi celur dgn kuah asam pedas. Makan dgn sambal kicap, Sedapp

Sambal makan sambil layan pemandangan tepi sungai. Alahai damainya..

Kami sempat photoshoot kat sini. Kalau tengok bebetul Ada gua kat situ kan. Sedap makanan kat sini. Makan tepi sungai dan enjoy view yg cantik.


Pengalaman makan kat sini memang priceless. Makan tengah hari di tepi sungai yang terletak di kaki gunung Baling. Selain dari ikan bakar ada juga menu lain seperti asam pedas. Total yang kami bayar untuk makanan kami ialah RM 25.50. Kami minum air kosong aje tak beli air manis. Selepas makan mama dan en hubby sempat bergambar berlatar belakangkan kaki gunung Baling dan gua yang ada di situ.


Depan kedai


Maklumat Ikan bakar Lubuk Pedati Baling Kedah

Ikan bakar Lubuk Pedati Baling Kedah

Alamat: No 12 Kampung Lubuk Pedati, Kampung Pantai Pulai, 09100 Baling, Kedah



11 comments:

  1. Terliur tengok ikan bakar salut sambal tu!

    ReplyDelete
  2. cantiknya view! menyelerakan betul ikan bakar tu😋😋😋

    ReplyDelete
  3. makan ikan bakar simple cam tu pun dah sedap... xperlu byk menu... catik viewnya... damai je

    ReplyDelete
  4. nampak lezat sekali kak...ikan dan lalap okra, juga sambal dan pemandangan indah...oh sungguh nikmat mana lagi yang Kau dustakan hehe

    ReplyDelete
  5. Memang feeling habis kalau macam kat sini.

    ReplyDelete
  6. Haah cantik pemandangan. Makan sambil tengok gunung.

    ReplyDelete
  7. Sedappnyaaa BTW, rabia ada dm IG akak tauu .

    ReplyDelete
  8. Saya pernah sekali saja ke Baling, ada saudara duduk di sana. Next time kalau ke sana lagi nak cari lah tempat ni. Thanks share mama

    ReplyDelete
  9. Cantiknya view!!! Mesti best kan makan tepi sungai!!

    ReplyDelete

Words of wisdom