Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Tuesday, April 23, 2019

Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada

Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada. Sebelum ni mama ada ceritakan yang mama ada beli barang di Lazada sempena birthday campaign Lazada di http://www.mamapipie.com/2019/04/impulse-shopping-emoji-warm-hand-pillow.html kan. Sebelum mama beli bantal emoji tu mama dah beli 2 thumbdrive ni terlebih dahulu. Mula-mula pakai OK tapi selepas hanya beberapa kali pakai ia jadi tersangat panas dan akhirnya langsung tidak berfungsi. Kalau korang ada masalah pembelian dari Lazada jangan risau. Mari mama tunjuk macam mana Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada. Ini adalah kali ketiga mama pulangkan semula barang ke Lazada tau dan prosesnya senang saja. Kalau barangan yang dibeli rosak, korang tak perlu bertanya seller.. Terus je buat macam yang mama buat ni ye.. Kalau bertanya seller, berkemungkinan seller dah tak layan dah kita..

Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada

Mari kita lihat bagaimana cara nak minta gantirugi produk Lazada yang rosak..

1. Mula-mula, masuk ke Lazada, view My order then select ALL Order. Pastu select produk yang ingin dipulangkan


Sebenarnya ada 2 jenis penebusan yang boleh dibuat jika kita ingin pulangkan semula barang rosak tu. Satu, kita boleh dapat REFUND iaitu dapat kembali duit yang dibayar atau REPLACE iaitu gantian produk. Dari 3 kali return, mama dah 2 kali refund dan 1 kali replace. Alhamdulillah yang replace tu OK. Kali ni mama pilih REFUND..


2. Di Order Details, Klik RETURN & nyatakan kenapa kita nak return.


Pilih reason kenapa nak pulang dan tekan CONFIRM

Tulis details sikit


3. Select Shipment method bagaimana nak pulangkan barang.. mama pilih drop off je.


Select poslaju sebab poslaju paling senang nak pergi. Suruh ayah Syafi je yang buatkan sebab office dia ada Pos Laju hihi..


Then, pilih kaedah refund yang diingini


4. Selepas siap semua tu Kita Boleh lihat yg refund proses sudah bermula..Langkah seterusnya ialah Korang kena print return label yang di email. Kalau nak print dari website Lazada pun boleh.. return label ni penting Tau. Print 3 copies.



5. Bungkus barangan yang ingin dipulangkan. Sebaiknya letak sekali invoice Dan packaging yang Kita dapat barang tu. Tak perlu isi borang poslaju.. Cuba bagi Kat staff pos 3 copies return label yg Kita dah print. Tiada bayaran yang akan dikenakan untuk urusan pengeposan ini. Free aje Lazada tanggung,Tau!


Ringkasan cara pemulangan barang Lazada


6. Selepas itu kita tunggu saja lah status pemulangan kita. Mama sentiasa di update melalui SMS dan email tentang status ini..

Update melalui email


Selepas 15 minit dapat email tentang penerimaan produk oleh Lazada, mama dapat email yang refund dah pun di uruskan..

Ni adalah history pemulangan barang mama ke Lazada..So far, mama memang puas hati dan percaya shopping di Lazada ni.. Semalam mama check rupanya refund dah dapat pada 16 Apr, hari yang sama Lazada terima barang mama. TQ Lazada. Semalam juga mama beli 3 pendrive 32Gb OTG baru di Lazada dengan harga RM20.50 setiap satu dan FREE shipping lagi haha..

Inilah dia pengalaman mama kongsikan sebagai kaki shopping online. Harap bermanfaat.

17 comments:

  1. alhamdulillah, dapat refund bila barang defective kan...bagus juga lazada buat macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tak risau beli kalau barang boleh dipulangkan kan

      Delete
  2. bgus kak, share menda ni..nt kalau saya ada prob ..bolh refer sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. semoga bermanfaat buat linda dan semua

      Delete
  3. Turorial yg bagus. Sy skag dah jarang beli dari lazada. Layan Shopee je sekarang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama beli juga kat shopee tapi so far shopee ok lagi xde yg defective

      Delete
  4. Thank you sharing.. Baru tahu cara ni.. Hehe.. Ketinggalan sungguh.. Hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, dapat refund..

    ReplyDelete
  6. Nice sharing... Kalau drop off kat Pos Laju tu, kena bayar ke?

    ReplyDelete
  7. thank god the process was smooth. but buying a thumb drive online might not be it for me. thank you mama sbb share. at least i know where to "rujuk" in the future just in case kan.

    ReplyDelete
  8. Tq mama share benda berguna ni. Untk org yg suka online shopping mmg berguna.

    ReplyDelete
  9. MIL ana pun pape pilih drop off je kat pos laju. Senang sgt kan.

    ReplyDelete
  10. Jarang beli kt lazada biasa guna shoppee. barang defect kalau ringan xpe. kalau barang berat leceh lagi2 makanan kita kena wrap smula y dah terburai tu hntar smula pada seller.

    ReplyDelete
  11. sy jarang bli kt lazada..kalau kat zalora tu ya. mmg selalu bli n selalu return😆😆

    ReplyDelete
  12. Sha dah lama tak shopping dekat Lazada.. huhuhu..

    ReplyDelete

Words of wisdom