KFC Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi & Koleksi Kepcibara Blind Box

KFC Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi & Koleksi Kepcibara Blind Box. Berita baik untuk semua penggemar ayam goreng! Bulan Julai ini, KFC Malaysia mengajak penggemar ayam goreng, ahli keluarga dan peminat plushies untuk menikmati sesuatu yang benar-benar berbaloi!


KFC Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi & Koleksi Kepcibara Blind Box


Dilancarkan di Semenanjung Malaysia mulai 23 Julai 2025 dan di Malaysia Timur pada 15 Ogos 2025, Bucket Berbaloi merupakan hidangan nilai terhad yang turut memberi peluang kepada peminat patung plushie untuk memiliki Kepcibara Blind Box – koleksi eksklusif tiga plushie capybara yang comel.


Namun, kisahnya tidak berakhir di situ! KFC Malaysia menampilkan Kepcibara, versi comel capybara santai dengan sentuhan unik yang diperkenalkan dalam tiga karakter menarik iaitu Chiket, Buck Buck dan Zingi.


Setiap karakter mempunyai personaliti tersendiri dan kisah mereka bermula begini: Chiket, Buck Buck dan Zingi yang dahulunya hanya capybara biasa, melarikan diri dari zoo dan jatuh cinta dengan aroma ayam KFC!  Dengan penuh tekad untuk mendapatkan KFC Chicken Bucket, mereka pun menjadi... Kepcibara.


Chiket


Mari berkenalan dengan pasukan capybara bersaiz 3.5 inci ini: Chiket, si ketua ceria yang juga dikenali sebagai Crunch Protector, membawa bucket ayam KFC di belakangnya. Dia sangat obses dengan ayam dan menjaga setiap ketul peha ayam seperti harta karun.


Buck Buck


Seterusnya, Buck Buck, pembantu nakal yang gemar tidur dalam bucket KFC sambil meniup buih. Pendiam, tenang, dan paling gembira, dialah si Lowkey Chillaxed.


Zingi

Manakala, Zingi, si berani, tampil penuh bergaya dengan beg burger Zinger KFC dan sentiasa mahukan kelazatan rasa. Sukakan gosip hangat dan burger yang lebih pedas, dialah si Rare One.


Jadi, buka blind box dan dapatkan koleksi plushie comel Kepcibara ini! Dengan setiap pembelian Bucket Berbaloi, pelanggan berpeluang membeli satu Kepcibara Blind Box dengan harga hanya RM15.99. Setiap kotak mengandungi satu daripada tiga karakter eksklusif ini, sekali gus mendorong peminat mengumpul kesemua plushie comel dan berkongsi keseronokan!


Bucket Berbaloi menawarkan hidangan berkongsi yang penuh nilai, dipenuhi dengan ayam ikonik KFC dan pelbagai hidangan sampingan, menjadikannya pilihan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia bukan sekadar makanan, ia adalah sebahagian daripada keseronokan, kegembiraan serta kisah yang menjadikan setiap suapan dan setiap plushie lebih istimewa.


Bucket Berbaloi boleh didapati dalam dua pilihan kombo:


  • Kombo 6 ketul bermula daripada RM41.99: Sajian enam ketul Ayam Resipi Asli atau Hot & Spicy, 1 Cheezy Wedges Besar, 1 Kentang Putar (14oz), dan 2 minuman ringan berkarbonat saiz sederhana.
  • Kombo 10 ketul bermula daripada RM67.99: Sajian 10 ketul Ayam Resipi Asli atau Hot & Spicy, 1 Cheezy Wedges Besar, 1 Kentang Putar (14oz), dan sebotol minuman ringan berkarbonat 1.5L.

Bucket Berbaloi boleh didapati di semua cawangan KFC termasuk melalui rakan penghantaran. Kepcibara Blind Box tersedia untuk pembelian di cawangan KFC, serta menerusi aplikasi KFC dan laman web KFC.com.my mulai 25 Julai 2025, selagi stok masih ada!


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

1 Comments

Words of wisdom

  1. sebelum ni dekat DIY penuh dengan capibara ni, kalau anak dara shida tengok ni, kompom punya dia nak.

    salam kenalan. https://www.the-shida.com/

    ReplyDelete
Previous Post Next Post