Resepi Jus Mulberry - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, October 17, 2019

Resepi Jus Mulberry

Resepi Jus Mulberry

Rasanya macam dah setahun post Resepi Jus Mulberry mama ni tersimpan dalam draf huhu.. So, harini mama nak share lah cara mama buat Jus Mulberry. Di rumah ada pokok mulberi dan bila kita cantas dahannya cepat aje dia akan berbuah. Berbuah pula memang banyak.. Sebab tu mama boleh buat jus. Kalau makan gitu jangan cakap lah.. Sangat kerap. Banyak khasiat yang kita boleh dapat dari pokok mulberi tau. Tak perlu sampai kita keluar jalan jalan & makan di kedai pun. Kita boleh buat sendiri di rumah. Boleh baca sini Mulberry dan Khasiatnya.


Jus mulberry mama.. merah mengancam you


Jom tengok Resepi Jus Mulberry. Simple aje. Saja nak share sini untuk kenangan..

Resepi Jus Mulberry

Bahan-bahan:
1 cawan buah mulberry
2 cawan air (boleh ubah ikut citarasa)
2 sudu gula
Perahan jus lemon dari 1 slice lemon


Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan dan blend kesemuanya.
2. Boleh tapis jika mahu (mama tak suka tapis. Mama suka kunyah-kunyah sambil minum)
3. Letak ais. Siap!

Ini ada mama share di Youtube mama



24 comments:

  1. Replies
    1. ni versi akak linda.. ok gak letak lemon sikit ada rasa masam2

      Delete
  2. semua berry punya khasiat bagus untuk penyakit syaraf

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. elok kita tanam sorang sepokok lkalau macam ni. mulberi senang nak jaga

      Delete
  3. bestnye....rietta xpernah lg buat jus, makan gtu aje, maklumla buah xbyak, itu pun rakan kerja yang bg...

    PS: rietta pun hanya berkesempatan untuk ke pulau utara je, insyALLAH jika ada rezeki nak ke pulau selatan pula....

    ReplyDelete
  4. masa buah tgh banyak aritu mama sampai terfikir nak buat jem lagi tau

    ReplyDelete
  5. menarik warnanya..tak pernah lagi rasa mulberry

    ReplyDelete
  6. Anggur kecil hehe tak pernah rasa lagi mulbery ni

    ReplyDelete
  7. meleleyyy ailio kita mama...menengok gambarnye aje da kecurrrr

    ReplyDelete
  8. Sedepnya.. warna merah dia mengancam..
    Kalau Sha memang tak sempat jadi jus.. Buat kunyah sambil membaca je buahnya.. hehehe

    ReplyDelete
  9. buah mulberry yg kecik2 tu ke, mama..klu buah ni, dulu saya ingt tak boleh makan..haha..sekali lepas biras petik buah ni dpn saya, terus makan..saya like..laaa boleh makan ke..adeh...

    ReplyDelete
  10. Mana nak dapat anak pokok mulberry tu?

    ReplyDelete
  11. wah, boleh cuba nanti. dekat rumah kita ada pokok mulberry.

    ReplyDelete
  12. menggoda warnanya kak, mulberi kat rumah baru nak belajar2 berbuah, lama lagi baru dpt buat jus gini

    ReplyDelete
  13. masam masam manis.. sedap ni.
    tak penah lagi minum jadi jus tapi penah rasa. pegi rumah kawan mak dia kasi rasa..
    meriah betul buah pokok dia..

    ReplyDelete

Words of wisdom