Akaun X Kena Hacked.. Setel dalam masa 8 jam!

Akaun X Kena Hacked.. Setel dalam masa 8 jam!. Huhuu.. hari Jumaat semalam mama buka email pada pukul 9 pagi dan terdapat beberapa email dari verify x. dari percubaan tukar password sehinggalah berjaya tukar email address. Kemain lagi hacker tu buat keje dalam pukul 2-3 pagi. Akibatnya mama tak boleh access langsung akaun X mama. Macam dah jadi hakmilik orang lain.. Wuuuwuuu sedihnya...


Akaun X Kena Hacked.. Setel dalam masa 8 jam!

Tengoklah tu.. email dah bertukar. Mama dah tak boleh access langsung. Nak reset password pun tak boleh. Akaun tu masih ada tapi mama dah tak boleh access.


Tengok macam mana dia buat keje. Licik betul dia buat time kita tidur. Risau juga mama.. terfikir dia tau password email mama ke. Terus mama tukar password tau.

Mama dah buat aduan kepada x. Mama pun ada google juga tentang pengalaman orang yg ada masalah ni. Berdasarkan pengalaman diorg, mama tengok dalam tempoh 10 hari mungkin boleh setel dan boleh dapat access semula.


Regain Access

Tak sangka dalam masa 8 jam setel masalah mama. Alhamdulillah mama dah dapat access balik akaun mama. Efficient betul kerja X ni. Thumbs up. Legaa.... 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Ada akaun X tapi takde update apa sangat pun. Dari dulu tak faham. Apala nak dibuatnya tu hack akaun orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. pelik2 la diorg ni. mama pun jarang guna dah x mama. tapi sayang sebab follower dah 1500

      Delete
  2. akaun google saya pun dah kena hack...saya pun pening macam mana nak dapatkan semula

    Salam kenal dari New Follower...Jemput singgah di teratak yang tidak seberapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal taufik.. cuba isi detail kat help centre x. https://help.x.com/en/safety-and-security dan klik Help with my compromised account. isi apa yg diminta. nanti dia akan email utk langkah seterusnya

      Delete
  3. macam mana boleh settel kak..saya pun kena hack..mcm mn nak dapatkan semula accout saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi help centre, https://help.x.com/en/safety-and-security dan klik Help with my compromised account. isi apa yg diminta. nanti dia akan email utk langkah seterusnya

      Delete
  4. Nasib baik punya mama cepet settle yaa. Krn banyak juga yg tak bisa kembali account nya. Ntah kenapa lah orang2 ini hack akun orang. Nak digunakan buat menipu lah tuh.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post