Pelan Banglo 6 Bilik dari Dawaibesi.com - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 2, 2021

Pelan Banglo 6 Bilik dari Dawaibesi.com

Pelan Banglo 6 Bilik dari Dawaibesi.com. Tentu seronok bila dapat mendirikan rumah impian atas tanah sendiri kan. Bagi yang mencari idea pelan rumah bagi 6 dan 5 bilik tidur mama nak share Pelan Banglo 6 Bilik yang dikongsikan oleh Nas Nuri Construction melalui websitenya di dawaibesi.com secara percuma saja tau. 








Senarai Pelan Banglo 6 dan 4 Bilik Tidur dawaibesi.com Bagi Rumah 1 Tingkat Dan 2 Tingkat

Setelah memilih kontraktor yang bagus, pemilihan pelan rumah amat kritikal kerana ia akan melibatkan bajet serta keselesaan kita nanti. Kerana itu lebih baik kita memilih kontraktor rumah yang ada menyediakan khidmat melukis pelan rumah seperti Nas Nuri. Harini mama nak senaraikan Pelan Banglo 6 dan 5 Bilik Bagi Rumah 1 Tingkat Dan 2 Tingkat oleh Nas Nuri.. Mari kita sama-sama cuci mata cari idea mana tau nak bina banglo sendiri nanti. Kalau nak lihat pelan lain boleh pergi ke website dawaibesi.com. Ada 30 pilihan pelan rumah ready made yang boleh dipilih. 


Pelan Rumah 1 Tingkat Dengan  5 dan 6 Bilik Tidur

Bila bina rumah sendiri tentu sekali kita kena consider jumlah bilik tidur kan. Selalunya kita akan consider jumlah anak dan jenis bilik yang kita nak guna. Contohnya 3 orang anak ada 3 bilik, termasuk bilik tidur kita dan mungkin 2 lagi bilik akan dibuat sebagai bilik tetamu atau ruangan solat. Sebab tu pilihan 6 bilik atau 5 bilik adalah selalunya yang terbaik dan selesa. Jom kita cuci mata tengok dulu Pelan Rumah 1 Tingkat Dengan  6 Bilik Tidur.


1) Pelan rumah 1 tingkat 5+1 Bedroom 4 Bathroom Cerun Bukit (3691 kaki persegi)

Pelan rumah setingkat 6 bilik tidur, 4 bilik air. Rumah di cerun bukit yang cantik dan buat nampak macam 3 tingkat instead of 2 tingkat.



Cantiknya rumah ni. Bila tengok pelan rumah pun rasa selesa. Mama suka jenis yang ada family area dan ada bedroom di depan family area macam ni. Selain tu master bedroom pun best ada balcony boleh tengok view yang menyegarkan. Pelan rumah 6 bilik + 4 bilik air ni sesuai untuk rumah di cerun bukit. 


2) Pelan Rumah 1 Tingkat 5 Bedroom 5 Bathroom Hall tinggi (2782 kaki persegi)

Pelan rumah 5 bilik tidur, 5 bilik air dengan hall tinggi


Cantiknya rumah banglo setingkat dengan 5 bilik tidur ni. Master dan Guest Bedroom terletak berhampiran dengan ruang tamu dan 3 bilik tidur lagi terletak di bahagian belakang. Setiap bilik tidur  dilengkapi bilik airnya sendiri. Pelan bilik di belakang ni buat mama teringat rumah lama mama semasa di Pahang. Bila tiba masa tidur senang nak ajak adik beradik masuk tidur sama-sama. Hall yang tinggi memberikan impak keluasan dan elegan. 

Bestnya kalau dapat banglo macam ni. Laman pun luas boleh tanam pokok keliling rumah. Guest bedroom yang dilengkapi bilik air terletak berhampiran dengan ruang tamu. Jadi ianya menjaga privasi tetamu dan tuan rumah.

3) Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bedroom 4 bathroom (5221 kps)

Pelan rumah 5 bilik tidur, 4 bilik air



Pelan banglo setingkat yang luas dan cantik. Putih berseri.

Mama memang terpikat dengan rekaan rumah ni yang menitikberatkan elemen nature dengan open courtyard di dalam rumah. Pelan rumah sebegini sesuai untuk kebanyakan tanah lot dan sesuai di mana-mana lokasi.



Pelan Rumah 2 Tingkat Dengan  5 dan 6 Bilik Tidur

Selain rumah satu tingkat, ramai juga yang sebenarnya lebih menyukai rumah banglo 2 tingkat. Keputusan membuat rumah banglo 2 tingkat selalunya dibuat bila mempunyai keluasan tanah yang agak terhad atau ingin memaksimakan ruang. Di sini mama kongsikan Pelan Rumah 2 Tingkat Dengan  6 Bilik Tidur pula ye.


1) Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat 6 Bedroom 7 Bathroom Untuk Weekend Resort (4208 kps)

Gambar 3d rumah banglo 2 tingkat weekend house
Pelan banglo 2 tingkat yang bercirikan modern concept ini sesuai untuk rumah yang terletak di tanah tinggi dan mempunyai pemandangan menarik. Sesuai sekali untuk dijadikan rumah rehat atau rumah peranginan.

pelan rumah banglo 2 tingkat weekend resort
pelan rumah banglo 2 tingkat weekend resort
Pelan rumah banglo 2 tingkat 6 bilik tidur, 7 bilik air

Pelan rumah ini sesuai bentuk rumah yang memanjang ke belakang dengan tangga yang terletak di hadapan pintu masuk utama, sama seperti kebanyakan rumah banglo yang dijadikan hotel yang pernah mama tinggal. 3 bilik tidur terletak di tingkat bawah dan 3 bilik tidur lagi terletak di tingkat atas. 


2) Pelan rumah 2 tingkat 6 bilik tidur 6 bilik air. 3096 kaki persegi

Pelan rumah banglo 2 tingkat 6 bilik tidur, 6 bilik air


Sekali tengok rumah ni nampak macam english syle dari luar. Pelan rumah ni sesuai untuk rumah keluarga yang terletak di kawasan bandar. Terdapat 2 bilik tidur di tingkat atas dan setiap bilik ada akses ke bilik air. Living area bersiling tinggi dan memberikan impak ruangan yang luas.

Pelan tingkat bawah

Pelan tingkat atas

Sekali tengok pelan rumah ini mempunyai ruang tamu yang tinggi dan ianya tentu memberikan keselesaan kepada ahli keluarga yang berkumpul di ruangan ini. Boleh letak lampu chandelier cantik-cantik yang memberikan impact mewah.


3) Pelan rumah 2 tingkat 5 + 1 bilik tidur 5 bilik air. 5156 kaki persegi

Pelan rumah banglo 2 tingkat 6 bilik tidur, 5 bilik air


Rumah ni pun nampak moden sebab rekaan bumbung sebegitu.
Pelan Tingkat bawah

Pelan tingakat atas

Terdapat 2 bilik tidur di tingkat bawah dan 4 di tingkat atas. Ruangan makan yang terletak di sebelah dry kitchecn dan ruang tamu yang terletak berasingan memberikan privasi especially ketika rumah dikunjungi tetamu.

4) Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bedroom 5 bathroom (luas 2954 kaki persegi)

Banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur dan 5 bilik air yang nampak mewah

Pelan Banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur dan 5 bilik air


Pelan rumah ini mempunyai tempat santai di hadapan rumah dengan adanya patio berbumbung. Boleh buat mini garden dan letak gazebo atau kerusi taman kat sini. 2 bilik tidur terletak di tingkat bawah dan 3 bilik tidur terletak di tingkat atas. Bedroom 3 dan 4 berkongsi 1 bilik air yang terdapat di ruang luar bilik. 


Pelan Rumah Banglo Percuma dan Design Banglo Terkini oleh Nas Nuri

Amacam seronok tak tengok rekabentuk dan pelan rumah banglo dari Nas Nuri ni? Memang ralit dan rasa teruja dengan setiap pelan rumah yang ada pelbagai fungsi dan kesesuaian. Harus diingat, keputusan memilih pelan rumah adalah keputusan paling besar kerana ia memberi impak long term dalam decision making yang kita buat. So, jangan tersalah pilih pelan rumah tau. Bagi sesiapa yang ingin dapatkan idea dan mencari pelan rumah yang terbaik bolehlah layari website Nas Nuri. Di situ ada lebih banyak pelan rumah yang menarik tau. Klik sini https://www.dawaibesi.com/2018/08/pelan-rumah-banglo-jenis-lukisan.html.

Maklumat Lanjut Berkenaan Nas Nuri Construction

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan membina banglo atau pelan rumah, korang boleh hubungi Nas Nuri melalui details di bawah. Nas Nuri Construction adalah kontraktor bumiputra yang mahir dan berpengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia pembinaan rumah. 


Logo-Nas-Nuri%2Bsaiz%2B580
transparent

NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852 Sales: 019-3487372
E-mel: sales.nasnuri@gmail.com
Website 1: https://www.dawaibesi.com/
Website: 2 www.nasnuri.com
Facebook : FB Nas Nuri


15 comments:

  1. Berangan hendak rumah cantik dan kemas, konsep ruang terbuka. Amin.

    ReplyDelete
  2. Suka yang 2nd last tu. Modern style.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan nampak lain dari rumah yg biasa kita tgk

      Delete
  3. sukanya, nak bookmarklah entry mamapp ni, sedang mncari idea utk rumah sendiri nanti, amin semoga tercapai!

    ReplyDelete
  4. Wah nice semua pelannya.. cantik2... Tapi, untuk sekarang ni mampu tengok je. Huhuuu.. moga suatu hari nanti dapat buat rumah macam ni..

    ReplyDelete
  5. Paling suka yang Pelan rumah banglo 2 tingkat 6 bilik tidur, 6 bilik air tu. Nampak moden dan design cantik

    ReplyDelete

Words of wisdom