Cerita Blog Mamapipie.com di tahun 2017 part 1 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, January 10, 2018

Cerita Blog Mamapipie.com di tahun 2017 part 1

Harini mama nak share Cerita Blog Mamapipie.com di tahun 2017. Mama ni walaupun blogger lama tapi mama dah idle/ hilang dari radar sejak tahun 2015 lagi. Kalau ada buat post pun untuk letak perkara yang mama nak ingati contohnya masa Syafi berkhatan dulu. Tahun 2015 adalah tahun paling pahit bagi mama kerana kehilangan ibu tercinta di awal tahun 2015. Itu yang membuatkan dunia mama sunyi, sepi, suram dan kelam sampai nak buat apapun down. Mama sampai lupa mama ada blog, kalau tak caya cuba tengok tahun 2016 ada berapa aje entry mama. Tak sangka Cerita Blog Mamapipie.com di tahun 2017 bermula semula dimana blog ini kembali hidup.

Header yang cantik menawan ini dibuat oleh seorang kawan mama mengikut konsep dan requirement dari mama. Rasa sangat puas hati. TQVM aten.. sayang atenn mmuah. First time ada header sendiri memang membuatkan mama rasa teruja.

Pada May 2017, mama yang dah lama tak pernah masuk blog sendiri telah berkunjung ke blog mama dan mendapati masih terdapat komen dari rakan-rakan blogger dan ada yang beritahu rindu pada mama. Selain itu, mama telah masuk ke akaun innity dan nuffnang mama dan dapati banyak lagi ad yang bertapa di sini. Terdapat juga CPUV & CPM walaupun pengunjung dah jadi ciput. Secara tiba-tiba aje mama terasa nak kembali berblog huhuu..

Lihatlah macam mana blog yang tak update sekian lama tetiba dh banyak post sejak May 2017 lepas

Kini Setelah 8 bulan mama kembali aktif berblog, Alhamdulillah mama rasa semakin seronok walaupun kadang-kadang tu ada mood ups and downs. Biasalah manusia biasa mesti perasaan tu tak static, ia berubah mengikut masa. Sepanjang 8 bulan ini mama bersyukur kerana bertemu kembali blogger yang mama kenal dan tak kurang juga mendapat kawan-kawan baru yang rajin datang dan komen blog mama. Mama rasa seronok kembali berblog dan mama rasa appreciate sangat kepada korang semua yang rajin singgah blog mama & tinggalkan komen di sini. Rasa macam nak sebut nama sorang-sorang tapi memadai lah korang yang baca ni tau bahawa mama sangat appreciate kunjungan korang ke sini. Mama sayang korang semua..

Berikut adalah antara recaps blog mama sejak mama mula aktif berblog..

Bulan 5: Post terkini mama bila mood tu macam nak mari
http://www.mamapipie.com/2017/05/nak-buat-comeback-ke.html

Bulan 6: Mama buat mini GA capture no counter kali kedua. Sebelum tu bulan 5 dah buat sekali. Mama suka buat capture no counter ni since dulu lagi kalau ada yg perasan lah
http://www.mamapipie.com/2017/06/pencarian-pengunjung-bertuah-ke-339999.html

Bulan 8: Tukar Domain Baru
http://www.mamapipie.com/2017/08/mama-syafiblogspotcom-berdomain-baru.html

Bulan 9: Tukar template blog by SisHawa. First time mama menggunakan khidmat orang untuk ubah template mama. Memang puas hati sangat dan teruja. Macam budak2 baru dapt gula2 rasanya hehe..
http://www.mamapipie.com/2017/09/mamapipiecom-berwajah-baru.html

Bulan 10: Join AFB Feed (seronok sangat join AFB Feed cuma mama tak sempat nak cerita aje kat blog ni. Maybe next time kut)

Panjang dah mama menulis.. nantikan part 2 pulalah hehe tu pun kalau ada kerajinan ye..


18 comments:

  1. Itu ceritanya ya mama

    Ada naik turun kan

    Semoga lepas ni naik saja 😁

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak...sahabat blogger sentiasa menanti dan mengalu-alukan perkongsian daripada akak...moga terus didatangkan ilham agar dapat berkongsi lebih banyak kisah..

    ReplyDelete
  3. Come back yang sangat hebat kak adda utk 2017. Blog akak antara blog yg ana suka singgah. Teruskan berkongsi info dgn kami semua.

    ReplyDelete
  4. Chaiyok mama. Semoga mama akan terus menjadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.Aamin. :0

    ReplyDelete
  5. Chaiyok mama. Semoga mama akan terus menjadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.Aamin. :) :) . Post GV kat atas tak leh delete. huhu.

    ReplyDelete
  6. Sorry to hear about your mom. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampun dosa, dan diterima amalannya.

    Suka tengok perkembangan blog Mamapipie, hihi samalah kita berhijrah dengan domain sendiri. Salam sayang dari geng AFB juga, hihi.

    ReplyDelete
  7. Kak Sue dulu pun sama macam Adda juga, lama menyepi.. lepas tu aktif balik kalau tak silap 2015. Semoga kita semua terus berkongsi perkara dan ilmu yang bermafaat untuk semua..

    ReplyDelete
  8. Blogger biasa la ada pasang surut mood menulis...sama gak mcm SA..

    ReplyDelete
  9. biasalah tu mama...blogger pun manusia biasa, ada masanya kena take five. semoga kembali aktif dan sukses dalam blogging

    ReplyDelete
  10. ray pun baru start semula berblog akhir tahun lepas. and i am glad i did. klu x start semula x dpt kenal mama even melalui blog pun.

    ReplyDelete
  11. Comeback yang ohsem.. Semoga terus semangat untuk berblog ye mama..

    ReplyDelete
  12. semoga terus aktif berblog ye mama....lina pun suka terjah blog mama...

    ReplyDelete
  13. cantik da blg skrng..yaya je yg xtukaq2 lagi..huhu

    ReplyDelete
  14. Keep blogging mama..Biasa la blogger pun ada pasang surut mood nak update entry..hehe

    ReplyDelete
  15. Smoga 2018 trus update blog selalu

    ReplyDelete
  16. Samalah kita kak.. Tak aktif tahun 2015..lepas tu bru nak aktif smla

    ReplyDelete
  17. Tq semua.. mama jd semangat sebab korang juga

    ReplyDelete

Words of wisdom