Resepi daging goreng kunyit berkuah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, September 5, 2017

Resepi daging goreng kunyit berkuah

Resepi daging goreng kunyit berkuah.. Assalamualaikum semua.. mama nak tanya korang tahun ni dapat banyak ke daging korban? Alhamdulillah tahun ni rezeki mama dapat 3 kilo daging. Maka, bermulalah pencarian nak masak apa daging ni. Perkara biasa selepas musim raya Haji Kan. Semalam mama sempat memasak 1 kilo daging goreng kunyit berkuah. Kenapa berkuah? Sebab bila lembab-lembab berkuah Tu Yang Terasa best nak makan especially kalau dengan nasi panas. Wow.. Resepi ni tak boleh kering sangat  nanti daging jadi liat. Sesiapa nak tengok Resepi daging goreng kunyit berkuah Ada Di bawah ye. Kali ni mama buat versi lembap2 gitu. Sebelum ni mama pernah masak daging Rusa goreng kunyit juga tapi kuah nya mama lebihkan. Apapun terpulanglah kepada korang nak masak macam mana..

Daging goreng kunyit berkuah

Resepi daging goreng kunyit berkuah

Bahan-bahan
1 kg daging
4 Sudu besar serbuk kunyit
2 jari kunyit hidup ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili merah dihiris
1/2 cawan Minyak masak
Garam

Cara memasak
1. Rebus daging Yang telah dipotong Nipis. Air biar menutupi Keseluruhan daging.
2. Campurkan serbuk kunyit Dan kunyit hidup Yang telah ditumbuk beserta garam ke Dalam periuk rebusan daging. Kemudian rebuslah sehingga daging empuk.
3. Setelah daging empuk, rebus lagi sehingga air rebusan tinggal sikit
4. Masukkan minyak masak kedalam periuk.
5. Goreng daging Dan masukkan bawang besar Serta cili merah. Tambah garam jika perlu.
6. Siap untuk dihidangkan. Ingat jangan goreng sehingga kuah kering tau.

Alhamdulillah.. selesai satu pertiga daging korban mama..  Hmm.. lagi 2 kilo daging nak masak apa ye...

11 comments:

  1. selamat hari raya adda..wow..npk sedap daging tu..hihi..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hariraya AidilAdha juga buat lily sekeluarga. Memang sedap lily, sesuai lauk ni utk budak2

    ReplyDelete
  3. Selalu makan yang tak ada kuah... nice resepi...

    ReplyDelete
  4. ermmm....yummy nya mama....tahun ni xde org bagi daging korban hihi

    ReplyDelete
  5. menu kegemaran ni!ratah macam tu pun sodap!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya mama..lagi 2 kilo buatlah masak bulgogi korea tu ke..haha. pandai cakap je saya ni

    ReplyDelete
  7. Selatan hariraya AidilAdha utk semua ye.

    ReplyDelete

Words of wisdom