Resepi Daging Bakar Sedap Dan Mudah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, September 22, 2020

Resepi Daging Bakar Sedap Dan Mudah

Lama sangat entry ni dalam draft. Mama masak guna Resepi Daging Bakar Sedap Dan Mudah ni untuk lauk daging korban batch pertama dulu. Masa tu dah lama mama tak shopping barang dapur. Bila korek-korek bahan di dapur maka mama dapatlah menghasilkan lauk daging bakar ni. Mama adjust-adjust ikut suka dan tak sangka memang sedap rasanya. Mari mama share Resepi Daging Bakar pada korang. Kalau nak tau Ada apa tentang homestay boleh klik post mama sebelum ni.







Tak keterlaluan mama katakan lauk daging bakar yang mama buat ni rasa dia sebiji macam daging bakar yang mama makan di sini : Kambing Bakar Sedap di Restoran Kambing Bakar Kontena Setia Alam Shah Alam Selangor. Perbezaannya mama guna daging lembu, kalau guna daging kambing pun boleh juga. Korang try la nanti bagitau mama ye hasil dia..


Mama masak ni guna periuk ajaib. mudah sangat caranya tau..







Resepi Daging Bakar 

Bahan-bahan:

1 1/2 kg daging
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar serbuk black paper
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos karamel
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kisar
1 slice lemon (ambil perahan airnya)
1 ketul gula nisa/ gula melaka
Sedikit minyak
Gula dan garam secukup rasa



Cara-cara memasak:

1. Kesemua bahan dikisar dan diperap bersama daging selama sejam. Kalau nak perap lagi lama pun boleh, lagi meresap nanti.
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk ajaib.
3. Masukkan kesemua bahan perapan dan rebus sehingga hampir air daging hampir kering. Sesekali buka penutup periuk dan kaup balikkan agar tak hangus. Mama guna api sederhana besar. 
4. Perisakan dengan gula dan garam jika perlu.
5. Masak sehingga daging agak kering dan kuah melekat didaging menjadi kehitaman (seperti rupa daging bakar). Boleh tambah sedikit air mengikut kesesuaian korang.
6. Siap!


Mama makan daging ni dengan nasi panas. Memang sedap oo.. Tak perlu buat kuah dia pun tau.




18 comments:

  1. Mi pan su su sum su su su
    Mi pan yakakus nyam nyam nyam

    Terus rasa nak nyanyi...

    ReplyDelete
  2. ada periuk ajaib semua keje senang..kita xdakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama ni kan pemalas.. semua nak di ajaibkan. kalau takde peiuk ajaib boleh aje panggal atau grill mcm biasa. goreng atas kuali biasa pun boleh

      Delete
  3. wah...nampak menyelerakan betul nih. Cara masak pun lain dari daging bakar biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nama aje bakar tapi tak bakar kan hihi..

      Delete
  4. Daging Bakar? Allahu.. Dah la tengah celaru nak masak daging yang cuma secoet je. Haha

    ReplyDelete
  5. Tengok pada bahan yang digunakan sebagai pemerap tu memang dah bolehbayangkan hasilnya yang ummpphhh...naik jempol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah boleh bayang ye amie.. naik jempol gitew haha

      Delete

Words of wisdom