Review Stay di One Mansion Gurney Pulau Pinang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, July 18, 2022

Review Stay di One Mansion Gurney Pulau Pinang

Assalamualaikum semua. Sebenarnya terlalu banyak post mama yang tersangkut di draft. Mama baru perasan post bulan 4 sehingga sekarang adalah post yang tertangguh akibat keadaan mama yang kurang mengizinkan selepas long covid. Alhamdulillah setelah 2 bulan setengah keadaan mama semakin pulih dan barulah mood menulis kembali. Review One Mansion Gurney Pulau Pinang.

Baca juga:


Review Stay di One Mansion Gurney Pulau Pinang

Mama ke sini sehari sebelum puasa dan merangkap hari mama tamat kuarantin Covid. Alhamdulillah timing tamat kuarantin mama ngam-ngam dengan tarikh check in. Mama dah plan awal sebab nak hantar anak ke Kedah. Kononnya nak bercuti ke Pulau Pinang dulu. Mujur semuanya berjalan lancar.

Unit yang kami duduk ni adalah rumah dengan 2 bilik. Master bedroom dia attacah sekali dengan bilik air. Bilik satu lagi pula bersebelahan dengan bilik air. Katil, tuala dan cadar selesa. Dari master bedroom boleh lihat pemandangan laut dari luar. Ada aircond di setiap bilik dan ruang tamu.


Ada ruang tamu yang lengkap dengan TV berserta netflix etc. Kitchen pun lengkap seadanya. Memang selesa rumah ni. Rumah ni takdelah besar sangat tapi selesa dan bersih.

View dari balkoni. Tenang aje rasa hati bila dapat lihat laut dan langit. Almaklumlah seminggu kena kuarantin hihi..

Overall stay kat sini ok. Cuma kami alami kesukaran untuk nak cari tempat masuk ke building One Manstion. Brepusing-pusing cari, nampak bangunan tapi tak boleh nak ke situ. Agak susah kalau tak biasa jalan kat Georgetown tu. Kena masuk ikit belakang hotel Zous baru jumpa. Kami tinggal di tingkat 25. 

Harga unit ni ialah RM 239++ mama book melalui airbnb. Agak pricey bg mama tapi rasanya sebab tarikh tu peak mungkin harga pun mahal.


Maklumat One Mansion Gurney Pulau Pinang

One Mansion Gurney Pulau Pinan

Alamat: Mansion One, Jln Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang



10 comments:

  1. belum pernah sampai ke penang... kesian saya..hahaha

    ReplyDelete
  2. Serba putih.
    Susah juga hendak jumpa jalan masuk.

    ReplyDelete
  3. pricey mungkin sebab kawasannya, dengan view lagi.

    ReplyDelete
  4. betul mama. kalau xbiasa jln penang mmg ssh nk cari hotel. Kadang waze pun depa anta smpai tepi jalan je then kena cari sendiri hotel tu..kena masuk2 jalan dalam baru nmpak hotel..saya dah pernah merasa mama.

    ReplyDelete
  5. Pagi2 atau malam2 bukak tingkap balkoni layan angin laut tu mesti best kan.

    ReplyDelete
  6. Macam best juga nie. Kalau ke Penang boleh lah bermalam kat sini nanti..

    ReplyDelete
  7. Dekat dengan Penang belum pernah lagi nak Jalan2 stay kat sana selalu pergi ada urusan

    ReplyDelete
  8. indahnya ada tower-tower yang menjulang tinggi sekali

    ReplyDelete
  9. kemudahan macam biasa2 je kan.. nama dia agak gah

    ReplyDelete
  10. Tak pernah g sana.. camtu rupanya eh.. aduhhai

    ReplyDelete

Words of wisdom