Kena Swab Test Covid19 Lagi

Keadaan pandemik covid 19 sekarang semakin berleluasa dan sejujurnya semakin kerap mama dengar khabar duka kawan-kawan yang terkena virus ni. Dalam bulan ni je mama pun terpalit juga jadi close contact dan beberapa hari lepas mama Kena Swab Test Covid19 Lagi. Bermakna dah 2 kali dalam bulan yang sama mama kena buat swab.








Baca pengalaman pertama mama kat sini:


Kena Swab Test Covid19 Lagi


Mama menjadi close contact level 2 kepada officemate mama yang positif. Tapi disebabkan kami duduk satu office berpenghawa dingin maka company treat kami as 1st level juga (sebenarnya mmg first level pon). Pasangan kawan mama tu dah demam selama seminggu dan pada hari rabu dia pula mula demam. Bila test didapati dia dan pasangan dia positif.


Maka, syarikat tempat mama bekerja arrange on site swab test dan lebih kurang 50 orang terlibat. Alhamdulillah yg bebetul close contact semua negatif. Tapi, antara 2nd level dapat detect 3 orang positive. Malangnya mama jadi close contact bagi salah sorang tu. Allahu, bahaya betul virus ni. 


Terjumpa gambar ni. terasa kelakar plak. Kalau monalisa idup zaman sekarang mesti macam ni la rupa dia kan haha..


Untuk 2nd swab ni alhamdulillah lebih mudah dan lagi kurang rasa perit kena jolok tu. Agaknya doktor yg buat tu mmg skillful. Antara cara tak nak rasa sakit bila buat swab test ialah jangan keraskan badan, kena rilekkan badan dan jangan terlalu mendongak semasa nak swab tu. Lepas ni agaknya mama pun dah biasa buat swab test dah, macam ambil suhu aje hihi. Kali kedua buat swab ni mama masih juga berpuasa macam sebelum ni.


Harini mama dapat tau lagi beberapa kawan mama dan ada antara ahli keluarga mereka positif. Semoga Allah beri kesembuhan buat mereka yang dilanda musibah ni. Melalui pengamatan dan berdasarkan kisah kawan-kawan, mama dapat simpulkan macam ni. Kalau antara kita yang demam tolonglah jangan pergi bekerja atau berjumpa orang/saudara mara. Bila diserang demam especially waktu kritikal macam sekarang tolong pergi buat swab test Covid. Banyak kes yang macam ni turn out positive covid. Sebab bila dah demam bermaksud virus dah dah berada dalam badan kita lebih 4 hari. So, kena take precaution. Kita jaga kita. Take care ye semua.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah result negative tapi masih tetap kena berjaga jaga kan mama. Semoga selamat semuanyaaaaa.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah berikan kesembuhan buat mereka yang positif. Seram betul kalau ada close contact. Syukur result negative. stay safe and take care.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua dilindungi dari wabak ni aamin. Risau sgt sekarang ni esp byk cases tidak bergejala :(

    ReplyDelete
  4. Aallahu..semoga keputusannya tetap negative..sebab tu akak kat opis memang sepanjang masa guna mask...sembur spray dettol..risau....

    ReplyDelete
  5. Aduh berdebar Adda kalau begini. Kena berjaga-jaga. Memang macam tidak boleh alpa kalau di luar.
    Betul itu masa emak demam, dia takde pun keluar. Nasib baik bukan Covid.

    ReplyDelete
  6. Saya dengar sakit atau tidak sewaktu swab test itu bergantung kepada doktor yang melakukannya. Ada yang agak kasar sehingga menyebabkan rasa sakit, dan ada yang lemah lembut dan tidak menyakitkan atau merimaskan.

    ReplyDelete
  7. Opis mama bagus, ada kes je terus ambil tindakan. Sesetengah company buat bodoh je and mintak pekerja tak bergejala datang macam biasa

    ReplyDelete
  8. oh result negative ya and be always negatif
    tetap pakai masker dan jaga jarak semuanya ya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post