Resepi Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 26, 2020

Resepi Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka

Resepi Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka. Sebagai orang Muo tentulah asam pedas adalah menu feveret mama. Walaupun mama memang suka sangat asam pedas Muo tetapi baru-baru ni mama teringin pula nak masak asam pedas style Melaka. Mama pernah mention sebelum ni mama tak berapa gemar asam pedas Melaka tapi mama nak try buat sendiri guna Resepi Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka ni. 






Dah bermacam asam pedas mama masak dan banyak kedai asam pedas mama dah pergi. Nampak sangat mama dan asam pedas tak boleh dipisahkan. Sambil tu jom baca ni juga:


Resepi Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka

Jom kita tengok Resepi Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka. Mama folo resepi dari Che Nom. Ikut bulat-bulat tapi bahan-bahannya ada juga yang mama derhaka dan mama masukkan bahan-bahan ikut sedap mama hihi. Cuma mama tak masukkan daun kesum sebab takde stok. Kalau ada mesti lagi sedap.


Ayam Masak Asam Pedas Style Melaka ala Mamapipie. Sori gais gambar blur. Sempat amik satu gambar aje


Bahan-Bahan:

Bahan-bahan kisar halus:
  • Anggaran 20 biji cili kering - direbus dan tos air
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1-2 ketul kunyit
  • 1 ketul kecil belacan
  • sedikit air

Bahan-bahan lain:
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air pati asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 4
  • 6 tangkai daun kesum
  • 1 biji terung bulat - belah 4
  • sedikit air, untuk lebih berkuah
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 6 batang sayur bendi - potong hujungnya

Cara-cara memasak:






  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan halba dan tumis bahan kisar bersama serai.
  3. Goreng sehingga cili masak dan naik minyak. Boleh letak air sikit-sikit untuk tak bagi hangus.
  4.  Masukkan ayam. Kaup balikkan sehingga kesemua bahagian ayam kena kuah dan agak kecut.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan daun limau purut dan masak sehingga ayam masak dan naik minyak.
  7. Masukkan bunga kantan, daun kesum, terung bulat serta bendi dan masak sehingga kesemua bahan jadi lembut.
  8. Masukkan kerisik.
  9. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  10. Masukkan tomato.
  11. Siap!
Mudah juga masak asam pedas style melaka ni tapi banyak bahan juga ye. Ada kerisik tu yang menjadi kelainan. Rasa dia memang sedap dan mendapat pujian mertuaku hihi.. Alhamdulillah. Sedap juga asam pedas style melaka tapi asam pedas Muar tetap di hati.


14 comments:

  1. tk pernh lg mkn menu ayam masak asam pedas..biasa mkn asam pedas ikan je

    ReplyDelete
  2. Oh, ada tambahan kerisek ye mama. Belacan mmg akk tak letaklah sbb alahan, selalu buat tak tau plak ada kerisek, bolehla next time letak kerisek, itupun kalo ada stokla, hihi

    ReplyDelete
  3. Ayam pedas dan masam sangat sedap terutama ketika masih suam, nampak menarik untuk mencuba versi Melaka ini

    ReplyDelete
  4. Fuhhh, terbaiklah asam pedas. Favorite ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnya menu nie kak.. Makan pula time hujan.. memang best la..

    ReplyDelete
  6. Memang suka asam pedas juga segala gaya Johor atau Melaka.
    Ok resipi ini ada guna lada hitam.

    ReplyDelete
  7. perghhhh... terangkat macam ni.. suka kalau dapat letak bendi dengan tomato..

    ReplyDelete
  8. kalau goreng ayam tu dulu boleh ke..mama

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan dan tak masak asam pedas

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. terus lapar rasanya Adda.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Lebih suka asam pedas Muar jugak tapi yang Melaka pun makan. Sepesen la kita hantu asam pedas

    ReplyDelete
  12. selalu saya masak asam pedas, guna perencah yang dah siap tu je. hehe.

    ReplyDelete

Words of wisdom