Bermalam di Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak

Bulan May baru ni Mama sempat short trip ke Pulau Pangkor sebab dah teringin buat stok coklat hihi. Tapi sebelum ke sana, Mama plan untuk bermalam satu malam dulu kat Lumut. Bukan apa, nak elak rushing pagi-pagi ke jeti. Kami sampai dari Kedah di Lumut pun dah pukul 10 malam. Jadi Mama pun book la satu homestay yang comel & unik. Bermalam di Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak. Stay sini 10 May 2025


Bermalam di Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak

Mula-mula rasa fishy juga nak duduk sini, Harga memang murah sangat. Husband mama yg carikan. Bilik ni dalam kontena je. Mama pula tak pernah ada pengalaman duduk dalam kontena.

Walaupun kecil je, tapi not bad juga

Bilik serba lengkap dan juga selesa utk kami tidur 3 orang. 

Walaupun kecil, macam-macam ada disediakan


Toilet pun bersih dan cantik.

Apa Yang Menarik di Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak

  • Tidur Selesa, Suasana Tenang - Walaupun just nak stay semalam, alhamdulillah, katil kat sini selesa. 
  • Owner tempat ni cepat respond. Bila mama beri soalan, terus dia reply. 
  • View Kampung dan bukit - Husband mama sempat briskwalk pagi esoknya, mmg best suasana kampung. 
  • Parking senang, boleh park terus depan unit. Tak payah risau nak jalan jauh-jauh angkut beg.
  • Lokasi Strategik - Tempat ni dekat dengan Marina Jetty, lebih kurang 5-10 minit je naik kereta. Mama gerak awal pagi esoknya dan tak jem langsung. Kalau korang plan nak ke Pangkor, memang sesuai sangat stay sini malam sebelum naik feri.
  • Nak lepak-lepak pun banyak tempat nearby: Marina Island Beach – 3.1 km, Teluk Batik – 4.5 km
  • Kedai makan pun byk area sini: Restoran Vicuda Tomyam – 700 meter je, Sate Padang Tembak – 800 meter

Harga 1 malam

Jangan tak percaya tau, mama hanya bayar RM86.+ aje untuk 1 malam.


Review Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak

Secara keseluruhannya, Stay kat Purple Cube ni walaupun sekejap, tapi memang berbaloi. Rumah bersih, suasana tenang, dekat dengan jeti dan tempat makan. Kalau korang nak cari tempat bermalam yang lain sikit dari biasa—dan Instagram-worthy—boleh consider homestay kontena ni. 

Next time Mama datang Lumut, boleh la repeat lagi  untuk nak tidur malam je.


Maklumat Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak

Ada 2 unit, yg kuning tu besar sikit

Purple Cube at Lumut Cube Homestay Kontena

Alamat: Lot 4084-A, Jalan Padang Tembak, Taman Padang Tembak, 32200 Lumut, Perak

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

2 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post