Hak Muslim Keatas Muslim Menurut Hadith Nabi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, June 18, 2021

Hak Muslim Keatas Muslim Menurut Hadith Nabi

Salam Jumaat penuh keberkatan. Harini mama menerima berita duku schoolmate mama meninggal harini akibat cancer. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Perginya di hari Jumaat yang mulia khusnol khotimah insya Allah amin.. Harini mama nak share tentang Hak Muslim Keatas Muslim Menurut Hadith Nabi.

Hak muslim terhadap muslim ni bukan saja kepada orang lain, hak ini perlu kita berikan juga kepada ahli keluarga kita sendiri kerana segalanya bermula dari rumah. Sama juga seperti pemilihan susu sejak dari ibu hamil lagi amat penting untuk tumbesaran anak


Hak Muslim Keatas Muslim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ


Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (Sahih  Muslim No: 4023) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih


Gambar dari wallpapercave.com. Sekadar hiasan


Kesimpulan hadith:

Hak muslim sesama Muslim ada enam:

a.  Apabila bertemu dengan setiap Muslim hendaklah mengucapkan salam kepadanya.

b.  Apabila diundang atau dijemput kenduri seperti perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain, hendaklah pergi memenuhi undangan selama tiada keuzuran.

c.  Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan. (Imam An-Nawawi berkata: Syarat memberi nasihat jika diminta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta). 

d.  Apabila dia bersin dan bertahmid اَلْحَمْدُ للَّه, maka tasymitkan (doakan) يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat keatas kamu). 

e.  Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan

f.  Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur 

Marilah kita tunaikan hak Muslim saudara yang lain.


Sumber: telegram  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 


8 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Sangat bermanfaat.. semoga dapat kita praktikkan bersama.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat. Thanks for sharing mama

    ReplyDelete
  3. sama2 kita laksanakan hak sesama muslim

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Al-fatihah..
    Sedih pula bile teringat musim pandemik ni. Sakit tak boleh ziarah. Meninggal pun tak boleh iring.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas peringatan. Kena ingatkan selalu,maklumlah manusia cpt lupa kan.

    ReplyDelete
  6. semoga bermanfaat utk kita semua. tq korang

    ReplyDelete
  7. thank for the warm reminder mama^^

    ReplyDelete

Words of wisdom