12 Makanan Berkhasiat Terbaik Untuk Ibu Mengandung - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 5, 2021

12 Makanan Berkhasiat Terbaik Untuk Ibu Mengandung

12 Makanan Berkhasiat Terbaik Untuk Ibu Mengandung. Proses kehamilan adalah salah satu momen yang paling indah dan memorable bagi seorang ibu. Namun begitu ia juga adalah tempoh kritikal bagi  ibu dan bayi. Pemilihan makanan dan nutrien yang betul amat penting untuk ibu mengandung agar ibu dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan selamat sedari awal kehamilan sehinggalah tempoh melahirkan.. Di sini mama nak kongsikan 12 Makanan Berkhasiat Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Berdasarkan pengalaman sendiri,  nutrien yang cukup memang penting semasa mengandung. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan banyak perkara yang tak diingini berlaku. Mama sendiri pernah ada masalah kaki cramp, anemia dan gigi rapuh masa mengandung. Kerana itulah mama ingin berpesan agar korang jangan jadi macam mama. 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu memilih makanan yang terbaik untuk diri dan bayi dalam kandungan. Jika diamalkan sebelum mengandung dan selepas  melahirkan juga tiada masalah kerana makanan yang diseranaikan kat bawah ni semuanya bagus untuk kesihatan. Satu perkara saja perlu diambil berat iaitu kuantiti yang diambil itu biarlah dalam potion yang sepatutnya. Ibu-ibu yang mengandung seeloknya amalkan makan dengan kerap tapi dalam jumlah potion yang sedikit. Elakkan makanan pedas dan berminyak di awal kehamilan kerana akan menyebabkan muntah. Elakkan juga dari mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. 


12 Makanan Berkhasiat Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Berikut adalah senarai 12 Makanan Berkhasiat Terbaik Untuk Ibu Mengandung. Ada dijelaskan serba sedikit kebaikan makanan-makanan ni. Mari kita tengok sama-sama.


1. Bayam, Asparagus & Sayuran hijau 

Bayam, asparagus dan sayuran hijau kaya dengan asid folik, iaitu salah satu zat yang penting untuk membantu membina sel otak dan saraf tunjang yang sihat bagi bayi. Selain itu, ia juga membantu si ibu dari keguguran dan risiko preeklampsia. Kekurangan asid folik akan menyebabkan kecacatan otak seperti gangguan perkembangan otak dan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida. Kerana itulah asid folik ini disarankan dimakan semasa  merancang kehamilan lagi. Bayam, asparagus dan sayuran hijau ini berfungsi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat dan membantu ibu mengelakkan diri dari anemia (kekurangan darah merah). 

Selain dari asid folic, sayuran hijau ini juga mengandungi vitamin dan mineral yang lain seperti folate,  vitamin A vitamin C & vitamin K serta mempunyai kandungan serat yang tinggi yang bagus untuk sistem pencernaan. 


2. Susu Kambing

Kalsium amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi disamping melindungi ibu daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Jika keperluan kalsium bayi tidak mencukupi, maka bayi akan menyerapnya daripada tulang ibu. Kerana itu kalsium adalah nutrien yang amat penting ketika mengandung. Salah satu makanan tinggi kalsium adalah susu kambing.  Selain dari kalsium, susu kambing juga mempunya banyak kebaikan lain untuk ibu dan bayi dalam kandungan.



Antara produk susu kambing yang terbaik di pasaran adalah Susu Kambing Faleeq. Selain dari tinggi kalsium, ia juga mampu bertindak sebagai imun semulajadi, membantu perkembangan otak, mencegah anemia, menaikkan metabolism badan, mengurangkan keresahan dan mengurangkan alahan semasa hamil. 


Susu Kambing Faleeq didatangkan dengan 5 perisa iaitu perisa ori, perisa kurma, perisa koko, perisa coffee dan perisa strawberry. 

Susu kambing adalah antara makanan sunnah dimana susu kambing ini digemari oleh Rasullullah SAW. Kerana itu, susu ini sesuai diamalkan juga oleh ibu mengandung. 


3. Daging 


Seperti yang diketahui, daging adalah sumber terbaik untuk mendapatkan protein. Ibu mengandung digalakkan memakan daging tanpa lemak seperti daging ayam, daging lembu dan  daging kambing. Disamping menjadi sumber protein, daging juga mengandungi zat besi, vitamin seperti vitamin B dan mineral .

Zat besi ini adalah penting unruk penghasilan sel darah merah yang menghantar oksigen kepada sel-sel dalam tubuh kita. Wanita yang sedang mengandung memerlukan lebih banyak zat besi kerana jumlah darah yang semakin bertambah. Kerana itu zat besi ini sangat penting lebih-lebih pada trimester ketiga.

Seeloknya, carilah daging tanpa lemak dan elakkan daging yang diproses seperti burger atau sosej kerana ia sudah di proses dan kehilangan nutrisi yang baik.


4. Susu dan Produk Tenusu

Semua orang tahu bahawa susu kaya dengan kalsium dan dengan meminum susu dapat membantu membentuk tulang yang kuat bagi bayi yang sedang dikandung. Seorang ibu yang mengandung memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Kekurangan kalsium boleh membuatkan tubuh terasa letih, cramp kaki, gigi rapuh dan berisiko mengalami masalah kekurangan darah kerana nutrien ibu diambil untuk pembesaran bayi dalam kandungan.

Selain dari kalsium, susu dan produk tenusu juga memberikan kebaikan vitamin B, fosfor, vitamin B, magnesium dan zink. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin D yang dapat membantu mencegah dari alahan/ alergi pada bayi di masa hadapan. 

Jika ada yang tidak suka minum susu, sumber kalsium boleh diperolehi juga dari produk tenusu antaranya seperti tauhu, keju, yogurt dan dadih. 


5. Telur 

Telur adalah makanan yang paling mudah didapati dan juga murah saja. Tapi jangan pandang rendah pada telur sebab telur ada banyak khasiat untuk kesihatan dan bagus untuk dimakan oleh ibu yang sedang mengandung. Telur kaya dengan protein yang amat diperlukan untuk membina sel dan membentuk organ seperti otot, kulit, rambut, dan tulang. Kuning telur juga bagus kerana mengandungi choline yang penting untuk pertumbuhan serta perkembangan otak janin.

Telur yang kaya protein dan rendah karbohidrat ini juga sesuai untuk dimakan oleh ibu mengandung dan mengurangkan risiko diabetes. Pada masa yang sama ia juga menyeimbangkan kadar kolesterol dalam badan.

Namun begitu kena pastikan telur dimasak sepenuhnya. Jangan makan telur separuh masak kerana risiko bakteria salmonella yang akan menyebabkan keracunan makanan. 


6. Ikan 

Ikan adalah sumber protein dan pada masa yang sama mengandungi banyak omega 3 serta DHA, komponen yang penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ia dapat membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang, bayi kurang berat dan preeklampsia. Selain itu ia juga mengandungi zat besi yang amat diperlukan ketika mengandung. Ikan salmon bagus diambil oleh ibu mengandung kerana kaya dengan omega 3 dan berkhasiat. 

Namun begitu ibu yang mengandung perlu mengelakkan dari makan terlalu banyak ikan atau makanan laut yang tinggi merkuri seperti ikan yu, tuna dan ikan kembung.


7. Kurma

Kurma adalah salah satu dari makanan sunnah yang berkhasiat dan bagus untuk ibu yang mengandung. Ia bahkan dinyatakan di dalam Al-Quran, Surah Maryam: ayat 24‐26:

Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu; maka makan, minum, dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”

Ternyata kurma adalah makanan yang berkhasiat dan sesuai dimakan ketika mengandung. Ia memberikan tenaga dan kaya dengan mineral seperti fosfor, kalsium, kalium dan magnesium yang bagus untuk tulang. Ia juga kaya dengan serat dan boleh membantu ibu mengandung yang ada masalah sembelit. Selain itu ia juga bagus untuk kesihatan otak dan mempunyai sifat antioksidan.

Namun begitu jika ingin membeli kurma, belilah kurma yang original tanpa disira gula. 


8. Avocado

Avocado mengandungi vitamin K, vitamin C, vitamin B6, asid folic, kalium, kalsium dan juga tinggi serat. Ia boleh membantu mengawal berat badan si ibu dan pada masa yang sama membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan. Kalsium dan kalium, mampu membantu ibu yang mengandung mengurangkan cramp kaki dan membantu masalah loya di awal kehamilan. Ia juga boleh mengurangkan risiko preeklampsia dan melindungi jantung. 


9. Buah Tin

Selain kurma, buah tin juga bagus untuk dimakan oleh ibu mengandung kerana mengandungi zat mineral yang diperlukan seperti kalsium, kalium, zat besi dan omega .3, sangat sesuai untuk perkembangan otak bayi dan juga kesihatan ibu. 

Selain itu, ia mampu membantu mengawal kolesterol, menstabilkan tekanan darah dan mencegah hipertensi. Ia juga membantu menghilangkan loya morning sickness dan membantu melancarkan proses pencernaan bagi ibu yang ada masalah sembelit.


10. Kekacang 

Kekacang mengandungi protein dan serat yang diperlukan oleh ibu yang mengandung. Ia boleh membantu masalah sembelit disamping menjadi kudapan yang sihat. Namun begitu pastikan kekacang ini original dan tak ditabur terlalu banyak garam.. Antara kekacang yang boleh dimakan ialah badam, gajus, pistachio dan sebagainya. Ia  mengandungi lemak sihat dan bagus untuk melengkapkan keperluan nutrisi ibu mengandung. 


11. Ubi keledek

Ubi keledek kaya dengan kandungan beta karotena yang bagus untuk membina sel dan tumbesaran bayi yang sihat. Selain itu, ia juga tinggi serat dan membantu proses pencernaan ibu yang mengandung. Vitamin C yang terkandung di dalamnya membantu penyerapan zat besi dan membantu penghasilan sel darah merah dan mengurangkan risiko anemia.

Ubi keledek juga antara makanan yang boleh membantu ibu yang mengandung yang mengalami masalah loya dan mual di awal kehamilan kerana mengandungi vitamin B6. Walaupun ubi keledek ini bagus untuk ibu mengandung tetapi janganlah diambil secara berlebihan kerana ia boleh mendatangkan masalah angin dan agak tinggi gula. 


12. Buah-buahan



Buah-buahan memang bagus untuk kesihatan. Sebab itulah ada pepatah english yang mengatakan "An apple a day keeps the doctor away".  Buah-buahan mengandungi vitamin, serat dan tinggi kandungan air. Ia membantu mengatasi masalah sembelit dan membantu pertumbuhan tumbesaran bayi, selain dari mengekalkan kesihatan si ibu. Antara buah yang bagi di makan seperti berikut:
  • Buah anggur kaya engan folate, vitamin c, vitamin K. Boleh membantu sistem penghadaman,  cramp perut dan meningkatkan metabolisme badan. 
  • Buah delima kaya dengan aktioksidan. Selain memberikan tenaga, ia juga kaya dengan asid folic.
  • Buah pisang mampu membantu ibu-ibu yang ada masalah morning sickness dan juga masalah sembelit. 

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian mama. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

5 comments:

  1. Kalau makanan berkhasiat begini, saya yang belum kahwin pun suka. Hehe :)

    ReplyDelete
  2. tang susu kambing yang sy kureng sikit walaupun x peknen hhehee

    ReplyDelete
  3. Akak yg x mengandung pun suka hidangan macam ni.,..

    ReplyDelete
  4. Semua sedap sedap dan boleh makan. Buah tin je macam susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  5. Walaupun tak mengandung, saya rasa saya pun perlu ke arah makan makanan berkhasiat

    ReplyDelete

Words of wisdom