Lebih Halus Daripada Rambut, Lebih Tajam Daripada Pedang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, February 23, 2018

Lebih Halus Daripada Rambut, Lebih Tajam Daripada Pedang

Lebih Halus Daripada Rambut, Lebih Tajam Daripada Pedang. Bila sebut statement ni mesti ramai dah dapat agak apa bendanya Tu Kan.. ya, itulah titian Siratul Mustaqim Yang Kita semua pasti akan lalui ahirat nanti. Baru-baru ni mama Ada terdengar ada seorang Ustaz Tu beritahu yang orang kafir tidak melalui titian ini. Mereka Akan terus dihumban ke neraka. Ya Allah, mengerikan sungguh. Bersiaran semoga amalan Kita semua mencukupi untuk melepas titian sirat ini. Jom sama-sama muhasabah diri

Gambar Ihsan Google


Mengerikan! Sungguh aku, ia adalah saat yang sangat mengerikan. Berjayamu ke Syurga, tetapi jatuhmu akan ke Neraka Jahannam.

Terbentang di atas Neraka Jahannam, lalu terdapat pula besi besi pengait serta pokok pokok berduri yang akan menarik mangsanya jatuh ke dalam Neraka Jahannam. Itulah Shirath.

Agak berat sebenarnya tulisan ini kerana mengisahkan sesuatu perkara yang ghaib. Tetapi hadith hadith yang dikumpulkan oleh para ulama' untuk menceritakan serta menggambarkan keadaan ketika di Shirath sudah cukup membuatkanku terasa amat takut sekali. Semoga Allah melindungi kita semua daripada api nerakaNya.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Hudzaifah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

"Kemudian direntangkanlan jambatan di atas neraka jahannam dan diperbolehkan memberi syafaat, maka para nabi pun berdoa 'Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah'."

Rasulullah SAW ditanya, "bagaimanakah jambatan itu?"

Jawab Rasulullah SAW ;

"jalan licin menggelincirkan. Padanya terdapat besi besi penyambar, besi besi pengait dan tumbuhan berduri seperti di Najed, yang disebut Sa'dam.

Orang mukmin melalui sekejap mata. Ada pula seperti kilat, ada yang seperti angin, ada yang seperti burung, ada yang seperti kuda yang tangkas dan kenderaan yang lainnya.

Maka dari itu ada yang selamat sentosa, ada yang terkait lalu lepas dan ada pula yang terpelanting ke dalam neraka jahannam."[Sahih Muslim]

Allah! Selamatkah kita ini nanti?

Kata Imam al-Qurtubhi dalam kitabnya At-Tazkirah ;

"Maka fikirkanlah sekarang, betapa gentar hatimu kelak jika kamu melihat Shirath begitu kecilnya, lalu tampak di matamu hitamnya neraka jahannam da bawah sana, dan terdengar ditelingamu gemuruh api. Sementara kamu dipaksa berjalan di atas Shirath dalam keadaanmu yang lemah. Hatimu bergetar, kakimu goyah dan punggungmu dibebani dosa dosa.

Bayangkan penderitaan yang akan kamu alami saat kamu menapakkan salah satu telapak kakimu, ternyata kamu rasakan betapa tajamnya Shirath itu, tapi bagaimana pun kamu harus menapakkan pula telapak kaki yang kedua.

Sementara orang orang lain di dihadapanmu jatuh dan tergelincir, lalu disambut oleh para malaikat yang menyiksa.

Saat itu kamu melihat ramainya manusia jatuh ke dalam neraka di mana kepala mereka terbalik ke bawah, kaki mereka di atas lalu jatuh ke neraka. Na'uzubillah!

Betapa mengerikan pemandangan seperti itu, betapa sulit pendakian yang harus ditempuh dan betapa sempit jalan yang harus dilalui"

Manakala kata Ibnul Mubarak ; "Pada hari kiamat nanti manusia akan melintasi Shirath sesuai dengan iman dan amal masing masing".

Teringat beberapa tahun dahulu ketika makan tengah hari bersama seorang sahabat, dia mengatakan ;

"ketika manusia melalui Shirath nanti, pohon pohon berduri yang ada di sekitar Shirath akan menyambar manusia yang mana pada badannya terdapat benda benda yang haram. Contohnya makan makanan yang haram atau pun makan makanan daripada sumber yang haram".

Ya! Begitulah sedikit gambaran kengerian saat di Shirath nanti. Jangan kita lepaskan peluang untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah ketika di dunia ini.

Jangan kita leka! Sudah sudahlah menjadi pelahap terhadap nikmat dunia. Bukan tidak boleh diambil tetapi ambillah dunia sekadar keperluan untuk kebahagiaan akhirat.
Wallahu a'lam.


Diambil Dari hasil nukilan #AkhiAdifGorment
Tel Dakwah Tanpa Henti

14 comments:

  1. Allahu Akbar. Negri kak. Amal kita yg sedikit ni tak tau lah mcm mana nk dpt tlg kita kat sana nanti kan.

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing.. Xleh bygkan mcm mana ngeri nya kn

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.. ngeri bila mengenangkan adakah kita dimasukkan dlm golongan yg mn satu

    ReplyDelete
  4. harapnya kita semua dapat melepasinya...

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar..
    Sungguh mengerikan..
    Semoga kita semua diberi peluang utk bertaubat dan memperbaiki diri..

    ReplyDelete
  6. subahanalloh...
    jalan licin menggelincirkan

    ReplyDelete
  7. Tak dapat bayangkan titin sirotulmustaqim lebih halus dr rambut dan lagi tajam dari pedang. Nak lalu kena hadap 3 fasa selama 5000 tahun. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  8. Allahu. tak terbayang rasanya. semoga iman kita semakin meningkat selepas ini

    ReplyDelete
  9. Moga kita terus memperbaiki dan meningkatkan amalan baik diri kita.

    ReplyDelete
  10. Allahu.. takutnya baca Adda, semoga kita sentiasa istiqomah perbaiki diri dan amalan kita..

    ReplyDelete
  11. terima kasih kerana sentiasa bg peringatan adda.. alhamdulillah syukur ada kwn2 yg baik

    ReplyDelete

Words of wisdom