Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 4, 2020

Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple

Assalamualaikum semua, Harini mama nak share Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple  yang mama buat dah beberapa bulan lepas. Tersangkut dalam draft gambar asam pedas mama ni. Korang suka tak makan asam pedas ayam? Selain dari ikan, ayam dan daging pun sedap dimasak asa pedas tau. Kalau nak tau Resepi Asam Pedas Ayam Style Muo Yang Simple marilah baca..







Boleh lihat resepi asam pedas yang lain juga kat sini:

Resepi Asam Pedas Ayam Muo Yang Simple 


Asam Pedas Ayam. Style Muo. Masa mama masak ni takde letak bendi dan tomato. Masak dengan apa yang ada kat rumah aje  


Bahan-bahan:

Bahan-bahan dikisar:
1 mangkuk cili kering, direndam air panas sehingga kembang dan dikisar
8 ulas bawang merah 
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan

1 ekor ayam
1 cawan perahan asam jawa
1 kuntum bunga kantan - belah 4
1 ikat daun kesum
2 batang serai - dititik

2 biji Tomato
8 biji bendi
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara Membuat Asam Pedas :







1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
2. Masukkan serai yang dititik
3. Selepas naik minyak masukkan ayam dan perahan  asam jawa. Kaup balikkan ayam dengan bahan tumisan sehingga sekata dan masukkan, air
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan bunga kantan, daun kesum dan bendi.
5. Perisakan dengan gula dan garam.
6. Setelah cukup rasa masukkan buah tomato dan didihkan seketika.
7.Siap untuk dihidangkan.



30 comments:

  1. Kalau masak asam pedas ni suka yang bahagian tulang2 macam kepak dan kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak.. ratah sedap kan

      Delete
    2. This is food maker training blog. All interesting delicious iteam are shown by writing experience and picture.
      Thanks.
      aws course london

      Delete
  2. Boleh cuba cara orang Muar pula.

    P.S: Jumlah pengira pengunjung sudah lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye NA haha mama perasan gak dan seperti biasa xde org claim. Tq bgtau nanti mama update no baru ye

      Delete
  3. Suka kuah asam pedas. Lebihannya boleh cecah roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap cicah roti buat makan org atau sarapan kan

      Delete
  4. Saya and Hubby suka asam pedas. Sedap dengan daun kesumnya. Tapi anak-anak ni kalau ayam nak masak merah.

    ReplyDelete
  5. nieyl paling suka ayam masak asam pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dulu suka Ilan adam pedas skrg selalunmasak ayam adam pedas sebab en hubby suka

      Delete
  6. alamak.. sedapnya lauk ini.. Lama tak makan..
    sha suka semua jenis asam pedas.. hehehe

    ReplyDelete
  7. thanks sebab jadi top komentator di blog saya..
    ada saya listkan dalam entri terbaru saya..
    jemput singgah..

    ReplyDelete
  8. saya tahu asam pedas melaka je.. tak tahu muo juga terkenal dengan asam pedas.. yg saya tahu mee bandung muo je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tak tau asam pedas muo lagi sedap tau walaupun masaknye senang aje

      Delete
  9. Dulu selalu housemate org muar masakkan asam pedas ayam nie. Baru tau ayam pun boleh masak asam pedas hehehe.

    ReplyDelete
  10. Asam pedas johor mmg sedap, tpi asam pedas ayam tak pernah rasa lgi..cm pelik

    ReplyDelete
  11. Zumal ni walaupun ayah orang muo tapi tak pernah rasa pun asam pedas muo, selalu makan mee bandung ja kalau balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morg muo kena try makan asam dad muo.. asam pedas kat parit jawa.atau asam.pedas jj try la

      Delete
  12. Ada versi Muar juga ye. Macam-macam versi ada. Saya suka asam pedas tapi nak masak asam pedas tak berapa nak pandai. huhu

    ReplyDelete
  13. Asam pedas ayam , memang tak selalu masak dekat rumah... semua suka asam pedas ikan, tapi sesekali boleh cuba buat guna resepi Adda ni... nampak sedap tuuu he he he

    ReplyDelete
  14. Asam pedas ayam, akk suka taruk lada hitam sikit, baru dia bertinju dgn pedas cili kering tu, haha..
    Ayam mmg boleh buat mcm2 resepi kan mama.

    ReplyDelete
  15. asam pedas resepi mana pun memang kegemaran hati ni..mmmmm dappp!

    ReplyDelete
  16. Favourite ni selalu buat. Lagi satu tempat ena suka makan asm pedas muo sedp dkt tg emas tu. Lupa nama kedai dia

    ReplyDelete

Words of wisdom