Review Korean Drama Time Yang Kuat Main Emosi

Review Korean Drama Time Yang Kuat Main Emosi. Korang ingat lagi tak post mama yang ni Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen. Memandangkan mama ni tak kenal lagi masa tu drama korea apa yang best, maka mama usha drama lakonan Kim Jung-Hyun yang berlakon dalam Mr Queen tu. Mama suka lakonan dia. Selepas mama tengok Welcome to Waikiki, mama decide nak cari cerita lakonan Kim Jung-Hyun yang lain pula. 






Review Korean Drama Time Yang Kuat Main Emosi

Bila baca sinopsis, first time mama dengar perkataan melodrama. Bila baca memang cerita ni nampak akan jadi sedih dan bila baca komen netize ramai yang kata sgt sedih sampai ada yang tengok balik cerita Welcome to Waikiki untuk ubati jiwa diorang. Bila baca ni nak tergelak pun ada. Cerita ni so tense sampai pelakon lelaki tak dapat nak habiskan lakonan dalam cerita ni dan wataknya dihentikan sebelum cerita berakhir. Sampai went hiatus 2 tahun sebab depress tau. Fuh, dasat.

2 pelakon utama cerita Time



Sinopsis Korean Drama Time


Tajuk drama: Time 

Genre: Romance, Drama

Jumlah Episod: 32

Tarikh tayangan: July  - September 2018

Pelakon : Cheon Soo-Ho (Kim Jung-Hyun), Seol Ji-Hyun (Seohyun)


Sinopsis: Kisah mengenai Cheon Soo-Ho, seorang anak orang kaya, seorang CEO di restoran miliknya tapi banyak attitude problem. Dia sombong, dia kasar, suka cari gaduh, etc. Kehidupan dia memang tak bahagia. Satu hari dia disahkan mengidap cancer otak yang sudah tahap serius dan masa untuk dia hidup sangat singkat. Lepas tahu yang dia sakit, dia terus buat party dan dia mabuk. Bila dia sedar semua orang dah takde dan dia terjumpa mayat sorang perempuan dalam kolam renang. Ayah dan peguam dia bertungkus lumus cover peristiwa ni dan nyatakan yang adik Ji Hyun ni bunuh diri supaya tak menjejaskan nama baik syarikat.


Nak dijadikan cerita dia berjumpa dengan Seol Ji-Hyun, kakak kepada si mati tu. Ji Hyun tak percaya adik dia bunuh diri. Disebabkan dia tak ingat langsung peristiwa malam tu dia pun tak tahu adakah dia yang bunuh perempuan tu atau tak. So, dia rasa bersalah dan bertekad nak tolong Seol Ji-Hyun yang pada masa tu sangat kesian. Masa tu Soo-Hoo baru rasa hidup dia macam ada matlamat dan dia nak habiskan sisa masa hidup dia yang ada untuk bantu Ji-Hyun. 


Selepas tu mereka bersama-sama menyiasat untuk mengetahui perkara sebenar. Lama kelamaan kita boleh lihat perasaan mereka semakin grow. Cuma dalam cerita ni memang takde langsung scene nak confess2 dan takde skinship langsung. Perasaan tu boleh dirasa oleh kita tapi jangan harap korang akan nampak diorang berdua lovey dovey ye.  


Saranan mama silalah sediakan tisu banyak-banyak. Bila tengok cerita ni memang nangis la. Walaupun cerita ni pelakon lelaki tak dapatkan nak habiskan lakonan sampai habis, surprisingly jalan cerita dia masih lagi boleh follow dan ending dia pun OK. Drama ini mengajar kita bagaimana meluangkan masa dengan orang-orang yang berharga bagi kita, bagaimana menghormati seseorang yang sudah tiada dan bagaimana untuk menyesali kesilapan kita. Walaupun masa itu singkat tapi bila kita calculate based on saat akan jadi banyak dan gunakanlah sebaiknya masa yg ada.


Spoiler alert!! 

Disebabkan mama tanak bagi spoiler kat atas maka mama nak cerita sket perasaan mama lepas tengok ni. Honestly rasa kesian sangat dgn Soo Ho. Dia tak dapat merasakan kebahagiaan sampai hujung nyawa dia. Walaupun watak dia ni sangat negatif pada mulanya tapi lama kelamaan kita nampak dia berubah menjadi orang yang lebih baik. Yang tak bestnya si Ji Hyun pula yang berubah jadi ego dan sombong selepas dia tahu Soo Ho ada kaitan dengan kematian adiknya. Padahal sebelum ni dia nampak naive sgt, huhu kenapalah berubah begitu sekali


Scene sedih.. Masa ni Ji Hyunn dah jadi cold dan taknak bg Soo Ho bahagia 


Walaupun dia dpt syak Soo Ho sakit tapi kenapalah dia tak tanya betul-betul dan try layan Soo Hoo dengan lebih baik. Eee sakitnya hati tengok cerita ni. Kalaulah ada adegan yang kurang-kurang pun tunjuk yang mereka ni sempat caring each other openly kan best.. Eee sakit pula ati mama bila menaip ni.. 

Sedih bila tengok Soo Ho list kan perkara yang dia buat sebelum meninggal dan dia sempat buat semuanya.. 


Sesapa yang suka cerita sedih bolehlah tengok cerita ni ye. Selain dari boleh menangis, boleh juga layan OST cerita ni yang best. Mama layan sampai sekarang even instrumental dia pun sedih.. wuwuu... Ada sesapa yang dah tengok tak citer ni


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. lama tak tengok ceta sedih, boleh try tgk nii ^_^

    ReplyDelete
  2. Macam best cerita ni lepas baca review mamapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try tgk jannah tapi sediakan tisu byk2 tau

      Delete
  3. Hadir menjengah blog tuan tanah.. hihi

    ReplyDelete
  4. thanks reviewnya ya Ma..
    saya kurang suka dengan drama Korea

    ReplyDelete
  5. Isk sampai beri kesan pada pelakon lelaki.

    ReplyDelete
  6. Adoi.. sedih sangat nie kak.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post