Resepi Kupang Rebus Simple - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Wednesday, May 11, 2022

Resepi Kupang Rebus Simple

Assalamualaikum semua. Harini mama nak share Resepi Kupang Rebus Simple versi mama. Kupang rebus ni adalah feveret pak mertua mama. Inilah masakan paling simple dan senang nak masak. Sedap pun sedap.. Kupang rebus ni kalau cicah sos atau sambal kicap sedap sangat, mama suka.

Baca ni juga:


Resepi Kupang Rebus Simple Bahan Bahan Kupang Rebus 


Bahan-bahan:

Kupang 2kg 

Bawang putih 6 ulas

Halia 1 inci - hiris nipis

Serai 3 batang - ketuk 

Cili api 6 biji - ketuk

1 sudu minyak masak

1 mangkuk air

Garam 1 sudu tgh (ikut kesesuaian)


Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. 
  2. Tumis bawang putih, kemudian masukkan serai, halia dan cili api. 
  3. Masukkan air sehingga selaras dgn kupang.
  4. Perisakan dengan garam.
  5. Masak sehingga kupang terbuka. Matikan api. Siap!

Mudah aje ka nak masaknya. Cuma mungkin ambil masa sikit untuk bersihkan kupang sebab korang kena make sure buang tali yang ada kat perut kupang tu. Jangan dimakan nanti sakit perut pula.


14 comments:

  1. Akak sukerrr....kalau akak pi Muar memang selalu beli ni..rebus cicah ngan cili kicap...dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduyai sedap tu kak SA uitt.. cicah sos pun boleh kan

      Delete
  2. simple je resipinya..adeh nak kena buang tali dia..baru cdg nk beli..tak reti lah pulak..tkut salah yg dipotong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ambil masa sket nak buang tali tu fieza, tarik aje tali tu guna tenaga 4 kerat. setel hihi

      Delete
  3. Saya suka makan kerang rebus ni, tapi suami & anak2 tak reti makan pulak.

    ReplyDelete

  4. Cicah lada kicap,, perghhh..sedap

    ReplyDelete
  5. Peminat kupang memang suka buat macam ni. Cicah dengan sos terus masuk mulut.

    ReplyDelete
  6. W'salam mamapp, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan.. Setiap kali balik Muar LZ mesti beli kupang untuk bawa balik Seremban.. Masak pun ikut cara mamapp.. Sedap betul kupang cicah air asam, hurmmm terliur..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kupang. Teringat kawan pernah masak kupang masak lemak untuk raya dulu. Bertambah-tambah makan.

    ReplyDelete
  8. simple resepi ni. sedap.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  9. kalau aku suka tambahkan daun kunyit bagi ada bau lagi wangi..

    ReplyDelete
  10. Faverat Kak Sue dengan Abang Man.. sellau buat sambal, lain kali boleh cuba resepi nie pulak..

    ReplyDelete
  11. sedap manis dan gurih si kupang ini

    ReplyDelete

Words of wisdom