Cerita Raya Terkejut 2022 Kami - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, May 12, 2022

Cerita Raya Terkejut 2022 Kami

Cerita Raya Terkejut 2022 Kami. Harini sudahpun 11 Syawal tahun 1443H tapi mood blogging mama sebenarnya still kelaut hihi. Rasanya ramai yang kena sindrom raya terkejut macam mama kot. Kemalasan melanda. Nantilah mama cuba-cuba cari balik mood mama kat laut tu ye.. Haha gurau aje.


Alkisah, mama memang terkejut beruk sebab mama langsung tak sangka kita akan raya lebih awal sehinggakan mama tak percaya orang bagitau mama sehinggalah mama lihat sendiri rakaman pengumuman raya dari penyimpan mohor besar diraja. Nak buek macam mana, Syawal perlu disambut dengan penuh kesyukuran, maka kita beraya je lah secara ala kadar dan apa yang ada.


Tahun ni tak masak rendang. Terkejut raya le katakan

Mujur juga petang tu mama ajak mak mertua beli barang-barang masak. Dapatlah kami masak 3 lauk di malam raya dan tido pun kul 4 pagi. Masak berdua aje. Itupun kuah lodeh mama takde kacang panjang sebab kononnya nak beli kacang panjang esoknya kat pasar. Takpelah lah makan le apa yang apa. Selain dari makanan yang dimasak kami ada order kuzi kambing, rendang dan rendang tok serta lemang, lontong dan ketupat palas. Penuh juga meja dengan juadah raya.

Seronok bertemu saudara-mara

Walaupun terkejut, tapi syukur sangat-sangat tahun ni akhirnya dapat juga bertemu saudara-mara. Seronok sangat dapat berkumpul selepas 2 tahun. Raya pertama dan kedua mama di Shah Alam dan beraya di Selangor-KL. Raya ketiga-keempat balik ke Johor beraya di Batu Pahat-Muar. dan juga Seremban  N9. Raya ke lima beraya di Melaka dan raya ke 8 di Ipoh. Kalau korang tengok gambar kat atas tu mama ada pakai baju biru, itu sebenarnya baju masa nikah kami. Sanggup mama pakai balik sebab nak matching color dgn kurta anak mama haha..

Kalau ikutkan hati memang tak puas lagi beraya sebab ramai lagi sedara mara yang tak sempat jumpa. Tapi apakan daya, mama dah kena balik sebab nak hantar anak bujang masuk asrama dah. Apapun syukur alhamdulillah raya tahun ni memang happening dan seronok sekali. 


17 comments:

  1. semua pun raya mengejut kan tapi nasib baik sempat siapkan hidangan di pagi raya hehee... pape pun selamat hari raya buat mamapp sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. Raya pertama abe kie n family pi beraya umah sedara mara jd x perlu bimbang akan apa yg perlu dimasak. Bijak kan? Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Bagus tu. Dapat guna semula baju lama.

    Raya kami pun terkejut, tak prepare juadah berat untuk tetamu. Bagi biskut dan kuih raya yang ada.

    ReplyDelete
  4. plan awal nak masak hari raya pertama tapi terkejut punya pasal tak sempat nak beli barang basah, esok makan kat rumah saudara sebelah rumah..haha

    Selamat Hari Raya Mama :)

    ReplyDelete
  5. Ramai juga yang raya terkejut tahun ini...ada baik dan ada buruknya juga...moga ibadah puasa kita Allah terima ...aamiin

    ReplyDelete
  6. Memnag terkejut, terkujat huru hara raya tahun ni

    ReplyDelete
  7. Walau terkejut raya tahun ni adalah yang paling happy dari sebelum ni kan

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Mama & keluarga
    Terkejut-kejut pun meriah, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. hehe.. janji tetap raya.. tapi raya ni memang meriah

    ReplyDelete
  10. Semua raya terkejut kan, Kak Sue pun rekod rasanya tahun nie tak sempat siapkan kemas rumah dah balik kampung dulu dah..

    ReplyDelete
  11. Walaupun terkejut tapi rasanya raya tahun ni paling best dan meriah. Tak pernah saya tidur pukul 4 pagi sebab masak untuk raya, tahun ni first time. Lepastu ramai adik beradik yang balik sebab dah 2 tahun tak dapat raya bersama sebelum ni asbab PKP.

    ReplyDelete
  12. rendang dan ketupat menu wajib ain

    ReplyDelete
  13. terkejut tp kenangan... dh la lama x beraya bila boleh raya terkejut pulak... bestnya dpt pakei bj kahwin.. bj kahwin sy anak dara yg dpt pakai skrg.. selamat hari raya mama!!

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya, maaf zahir & batin...walaupun terkejut, sambutan raya tetap meriah...

    ReplyDelete

Words of wisdom