Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, July 25, 2022

Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

Semasa trip ke Pulau Pinang awal April dulu, mama sempat Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang. Kebetulan hari kami sampai itu adalah malam pertama Ramadhan, maka kami bersahur di perantauan saja huhu.. Memang bebetul musafir kan. Mama beli kat sini untuk dinner dan semasa bersahur kami makan ringan-ringan aje. Masa ni kami stay di Review Stay di One Mansion Gurney Pulau Pinang


Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang 

Secara jujur mama tak pernah makan nasi kandar di Pulau Pinang tau. Kelakar kan. Sebab mama selalu dengar ramai orang tak tak larat lah mama nak beratur lama-lama. Mungkin sebab selalu dengar nasi kandar viral kat Penang. Bila ke Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang ni alhamdulillah takde la lama sgt beratur.. Masa ni mama baru je 2 hari recover dari Covid19 so takde berapa sihat lagi.


Menu Pilihan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

Macam-macam lauk ada.

Kami order nasi campur aje anak beranak. Memasing memang lapar sebab tak makan nasi dari pagi. Masa kami sampai sini dah petang. Yang bestnya mama terlupa nak ambil gambar makanan kitaorang. Kami order nasi kandar biasa aje, ada yang kambing, ada yang sotong, ada yang ikan dan ada yang ayam. Kami order banyak juga lauk dan ada yang lebih dari 1 lauk.  

Dari segi rasa memang sedap bak kata en hubby. Dia kata kuah campur nasi kandar Penang memang tak sama makan kat KL. Mama pula hanya makan saje sebab masa ni mama hilang deria rasa dan deria bau akibat Covid19. So, setiap kali suap nasi mama akan minta en hubby describe rasanya. So, bolehlah mama bayangkan macam mana rasa dia. Baca ni.Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid Next time bolehlah mama repeat beli kat sini. Sebab deria rasa dan bau mama sudah poun kembali alhamdulillah.


Harga betpatutan kan. Ini je la sempat ambil gambar. Total bil kami. 



Menu & Harga di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

Ni Menu & Harga di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang





Maklumat Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

Suasana dalam kedai. Nampak bersih dan selesa. Tempat makan pun besar.

Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

Alamat: 1-1-11, Summerskye Residence, Jalan Sungai Tiram 8, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: 11 pagi - 10 malam

13 comments:

  1. Alaaa...terus rasa nak makan nasi kandar...dapnyaaa...

    ReplyDelete
  2. Nasi kandaq Penang memang ummph 😋

    ReplyDelete
  3. muantap daftar menu restorannya mama..

    ReplyDelete
  4. Kegemaran Abang Man nie nasi kandar Adda. Nanti pi Penang boleh try, harga pun berpatutan sangat tu..

    ReplyDelete
  5. Berpatutan harga tu. Sedapnya nasi kandar Penang

    ReplyDelete
  6. seramnya nama menu dia, Daging Denggi hahaha

    ReplyDelete
  7. Bila baca cerita mama, bersyukur sgt bila makan tu ada deria rasa lagi. Insaf kejap..

    ReplyDelete
  8. Teringin nak jalan-jalan cari makan nasi kandar di sini. Makanan sedap, tempat pun selesa.

    ReplyDelete
  9. nampak bil je mana gambar nasi dia? nampak bersih sikit kat sini hahahaha

    ReplyDelete

Words of wisdom