Apakah Status Darah Yang Keluar Semasa Mengandung? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, August 19, 2022

Apakah Status Darah Yang Keluar Semasa Mengandung?

Assalamualaikum semua dan salam hari Jumaat dari mama yang kesibukan ini. Minta korang doakan projek yang mama sedang buat ini berjaya ye.. Sambil tu marilah sama-sama kita tambah dan refresh pengetahuan. Harini mama nak share tentang Apakah Status Darah Yang Keluar Semasa Mengandung?.

Preggy mom tentu pernah alami darah yang keluar ketika mengandung termasuklah mama sendiri. Tapi mama agak risau sebab masa mama alami pendarahan tu pada early pregnancy dan doc cakap ada risiko early miscarriage. Alhamdulilah berjaya juga kandungan bertahan sehingga lahir.

Baca juga:


Apakah Status Darah Yang Keluar Semasa Mengandung?


SOALAN

Assalamualaikum, saya ada sedikit kemusykilan tentang darah yang keluar semasa mengandung? Adakah saya tidak perlu solat dan puasa sekiranya darah keluar?


RINGKASAN JAWAPAN

Wanita hamil yang keluar darah semasa mengandung dianggap haid menurut pandangan muktamad Syafie sekiranya darah mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku pendarahan semasa mengandung disarankan untuk merujuk dan mendapat pandangan doktor perubatan kerana dikhuatiri terdapat masalah kepada kandungan. Sekiranya berlaku keguguran pada kandungan, maka darah yang keluar selepas kosongnya rahim ialah darah nifas.

Wallahu a’lam.


HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Jenis Darah yang Keluar disebabkan Kehamilan

  • Darah Nifas - Seorang wanita yang hamil akan mengalami nifas selepas kosongnya rahim selepas bersalin atau keguguran dan sebelum berlalunya 15 hari daripada tempoh kosong rahim.
  • Darah al-Tolaq - Darah yang keluar ketika sakit melahirkan anak.
  • Darah Fasad - Darah yang keluar semasa kelahiran bayi.[1]


Namun begitu, terdapat beberapa keadaan seorang wanita hamil melihat darah keluar tetapi bukan kerana keguguran atau sakit hendak bersalin.

Ulama mazhab Syafie berbeza pandangan berkenaan hukum darah yang keluar dalam keadaan ini:

  1. Pandangan pertama: Darah yang keluar semasa dalam tempoh mengandung ialah haid sekiranya darah tersebut mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam. Pandangan ini merupakan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie (al-azhar)[2]. Justeru itu, tidak sah ibadah solat dan puasa yang dilakukan sepanjang tempoh keluar darah tersebut.


Namun, sekiranya darah yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ia dianggap darah istihadah dan sah solat serta puasanya.

  1. Pandangan kedua: Darah yang keluar semasa dalam tempoh mengandung ialah darah fasad. Maka, wanita yang mengalaminya dianggap dalam keadaan sentiasa berhadas. Ini kerana bayi dalam kandungan akan menghalang tempat darah keluar, justeru wanita yang hamil tidak akan mengalami haid. Sekiranya dia melihat darah, maka ia mungkin salah satu tanda untuk melahirkan atau keguguran.[3]

Oleh yang demikian, dia wajib melaksanakan solat mengikut syarat yang ditetapkan syarak begitu juga kewajipan puasa. Walau bagaimanapun pandangan ini adalah pendapat yang lemah menurut majoriti ulama Syafi’iyyah.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku pendarahan semasa mengandung disarankan untuk merujuk dan mendapat pandangan doktor perubatan kerana dikhuatiri terdapat masalah kepada kandungan.

Oleh itu, wanita hamil yang keluar darah semasa mengandung dianggap haid menurut pandangan muktamad Syafie sekiranya darah mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam. Namun jika berlaku keguguran pada kandungan, maka darah yang keluar selepas kosongnya rahim ialah darah nifas.

Wallahu a’lam.


Sumber: Muftiwp


16 comments:

  1. Teringat pregnant anak pertama lepas gugur, trimester pertama mmg selalu spotting. Asal spotting je terus pergi klinik sebab risau threatened miscarriage. Rupa2nya uri dia kat bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal pregnancy mmg kena alert kalau ada spotting kenca cecepa jumpa doc kan

      Delete
  2. perkongsian yang amat baik dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang menarik...terima kasih untuk perkongsian

    ReplyDelete
  4. ilmu yang bermanfaat.. Tapi tu lah.. bab darah wanita ni tak kan habis isu hukum dan perbahasannya.. kadang diri sendiri ni pun cari balik buku fekah wanita nak tengok balik hukumnya.. bila sesekali keluar darah yang lain dari lain.. mula lah confius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt2 maria. mama pun gitu juga. persoalan darah wanita nimmg takkan habis dan sentiasa tertanya2 bila keluar bukan yg biasa kan

      Delete
  5. bagus ilmu ni walaupun jarang2 orang yang mengalaminya..

    ReplyDelete
  6. Betul kena ambil tahu juga perkara macam nih, waktu kecemasan kena bersedia

    ReplyDelete
  7. ini beda ya ma dengan yanga namanya nifas...
    darah yang keluar selama mengandung itu berarti ada yang lain bukan haid kan mama

    ReplyDelete
  8. Biasanya pendarahan ni kalau berkaitan uri ya, sepanjang tiga kali mengandung Alhamdulillah saya tak pernah alami. Good sharing ni reminder untuk semua wanita

    ReplyDelete
  9. Terima kasih perkongsiannya Kak Adda..

    ReplyDelete

Words of wisdom