Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order FoodPanda - Cara Request Refund dari Foodpanda - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, June 23, 2021

Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order FoodPanda - Cara Request Refund dari Foodpanda

Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order FoodPanda. Hari Isnin lepas mama ada beli makanan melalui Foodpanda untuk berbuka puasa. Hari Isnin biasanya mama ni kemalasan nak masak. Monday  blues lagi kan. So, mama order makanan dari Foodpanda, termasuk juga air kluang kopi dan teh air. tapi bila dapat barang rupanya ada satu barang takde. Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order FoodPanda- Cara Request Refund dari Foodpanda.







Teh ais yang mama teringin bebenor nak minum masa berbuka takde huhu. Bila mama call rider dia kata dalam receipt xde. Tapi bila mama tengok dalam order mama memang ada. Huhu frust tau nak minum teh ais. Tapi mama pasrah je la nak buat macam mana kan takde rezeki. Baca ni juga:


Cara Request Refund dari Foodpanda

Senang aje sebenarnya nak request refund. Bagi kes mama bila barang yg kita dah order dan dah bayar takde, tentu sekali refund aje jalan penyelesaiannya. Sebelum ni pernah jadi juga order mama bermasalah tapi mama cari no telefon kedai dan direct call kedai. Ye la mama beli nasi lemak tapi xde sambal. Apakan... Ada sekali tu air pun xde, tapi bila mama call kedai tu, dia hantar pekerja dia hantar ke rumah. Untuk kali ni mama minta refund aje sebab tak tau akan order lagi atau tak dari kedai ni kan.




Di apps Foodpanda klik bahagian atas sekali belah kanan akan keluar skrin ni. Korang klik Help Center

Pastu cari order mana yang bermasalah tu dan klik get help



Klik My orders

Pilih la mana satu yang sesuai dgn masalah korang. 


Chitchat Dengan Help Center. Kelakar juga tengok ayat dia bila mama lambat balas.






Inilah conversation mama dgn help assistance foodpanda. Senang sangat dapat refund. Terus masuk kredit voucher dalam akaun mama. Voucher boleh gunakan dalam masa 30 hari. Harga teh ais RM3++ tapi mama dapat voucher RM8. Ini rejeki namanya hihi.. Terus tak frust dah kiki..


Alkisah semasa mama nak redeem voucher ada masalah pula. Tetiba dia kata voucher xboleh guna sebab mama dah pakai. Padahal masa tu ada masalah semasa nak buat pembayaran. Apa lagi mama terus berhubung dgn help center dan akhirnya dapat balik voucher tu.. Sekian cerita voucher Foodpanda RM8 mama...


13 comments:

  1. kaella pernah haritu ada masalah, tetiba cancel pastu duit tak dapat balik pastu redho jela sbb masa tu malas nak menggodek huhu dah tahu ni, lepasni boleh try minta refund balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. rugi tu kaella. lepas ni minta balik tau duit tu duit kita

      Delete
  2. complicated betul kan.. tapi dapat semula kira okeylah

    ReplyDelete
  3. Musim pkp ni saya banyak juga gunakan food panda.. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  4. thanks share this mama... time2 ni mcm ni, kalau ada salah2 order ke apa, better diselesaikan cara baik seperti ini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada channel yg betul .. kita guna aje kan

      Delete
  5. Rabia takk pernah order dgn foodpanda ni

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. So far tak pernah jadi. Thanks for sharing mama. Rezeki tu, rugi RM3,dapat RM8

    ReplyDelete
  8. Nasib dapat refund tp sebenarnya kalau dah teringin tu..mmg nk makanan yg kite order dr refund sebenarnya..kn mama huhuuu

    ReplyDelete
  9. hari tu pernah order n sistem ada masalah sampai ter order double..hoho

    ReplyDelete
  10. oh this is some likes gofood grabfood in here loc

    ReplyDelete

Words of wisdom