Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas tentulah menu tradisional yang sangat digemari berkurun lamanya.. Mama memang suka ikan pari masak asam pedas ni. Daging ikan pari kan lembut dan mama suka bahagian yang ada tulang lembut. Boleh dimakan tulang lembut tu kan. Jom kita tengok Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas.
Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas
Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas


Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

(sumber: whatsapp)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Lama tak makan asam pedas ikan pari..okey nanti boleh buat...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. lama tak makan asam pedas..

    ReplyDelete
  3. fuh..teringin pula nak masak...

    memasak memang best

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak ! Dah lama tak makan ni

    ReplyDelete
  5. ikan pari msk asam pds mmg terbaik lah... blm buat lg asam pds bln puasa nih...
    blh jd kan idea utk menu esok lusa nih kak...

    ReplyDelete
  6. ikan pari masak asam pedas memang sangat sedap, lama dah tak makan. kalau makan ni mahu bertambah nasi.

    ReplyDelete
  7. oookay ini cheq surrender. sukaaaaa..!!!! lagi2 bahagia yang panjang2 tu..

    ReplyDelete
  8. dah masak ni ari tu.
    beli 2 keping ikan pari aje.
    sekali masak bagi perabih semua.
    malas nak simpan-simpan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post