Resepi Asam Pedas Daging simple Dan sedap

Resepi Asam Pedas Daging simple Dan sedap.. assalamualaikum semua, mama nak share menu Yang mama masak Hari ahad Yang lepas iaitu Asam Pedas Daging simple Dan sedap. Mula-mula Tu nak masak menu lain tapi bila buka peti ais ternampak daging korban ada lagi maka terus Terasa nak masak Asam Pedas Daging. Masak guna apa bahan yang Ada di dapur saja lah..






Masalah Di rumah ni, daging memang jarang Di masak. So,biasanya mama sangat jarang beli daging. Ayah syafi Pula pantang daging sejak dia sakit dulu. Sememangnya daging sepatutnya kalau boleh dikurangkan lah ye. Professor Dr Azimahtol Hawariah Yang buat kajian tentang cancer pun pernah advise kurangkan makan daging merah Dan banyakkan makan daging isi putih seperti ikan Dan ayam. So,.mama pun secara automatik kuranglah makan daging

Jom tengok macam mana nak masak Asam Pedas Daging simple Dan sedap ni..

Asam Pedas Daging

Resepi Asam Pedas Daging simple Dan sedap


Bahan-bahannya:

1 kg daging lembu dihiris Nipis Dan direbus sehingga empuk (air rebusan jangan dibuang)
1 senduk cili boh
1 Susu besar Asam jawa Di Gaul dengan secawan air
2 batang serai diketuk

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar Dan cili boh sehingga cili garing
2. Masukkan daging beserta air rebusannya Dan biarkan sehingga air sedikit Kering
3. Kemudian masukkan air Asam jawa
4. Perasakan dengan gula Dan garam.
5. Siap!!

Boleh letak daun kesum Dan bunga kantan tapi mama xde stok kat rumah. So, masak.apa yg Ada je laaa Kan.

Haa.. senang je Kan nak masak Asam pedas daging ni. Sedap dimakan dengan nasi atau juga dicicah dengan roti. Minum Pula kopi 434 Di Kala hujan. Aduyaiii sedapnya. Err, korang tau ke kopi 434 Tu apa? Tu kopi muar ye.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. wow... sedap asam pedas tu. Tapi akak dah tak boleh makan pedas pulok

    ReplyDelete
  2. lina pun masak daging hari ni...tapi masak lemak...habiskan daging korban jugak hihi...

    ReplyDelete
  3. Selalu ikan je buat asam pedas... nice sharing...

    ReplyDelete
  4. Wow sedapnya. Nanti nak try masak macamtu la hehe. Btw terima kasih resepinya..

    ReplyDelete
  5. memang sedap! time preggy sebelum nie asek nak makan asam pedas je hari-hari.. haha

    ReplyDelete
  6. Mama
    Daun kesuma tu dau apa. Saya nak tanam

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah..

    ada masa dan rezeki lebih boleh la beli daging untuk buat asam pedas daging.

    ReplyDelete
  8. Sedapnye asam pedas ni...boleh cuba ni...done follow sini...jemput singgah ujangmancai.blogspot.com...terima kasih

    ReplyDelete
  9. boleh cuba ni. tambah 1 lg resepi. tq tq

    ReplyDelete
  10. sedapnya! Dah lama tak makan masak asam daging ni...

    ReplyDelete
  11. Daging korban pun ada lg ni... nanti boleh masak .heheh

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Sha suka semua jenis asam pedas.. hehehe

    ReplyDelete
  13. jarang buat..biasa asam pedas mesti ikan. boleh try ni

    ReplyDelete
  14. Haha baru mama perasan typo. Susah gak nak kena Cari kesuma Cari daun. Anyway mama dh betulkan. Tq Adam. Tq korang sudi singgah blog mama

    ReplyDelete
  15. Mana, satu petua utk buang bisa daging ialah rebus daging Dan buang air rebusan tu, makcik akk ajar, dia kata darah tu bisa so buang je air rebusan tu, daging baru still manis walaupun dah rebus dulu.
    Asam pedas daging mmg win, akk pun penah buat.

    ReplyDelete
  16. Hari tu punyalah stok daging korban, lupa pulak nak masak asam pedas. Tengok gambo MP ni teringin pulak. Tapi asam pedas MP tak merah ye....mcm rendang pulak rupanya

    ReplyDelete
  17. xminat daging..hhe
    tapi asam pedas layann ^,^

    ReplyDelete
Previous Post Next Post