Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, May 22, 2019

Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang

Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang. Mama ni memang takkan lari dari resepi mdah dan senang.. sebab biasalah ibu bekerja ni kenalah cepat dan simple kan.. Haha alasan aje tu.. Mama memang suka masak yang senang-senang aje.. Jom tengok Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang..

Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang

Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang

Bahan bahan:

3 potongan ikan jenahak
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cili padi - jika suka pedas
2 biji Tomato - potong 4
Daun sup
Sedikit baby tomato

Cara cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang dan halia yang dihiris. Goreng sehingga naik bau. 
  2. Masukkan sedikit air, kentang dan cili padi dan biarkan air mendidih. 
  3. Kemudian masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan lada hitam, tomato dan garam secukupnya.
  4. Setelah kentang empuk, masukkan daun bawang dan tutup api. Biasanya mama tak potong daun bawang tu (petua mak mertua). 
Siap.. Mudah saja kan. Boleh juga tabur bawang goreng semasa menghidang jika suka..

21 comments:

  1. Mudah,ringkas,cepat..sedap.PC bila makan sup ni..suka hirup kuahnya..entah perangai dari kecil macam tu..satu kepuasan..kadang mama bising juga..orang lain dapat kuah sikit je...hahahaha..maka orang lain sila bergembira makan isi dengan kuah yang sedikit ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa sama lah kita. mama pun jenis yg suka hirup kuah.. kita geng

      Delete
  2. Bestnya sup ikan jenahak Mrs. A sekeluarga pun suka.
    Pastu makan dengan cili kicap fuh! mereciks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh.. cili kicap mmg membangkitkan selera

      Delete
  3. Sedapnya..husniey suka juga sup ikan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husniey pun suka ye.. sedap dan berkhasiat kan

      Delete
  4. Wah ikan jenahak. Sedap buat sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seap kan.. tapi ikan jenahak masak apapun seap pada mama

      Delete
  5. Sedap tu...anak anak mmg suka sup ikan

    ReplyDelete
  6. Mudah dan senang, yang pentingnya sedap

    ReplyDelete
  7. sedapnya ohohoi... cikyan jarang buat sup ikan.. nanti boleh la mencuba..

    ReplyDelete
  8. ray pernah makan a few times je ikan jenahak ni

    ReplyDelete
  9. ikan jenahak sedap.. buat sup time posa2 ni lagi la sedap bila makan dgn cili kicap kan

    ReplyDelete
  10. fav sup ikan..tp lama tk masak...tp guna ikan merah

    ReplyDelete
  11. aduh aduh..bikin perut lapar ni mama...resepi yang simple dan senang.bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  12. Hidangan berkhasiat, simple & sedap. Dah lama x makan sup ikan, rasa teringin pulak.

    ReplyDelete
  13. pembuka selera waktur sahur ni..

    ReplyDelete
  14. waduh, sedapnya....
    sup ikan is my peberet... tak kisah ikan apa, ikan jenahak lg lah sedap

    ReplyDelete
  15. saya ni kadang bukan nya tau sangat nama ikan. yg tau, makan ja. hahahaha

    ReplyDelete
  16. alahai...sedapnya mama...terbayang2 diri ini menghirup kuahnya...slurppppp

    ReplyDelete
  17. MIL Sha pun jenis tak potong daun bawang dengan daun sup.. Rasa sup lagi power..

    ReplyDelete

Words of wisdom