Amboi, Mentang-mentang Dah Boleh Merentas Negeri - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, October 13, 2021

Amboi, Mentang-mentang Dah Boleh Merentas Negeri

Assalamualaikum semua, harini mama still sibuk dengan audit so tak sempat nak menyembang lama. Post ni pun mama buat hari semalam secara auto post. Mama nampak sangat perubahan trend korang yang masuk blog ni sejak merentas negeri dibolehkan. Terus post entry travel mama meletup balik haha.. Kemain lagi korang ye hik hik.. 

Kat sini mama share kan post terbanyak yang tengah laku keras sekarang.. Antaranya yg top 3 seperti berikut


Pulau Redang

IMG_20190712_111410-800x600

Snorkeling di Taman Laut berdekatan Pulau Redang. Alahai jernihnya ayorr..Putihnya pasiorr..

Inilah entry Pulau Redang yang meletup. Korang yang tengah cari tentang Pulau Redang tu takyah fikir2 dah.. Ambil je terus pakej yg mama bagitau dalam post tu memang berbaloi2. Uish rindunya dgn Pulau Redang.. Tak rugi pergi sana uittt...


Pulai Spring

IMG20190316111201-1152x864
Kat sini Ada 3 pool Tau.. pemandangannya mmg superb. 

Ntah kenapa, walaupun sebelum merentas negeri ramai juga yang visit post mama tentang Pulai Spring. Tapi yang peliknya bila mama tengok keyword ramai yg cari tentang Pulai Spring berhantu.. Masa mama pergi alhamdulillah ok aje. Memang ada hantu ke kat situ ye? Hmm.. 


Bangi Resort Hotel

IMG20191027083001-600x800
Kolam Ikan. banyak betul ikan dalam ni. Kalau nak bagi makan ikan pun boleh tau kat sini. Selain tu pemandangan kat sini emang hijau dan mendamaikan. 


Kalau korang nak bercuti dekat2 boleh aje book kat sini, Memang best, tenang, damai dan pool pun besar. Sesuai utntuk percutian keluarga. Pergilah ye.


Tu la top 3 post jenjalan mama yang tengah hot sekarang ni. Kepada yang nak pergi travel tu mama ucapkan selamat bercuti. Sambil-sambil tu jangan lupa jaasa SOP, lindungi diri dan keluarga ye. Sambil travel, kena beringat juga tau.. Ok bai, nak sambung audit..

11 comments:

  1. amboi2 ... memang meriah la post bercuti cuti ni

    ReplyDelete
  2. kena kerja ni mama..
    xleh nk merentas lg.. haha..

    ReplyDelete
  3. resort di pd pun dh fully booked weekend ni... pg td dgr dlm berita di radio... kami kt sini blom ada plan lg nk ke mana-mana pun

    ReplyDelete
  4. Tak pernah merasa bercuti di pulau lagi..

    ReplyDelete
  5. Redang best.. Ipar duai dah kasi hint dah tu nak repeat.

    Tp kalau asyik ke Redang pun boring gak..

    ReplyDelete
  6. Memang nak pi bercuti ni tapi tunggu keadaan reda...skrg semua tempat mesti dah penuh kan

    ReplyDelete
  7. Bestnya kalau dapat bercuti tempat tempat begini

    ReplyDelete
  8. ramai org sedang survey tempat bercuti .. sampai ke hari ni blog mama ramai yg cari pasal bercuti ni. selamat bercuti korang semua

    ReplyDelete

Words of wisdom