Review Bukit Merah Laketown Resort, Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, June 1, 2021

Review Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Review Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Setelah habis semua urusan di Kedah maka pulang lah kami suami isteri ke rumah. Disebabkan perjalanan  dan jarak yang jauh maka kami terpaksa cari tempat bermalam untuk 1 malam. Badan pun dah penat dah. Review Bukit Merah Laketown Resort, Perak.







Kami check in waktu ni dah hampir maghrib sebab kitaorang dinner dulu sesiap. Memang convenient sangat sebab Bukit Merah Laketown Resort, Perak ni terletak berhampiran dengan tol. Dlam masa sebulan 2 kali mama dan ayah menginap ke sini. Masa ambil anak mama dari asrama kami singgah ke sini lagi. Mama memang puas hati dengan bilik yang kami tempah. Pelan bilik yang luas dengan sinki yang terletak di luar bilik air memang praktikal sangat.

 

Review Bukit Merah Laketown Resort, Perak

First time kami ke sini masa time PKPB. Memang tak ramai yang stay sini. Rasa aman damai aje. Masa tu rasanya waterpark masih dibuka tapi mama tak masuk pun. Ye lah sape lah nak main air kan. kitaorang berdua aje masa tu.



Bilik standard untuk 2 orang tapi ada 2 katil. Satu queen dan 1 single. Memang berbaloi kan. Di bahagian bawah katil single tu ada satu lagi tilam single.


Dilengkapi dengan meja dan juga meja solek. Bilik memang luas dan selesa. Kali ke dua ke sini kami bertiga siap boleh solat terawih berjemaah lagi kat sini.

Sinki ni terletak di depan bilik air. Memang convenience sebab senang nak basuh cawan atau gosok gigi kat sini. Tak berebut dengan orang nak nak mandi atau melepas hajat.

Bilik air dilengkapi water heater style zaman dulu yang ada paip air panas dengan air sejuk. Kena pandai adjust je

Ada kettle dan juga nescafe

Ada juga sabun dan, bath foam dan shampoo

Laundry basket pun ada..


Ada TV comel dan mini fridge.juga

Antara perkara yang mama suka tentang Bukit Merah Laketown Resort, Perak ni ialah tempat parking yang banyak dan bilik yang privacy. Kalau duduk di tingkat bawah korang boleh parking depan bilik aje.


So far mama memang suka duduk kat sini. Dah lah kami dapat rate yang murah di Agoda. Bilik standard RM 109++ masa kali pertama, dan stay kali kedua Rm117, actual price RM 420++. Memang berbaloi sangat. Hotel ni memang mengikut SOP dan staff pun peramah. Maka tak mustahil kalau ke Kedah lagi mama akan stay sini lagi.


Maklumat Bukit Merah Laketown Resort, Perak



Bukit Merah Laketown Resort
Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Telefon: 05-890 8888


14 comments:

  1. Nampak selesa.
    Murah gila daripada RM400 lebih jadi RM100 lebih. Potongan lebih 50%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul na.. kalau bukan sebab pkp tentulah mahal sgt

      Delete
  2. Saya teringin nak pergi waterpark Bukit Merah ni. Bilik nampak selesa, harga pun murah. Rasanya kalau tak musim pandemik, tak dapat harga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau waterpark buka ada harga pakej

      Delete
    2. Oh.. Ok tunggu habis pandemik nanti. Rindu nak main waterpark

      Delete
  3. cepat2 covid ni terhapus.. amiiinnnnnn

    ReplyDelete
  4. dah dkt 20 thn last dtg sini
    walau dkt dgn kg he hee

    ReplyDelete
  5. cantiknya...tapi sayang sakarang belum dapat pergi lagi.

    mungkin pada masa yang datang

    ReplyDelete
  6. Wah entah bila dapat jalan ke sini... Nampak menarik dan selesa.

    ReplyDelete

Words of wisdom