Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari. Yahuu.. akhirnya mama dah terjebak dengan shopee u ols.. Tak tahan tengok sana sini kawan-kawan blogger asyik duk cerita pasal shopee sampai mama akhirnya masuk website shopee dan beli terus barang yang mama nak. Semalam dah sampai barang mama order iaitu casing telefon Syafi. Susah nak cari casing tu. Kalau ada jual online pun mahal. Akhirnya mama dapat beli kat shopee dgn harga murah aje. Hampir separuh dari harga yang online lain jual. Nak usha lagi lah barang lain sebab sekarang ada promosi payday pula tau. p/s: tengah tunggu lagi 2 barang ni haha. Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari.




KUALA LUMPUR, 21 FEB 2018 - Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Siapa yang baru pindah rumah baru, bolehlah beli semua perkakas ni. Harga pun murahkan.. Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my


Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:






Kategori Kecil


1. Mobil & Gajet


Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri

2. Kesihatan & Kecantikan


Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek


3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi


Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan


4. Pakaian Wanita


Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun


5. Perabot & Perhiasan Rumah


Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Isteri saya dah ada pengalaman beli belah ngan shopee ni.

    ReplyDelete
  2. wow weeeee beli apa tu nak tau gak apa yang best?

    ReplyDelete
  3. Amboi sakan, dah sampai ya barang.. Nak beli apa lagi tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. seronoknya shopping kat Shopee ni kan...mmg ralit dok belek satu2 benda apa nak dibeli..hehe

    ReplyDelete
  5. Amboi.. Syok ye shopping online. Blh la usha2 jugak ni.. Hihi..hari ni gaji masuk 😁😁

    ReplyDelete
  6. beli handphone ada diskon khusus ya

    ReplyDelete
  7. suasana Imlek harusnya banyak diskon nih.^^

    ReplyDelete
  8. Kaki shopping online sure xsbr nk grab promo ni

    ReplyDelete
  9. Bestnya. Shopping lagi lah nampaknya ni.

    ReplyDelete
  10. macam best jeee ada pulangan! wowwww.

    ReplyDelete
  11. Rambang mata shopping dekat shopee nih kan kak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post