Jawapan Kepada Ujian Yang Diberikan Allah Kepada Kita - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, June 11, 2021

Jawapan Kepada Ujian Yang Diberikan Allah Kepada Kita

Jawapan Kepada Ujian Yang Diberikan Allah Kepada Kita. Sebenarnya ni post lama mama. Saje mama up semula harini. Seronok bila baca kesemua jawapan yang kita mahu semuanya ada dalam Al-Quran. 



Dalam segala apa yg berlaku dlm hidup kita ni, jgn lah kita mengeluh.. sesungguhnya kesemua itu ujian dari Allah. ingat, kalau kesusahan itu ujian dari Allah. Jgn lupa, kesenangan tu juga adalah salah satu bentuk ujian juga dari Allah.. setiap kita pasti pernah diuji.. ujian itu tidak lain adalah supaya kita lebih hampir dgn Allah. sesungguhnya Allah amat menyayangi setiap satu hambanya..









KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

16 comments:

  1. terima kasih...

    ilmu yg baru untuk sy hari ini..

    sy mintak izin paste di blog sy boleh..?

    ReplyDelete
  2. yup mama syafi..
    i pun mitak izin nk jugak yep,
    utk diri senirik & jugak viewer..
    tqvm in advanced + tq oso sharing dat ilmu, sgt² berguna taw!!!

    ReplyDelete
  3. ok,, no problem.. tepek aje kat ur blog. kalau mention link ni pon ok gak :)

    thanks

    ReplyDelete
  4. sungguh, kita rasa sentiasa diuji.
    tanda Allah sayang pada kita, tanda Allah minta kita ingat pada-Nya...

    ReplyDelete
  5. betul tu naimatul. n setiap org tu ujina dia berbeza2

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sungguh baik. Semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya..

    ReplyDelete
  7. Allah Maha Adil dan Paling Mengerti hamba-hambaNya

    ReplyDelete
  8. terima kasih mama for sharing this. I really need it.

    ReplyDelete
  9. Great sharing. Peringatan untuk kita semua

    ReplyDelete
  10. Betul itu setiap persoalan ada jawapan di Al-Quran.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Terima kasih untuk perkongsian ini kak..

    ReplyDelete
  12. tq semua.. semoga serba sedikit dapat mama berkongsi ilmu ni

    ReplyDelete

Words of wisdom