Pergi Kellie's Castle Batu Gajah Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, January 22, 2019

Pergi Kellie's Castle Batu Gajah Perak

Walaupun entry ni agak basi tetapi mama nak cerita juga yang bulan October lepas kami Ada Pergi Kellie's Castle Batu Gajah Perak untuk kenangan mama. Ni first time kami Pergi Kellie's Castle Batu Gajah Perak Ni. Selalu juga nampak org ke sini. Walaupun istana Ni Tak siap tapi rasa seronok Dan kagum dengan binaannya. 







Baca juga travelog mama ke Perak 





Kellie's Castle Batu Gajah Perak

Terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak.. Sebenarnya kedatangan kami ke sini adalah secara kebetulan. Tetiba lalu sini Masa otw balik dari Ipoh ke Shah Alam. Boleh jadi rezeki kami juga kut

Sebelum masuk bergambar dulu dengan gambar William Smith, orang kaya Scotland yang membina istana Ni.


Rupanya Kat sini Ada night tour juga. Idok la teman nk join uihh. Masa ke sini dah ler kes seram Masa di muzium perang penang baru beberapa Hari.. Kalau nak pergi night tour ni elok cari hotel yang berdekatan kan. Tak delah jauh nak datang tengah malam.

Inilah harga tiket untuk masuk ke Kellie Castle. Dewass RM5, kanak2 rm 3 yg ada Mycard,  dewasa Rm10, kanak2 rm8  untuk pelancong luar negara. Murah saja

Semua berkerut muka.. silau matahari kut

Cantik kan istana Kellie Ni

Kalau Tak silap mama Ni rumah org gaji


Rumah pengawal Dan bangsal kuda.


Syafi taknak Naik ke tingkat atas lepas baca Ni di tangga huhu..

Pelan istana


Kepada sesiapa yang nak pergi ke Kellie's Castle berikut adalah alamatnya ye:

Kellie's Castle Batu Gajah Perak

Alamat: 31000 Batu Gajah,
Negeri Perak
Dibuka setiap hati dari 9pagi - 6 ptg


Ok mama seronok baca sejarah ttg Kelli's Castle. So ni mama tepek Sejarah Kellis Castle dari en wiki

Sejarah Kellis Castle 

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

22 comments:

  1. Selalu Sha lalu je.. Tak berapa teruja nak singgah.. kikiki.. Tengok dari jauh pun dah seram..

    ReplyDelete
  2. teringin sangat nak pergi dan bergambar kat sini. cantik. tapi baca cerita orang seram pulak hehehe

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi sebab nak amik gambar je. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. kiranya yg ruang siap kerusi merah tu mmg di tambah la ye kak? bukan dr istana kelly yg betul lah ye...

    dana biasa dgr jgk psl istana ni yg berhantu... n kwn opis pernah bt pengambaran kt situ time2 nk senja, mmg rasa aura seram tu katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perabot tu tak pasatilah ori ke tak dana.. lupalah aritu ada tulis penerangan tapi mama ambil gambar dlm hp lama

      Delete
  5. Tak pernah sampai sini lagi. Akan masuk bucket list.

    ReplyDelete
  6. oo ramai juga yg tak pernah sampai lagi ingatkan mama aje. kat sini ambil gambar mmg cantik tau

    ReplyDelete
  7. Kat sini memang bila ambik gambar cantik sangat. Pernah pergi sekali itupun sebab ikut photoshoot wedding paksedara masa tu. Naik atas bumbung dia tak mamapp? Gayat kot hehe.

    ReplyDelete
  8. cantik tempat ni mama..tp mcm scary plk hehe...nnt ke perak bolehla singgah amek gambar

    ReplyDelete
  9. MAsa belajar dulu, pernah ke sini. Dgn anak-anak, tunggu depa besar dulu. Senang ajar sejarah ada tmpat mcm ni kan kak.

    ReplyDelete
  10. cantik tempat ni kalu shooting gambar. dah lama2 kat dalam ni mcm seram pulak. kalu datg ramai takpe lagi. hhahaa

    ReplyDelete
  11. dh pernah pergi ambil gmbar dekat tulisan kellie’s castle tu je sebab seram nak masuk hahaha

    ReplyDelete
  12. Selalu time balik kampung, lalu je kat sini..tak berani nak singgah..serammm..hehe

    ReplyDelete
  13. Baca entri akak rasa macam nak repeat plak sekali lagi ke Kellies Castle ni.

    ReplyDelete
  14. jarang nampak hantu kat sini waktu siang.

    ReplyDelete
  15. haha kat sini tak semestnya org nak tgk hantu.. kadang2 perasaan je kan.. tapi kalau baca pengalaman seram kat sini byk gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. time aida gi tu, tak la berani sgt berlegar tempat tak ramai org :)
      kami folo je org lain tau.
      knowing the fact that memang ada citer seram, tak la berani nak lepak lelama.

      Delete
  16. aida da sekali singgah sini.
    bwk anak2. a wajib place to go if ke perak.
    tak jauh pun dari cameron highlands.

    ReplyDelete
  17. Tempat yang cantik untuk bergambar selain daripada mempelajari sejarah tinggalan lama..

    ReplyDelete

Words of wisdom