Ude JJ Asam Pedas Muar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, January 6, 2018

Ude JJ Asam Pedas Muar

Mama dan asam pedas berpisah tiada. Suka sangat makan asam pedas. Kalau arwah mak masak dulu confirm mama makan dalam mangkuk dan make sure kuahnya sampai memenuhi nasi dalam mangkuk tu. Bila dah habis makan nasi, kuahnya mama slrrrppp masuk mulut dari mangkuk direct ke perut haha.. Memang nikmat you. Baru-baru ni mama telah makan asam pedas di Ude JJ Asam Pedas Muar. Asalnya nak makan di Asam Pedas JJ tapi malangnya masa sampai tu dah habis asam pedasnya. Atas saranan tuan kedai JJ, maka mama pun pergilah ke Ude JJ Asam Pedas Muar.

Sebenarnya rasa dan konsep kedai JJ & Ude Asam Pedas ni sama aje kerana rempah masakan asam pedasnya sama. Ini diberitahu sendiri oleh pemilik Ude JJ Asam Pedas Muar. Diorang ni sebenarnya sekeluarga. So, kalau nak lebih selesa dan tak risau asam pedas habis bolehlah makan di Ude JJ Asam Pedas Muar yang terletak di Jalan Parit Haji Baki, Muar.

Bila renung-renungkan balik masya Allah banyak juga entry mama pasal asam pedas rupanya kan haha.. Cuba tengok link di bawah ni haa.. amikaw nampak sangat mama sekeluarga ni penggemar asam pedas


Use JJ Asam pedas Muar

Asam pedas ikan mayong. Memang Rasa Asam pedas Di sini Sama sebijik cam JJ Asam Pedas. So, kedai ni mama dah masukkan Dalam list kalau nak makan senang sebab tak de lah ramai Sgt macam JJ. Parking pun banyak tempat sebab kedai ni tepi jalan aje. Jalan pun tak sibuk

Asam pedas ikan kembung

Asam pedas ikan pari

Cendawan goreng tepung. Highly recommended sebab sedap.. mama order sampai 2 pinggan


Keseluruhannya memang puas ati lah.. balik Dari kedai Masih lagi bau2 Asam pedas yg masih Ada melekat kat tangan haha..

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Ude JJ Asam Pedas Muar inilah alamatnya:
50, Jalan Parit Haji Baki,
Taman Bahagia,
84000 Muar, Johor

15 comments:

  1. Menarik sangat kuah asam pedas itu, pekat sungguh!..
    My all time favorite ni mamapp. Selalu makan kat Tanjung Emas tapi agak kurang best lately. Next harus ke sini.. ;-)

    ReplyDelete
  2. tak minat asam pedas but cendawan goreng tepung tu memikat hati la. hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya... fuhh... lama ni tak makan.. masih mood pantang lagi ni

    ReplyDelete
  4. Hehee betul, asyik jumpa review asam pedas je ni dekat blog mamapp. Terliur betul!

    ReplyDelete
  5. mmg minat betul mama dengan asam pedas..jjcm byk info asam pedas je..haha.. #peminatasampedas

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Adda, Kak Sue pun suka Asam Pedas jugak.. ehehe..

    ReplyDelete
  7. Sedap ni mama. cecah cendawan goreng tepung dengan asam pedah

    fuhh

    ReplyDelete
  8. Lama tak jalan-jalan ke Muar kak.

    Kebetulan untuk tengahari tadi ingat nak masak ikan assam pedas sebab baru tuai kantan merah dan serai dari kebun sendiri.
    Tapi terkenangkan kalau assam pedas ni dewasa ja yang gemar dalam rumah terpaksa goreng je ikannya.
    Sebab yang ada cuma Tukang Kebun dan anak-anak je.

    Bila baca posting ni menyesal pula tak buat juga asam pedas hehehe....

    ReplyDelete
  9. Thank u mama. Saya memang lalu situ bila pergi rumah kawan kat Moa. Kalau ada peluang saya boleh singgah sana.

    ReplyDelete
  10. Wah.. Pekatnya kuah dia.. Mengancam.. Kesukaan sha nie..

    ReplyDelete
  11. Mmg ketara mama suka makan asam pedas. Hihi. Sedap tue. hihi. :)

    ReplyDelete

Words of wisdom