Trip Pulau Langkawi

Assalamualaikum korang. Mama nak cerita tentang Trip Pulau Langkawi mama tahun lepas. Lama kumpul kekuatan. Trip ni adalah trip last mama bersama mak mertua. Masa tu dia ada sebut yg dia dah lama tak pergi Langkawi. Terus mama booking flight dan arrange trip ni. Siapa sangka inilah trip terakhir kami. 3 bulan selepas tu mak mertua mama diagnosed cancer tahap 4 dan meninggal selepas 6 bulan. Alfatihah buat mak. Kekadang rasa rindu datang juga especially bila pergi tempat yg pernah pergi dan tengok barang-barang dia. Dia selalu belikan mama barang-barang tau.


Baca ni:


Trip Pulau Langkawi

Cantik sangat cuasa dan view flight kami alhamdulillah


Percutian kami cuma 3 hari 2 malam aje. Mama book melalui SNAP Air Asia. Awalnya mama book flight pukul 8.45am pergi sana  tapi AirAsia reschedule pada 7.10am pula. Awal sungguh kan. Flight balik mama reschedule iaitu dari pukul 5.35pm kepada 6.55pm. 

Nak tak nak mama accept je la schedule flight baru ni. Jadinya kami bertolak dari rumah naik grab awal pagi iaitu pukul 4 pagi. Risau juga takut takde driver. Rupanya ok aje. Mama book 1 hari sebelum dan driver ada bertukar juga. Alhamdulillah ok aje driver tu. Tepat kul 4 pagi dah sampai ke rumah. Sampai KLIA kami lepak dulu kopitiam dan solat siap-siap sebelum boarding. Total RM59 untuk ride grab. Mulanya mama book melalui AirAsia ride tapi beberapa hari driver kerap sangat bertukar so mama jadi risau. Mama cancel dan book grab je.

Masa dalam flight mak mertua tidur je walaupun mama letak dia sebelah tingkap. Letih kut sebab kena bertolak awal. Dia memang sgt tak larat berjalan sebab dalam KLIA nak ke terminal kan kena jalan jauh juga. Kesian sangat tengok dia. 


Cantik sangat view di pagi hari. Terasa syahdu pun ada

Alhamdulillah selamat sampai. Perjalanan lebih kurang sejam 10 minit.


Nanti mama sambung lagi cerita ye.. Semoga rajin la hendaknya..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Subhanallah, cantik view pagi. Nanti sambung cite tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tenang aje. insya allah nanti mama sambung cite

      Delete
  2. Ok mama..
    tak sabar nak baca sambungan trip ke langkawi..
    sbb nieyl mmg ada plan nak buat trip ke Langkawi juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nieyl.. kalau nak tgk itinery mama yg sebelum ni pun boleh juga. boleh ambil2 idea mana nak pegi

      Delete
  3. kenapa tak naik buggy ke terminal?
    kesian arwah kena jalan pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap mama juga anies.. tak sangka dia tak larat. sebab dia selalu ikut kami berjalan ok aje. pastu pukul 5-6 pagi dah ada ke buggy? mama nak kena survey nx time kalau bawa warga emas

      Delete
  4. Waalaikumussalam.
    Innalillahiwainnailaihiraajiuun. Mudah-mudahan arwal MIL ditempatkan dalama kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
    KLIA Terminal 2 memang jauuuuhhhh..... saya pun naik lenguh kaki melangkah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post