Asam Pedas JJ Muar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 14, 2017

Asam Pedas JJ Muar

Kalau ke Muar jangan lupa ke Asam Pedas JJ Muar tau sebab asam pedas ni lah yang tersedap yang memang kena dengan tekak mama dan ayah syafi. Memang sedap sangat tau. Kalau balik kampung confirm mesti singgah sini. Ada 2 tempat kalau nak cari Asam Pedas JJ Muar iaitu di Jalan Junid dan ada juga di Medan selera tanjung emas. Kalau di medan selera tu jangan risau rasa asam pedas tu sama dengan di jalan Junid sebab mama dah beberapa kali terserempak diorang sedang ambil lauk dari situ.

Pinggan mama.. penuh you. Makan Asam pedas ikan mating, ulam, telur Asin Dan sambal kicap. Sedapnya... Lepas makan 2 jam bau tak hilang walaupun dah cuci tangan

Pemandangan Dari luar kedai

Asam pedas Yang Di ambil direct Dari periuk. Uniknya, kuah semua dimasak secara berlainan mengikut jenis ikan sebab nak compliment rasanya dgn ikan Tu. Sebab Tu Ada Yang pekat Dan Ada Yang cair

Antara ikan Yang Ada ialah ikan jenahak, siakap, pari, sembilang, Dan kalau bernasib baik Ada telur ikan

Bila dah mula tengah hari mulalah ramai Yang datang. Kalau mama dtg lmbat sikit habislah ikan-ikan semua. Kalau boleh datang sebelum pukul 12

Syafi ambil gambar ni. Tu nampak mama.tengah makan. Tapi nampak Tangan aje lah hihiii

Harga not bad kat sini. seketul ikan lebih kurang rm7+- size sederhana tapi kalau ambil kepala ikan tentulah lagi Mahal  kan.. Total harga ialah Rm26. Murah sebab Kami semua minum air suam dan air kosong je. Ayah syafi tak bagi Kami minum air manis banyak2 hihii.. untuk kesihatan.. tambahan lauk lain seperti Tempe, ulam2 Dan sebijik telur Asin.

Masa Kami datang ni dah pukul 1.30ptg, lauk banyak dah habis juga. Telur Dadar abis dah, ayam goreng pun dapatlah seketul untuk Syafi haha. Kalau nak rojak pun Ada kat sini. Air kelapa pun Ada juga.

Ini alamat kedai Asam Pedas JJ Muar
No. 45, Jalan Junid, Muar, 84000,
Lokasi : 2.03925,102.55205

23 comments:

  1. Boleh la singgah bila smpi Muar nnt

    ReplyDelete
  2. Sedapnya asam pedas, dah lama tak makan, tapi tue la.. Tak tahan pedas, hihi..

    ReplyDelete
  3. sedapnya asam pedas, tengok gambar pun boleh lapar tau hehe

    ReplyDelete
  4. uit.. sedapnya.. kalau balik muar mak mertua lin suka madak ni utk kitorang

    ReplyDelete
  5. alahai kecur air lioqqqq... terus laporrr

    ReplyDelete
  6. yummy...dah lama juga xmakan asam pedas...

    ReplyDelete
  7. semalam baru makan asam pedas.

    tengok gambar ni, rasa nak makan lagi plak.

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. asam pedas style melaka pekat.. tp kalau style johor cair.. dilah suka asam pedas melaka & muar...

    ReplyDelete
  9. uiiiii...sedapnyer..plk tu tgh hujan skrg ni...kena carik ikan la esok nak masak asam pedas hihi

    ReplyDelete
  10. Asam pedas org Johor mmg meletops Kan mama, dgn pekatnya, dgn merah kuahnya, pendek kata secukup rasalah.

    ReplyDelete
  11. Bila sebut Muar, GV teringat mee bandung. hihi. tak sangka Muar pun asam pedas sedap cmnie. hihi. terbaik la kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  12. Rasa menyesal pulak tengok masa tengah lapar ni, haha

    ReplyDelete
  13. yang pedas-pedas rasanya mak nyos ke mulut
    hati-hati sakit perut

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaaaa.... sy prefer yg cair... eps asam pedas ikan pari perrghhhhhhh bertambah 5 pinggan pn x sedar hahaha

    ReplyDelete
  15. Samapai beratur ya nak makan asam pedas sedap

    Mujur mak pandai masak

    tak payah beratur

    tinggal mintak je

    Hehe

    ReplyDelete
  16. Ya Allah sedapnya. Asam pedas ikan pari. Kaw kaw kaw

    ReplyDelete
  17. Aduh sedapnya mama... rasa kecur airliur dh ni huhu :(

    ReplyDelete
  18. Belum rasa lagi asam pedas muar. biasa kalau pergi muar makan mee bandung muar yg sedap tu :)

    ReplyDelete
  19. Memang pemes tempat ni.
    Ada beberapa gerai asam pedas lagi yang best kat Muo ni

    ReplyDelete
  20. Nanti kalau ke Johor, boleh try makan kat kedai ni nampak meranrik Asam Pedas nihh

    ReplyDelete
  21. Mama yg tengok sekali lagi gambar ni pun terasa nak Cari lg Adam pedas huhuu. Kalau mama suka Asam pedas pekat. Ayam mamammg pure johorea. Dia suka yg cair

    ReplyDelete
  22. Ena duduk muo tp xmakan asam pedas muo sgt..hehe. sebab suka buat sendiri..resepi air tgn keluarga sendiri jugak yg sedap di tekak ena..org johor mmg xjauh asam pedas..pekat2 tambah kicap sikit.. uikk sedap sgt.

    ReplyDelete

Words of wisdom