Review K-Drama Welcome to Waikiki - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, March 8, 2021

Review K-Drama Welcome to Waikiki

Review K-Drama Welcome to Waikiki. Alkisah,setelah mama meluahkan kestresan mama kat entry ni [ Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen ], maka sementara nak menunggu Drama Mr Queen tamat maka mama mengubat hati menonton K-Drama Welcome to Wakiki. Alang-alang mama dah terjebak dengan K-Drama ni (Banyak tau mama dah tengok K-Drama sejak 2 bulan ni) maka mama nak buat Review K-Drama Welcome to Waikiki. 







Sebagai seorang yang baru berjinak semula dengan K-Drama, mama memilih cerita berdasarkan saranan kengkawan serta recommendation yang mama terbaca kat internet. Selain tu mama check dulu sinopsis dan rating baru lah mama tengok cerita tu. Disebabkan ada baby comel terus mama tak fikir panjang dan try tengok episod 1. Aduyaii memang pecah perut padahal baru beberapa minit tonton. Last2 mama tengok sampai habis drama ni dalam masa beberapa hari aje bersama anak mama. Punyalah bergelak sakan kitaorang sampai En Hubby yang tengah tidur pun boleh terkejut haha..


Review K-Drama Welcome to Waikiki

Mama bagi rating bagi Welcome to Waikiki (10/10) sebab mama dah tengok 2 kali haha. Jom baca tengan Welcome to Waikiki ni.

gambar dari pinterest


Detail Drama

Drama: Welcome to Waikiki (English title) / Eulachacha Waikiki (Korean title)

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 5 Februari - 17 April 2018

Pelakon Utama : Kim Jung-Hyun (Kang Dong-Goo), Lee Yi-Kyung (Lee Joon-Ki), Son Seung-Won (Bong-Doo-Sik), Jung In-Sun (Han Yoon-A), Go Won-Hee (Kang Seo-Jin),  Lee Joo-Woo (Min Soo-A)

Genre: Comedy, Romance


Baby sol ni la punca mama tengok citer ni. Comel sangat dan pada fikiran mama bila ada baby tentu lah cerita dia best.


Sinopsis Welcome to Wakiki

Drama ini adalah mengenai 3 sahabt (Kang Dong Goo (Kim Jung Hyun) bercita-cita untuk menjadi pengarah filem tetapi dia selalu bernasib buruk. Sementara itu, Chun Joon Ki (Lee Yi Kyung) ingin mengikuti jejak ayahnya menjadi pelakon, tetapi hanya dapat jadi pelakon tambahan aje. Bong Doo Sik (Son Seung Won) seorang penulis cerita dan selalu buat fake click kat website dia. Diorang  menguruskan guesthouse bernama"Waikiki" di Itaewon, Korea Selatan. 


Satu hari ada baby misteri tetiba muncul di guesthouse. Dari situ mereka berkenalan dengan baby dan mak baby. Setiap episod jalan cerita dia sangat lawak dan banyak adegan memalukan. Ia berkisar pada 6 watak. Selain dari 3 watak tu ada juga Chewbaka (korang kena tengok baru tahu kenapa adik perempuan Dong Gu ni digelar Chewbaka, memang lawak gila haha. Setiap watak ada kekuatan sendiri kita boleh lihat juga kehidupan cinta mereka.


Babak kawen tipu tipu sebab nak selamatkan guesthouse dari diambil semula oleh landlady. Memang kelakar dan cantik sangat perantin ni. Depa kawen sekejap aje sebab lepas tu kantoi dengan landlady yang diorang menipu. 

Ada satu lagi adegan diorang secara tak sengaja interrupt LIVE Joon Ki sampai dapat like berjuta-juta. Tu la yang paling kelakar pada mama.


Cantik deco guesthouseni tu yang sedap aje mata memandang

Sambil menaip ni tetiba nak tengok lagi aje citer ni. Hlang stress bila tengok citer ni. 

19 comments:

  1. Menarik lawak mula sampai habis.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. comel sgt baby tu.. friendly dan suka gelak

      Delete
  3. Comel baby. Lagi comel bila baby tu yang jadi punca utama :)

    ReplyDelete
  4. Tak tengok lagi drama ni. Macam best lepas baca review Mamapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best.. try la jannah. cerita dia macam friends tapi versi korea.

      Delete
  5. Replies
    1. akak baru berjinak balik rabia.. hati2 kalau terjebak abis laa

      Delete
  6. lepas baca review Mama ni lagi terasa nak tengok lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tgk 1 episod duluu kak.. saya terus melekat tengok sampai abis hihi

      Delete
  7. Tak tengok lagi cita nie.. sekarang tengah layan Penthouse 2 dengan satu lagi cerita The Crown Clown.. best tau Adda.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah best ye kak sue. boleh masuk list nanti

      Delete
  8. seronok tengok pelakon..hensem-hensem dan cantik-cantik rupa mereka

    ReplyDelete
  9. Cerita kegemaran Dina ni. Tapi yang bahagian dua tak seronok sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg mama tak tgk season 2 ramai kata kureng sebab pelakon asal ramai yg xde kan

      Delete
  10. tak tengok lagi drama ni, tak minat sgt hero dia..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/03/drama-korea-dinner-mate-2020.html

    ReplyDelete
  11. bolehlah msk list utk ditonton nnt... ;-)

    ReplyDelete

Words of wisdom