Breakfast di Restoran Mempelam Langkawi, Kedah

Selepas touch down kami semua kelaparan. Padahal mama ada order in flight meal tapi makan ringan aje. Selepas dapatkan kereta sewa maka kami Breakfast di Restoran Mempelam Langkawi, Kedah. Kami bertanya kepada pemilik kereta sewa mana tempat nak breakfast yang berdekatan airport dan dia yg suggest tempat ni.


Breakfast di Restoran Mempelam Langkawi, Kedah

Kami beli roti canai sarang burung. Ni versi pedas ada cili api

ni telur pecah pula

Air minuman

Overall, Roti canai dan kuah sedap style orang melayu punya roti canai. Lembut dan kuah dia mcm letak keledek. Walaupun rupanya tak seberapa tapi rasa dia sedap. Kebetulan masa datang ada grup naik bas makan sini. Memang ramai so servis slow sikit. Air kena order dan ambil sendiri. Parking kena pandai-pandai cari di tepi2 jalan tu. Seat banyak juga kat kedai ni.

Total kami beli Roti canai sarang burung 3, roti kosong 2, 2 nescafe tarik, 1 teh o ais dan 1 teh o ais limau cuma berharga RM23 aje. Terkejut juga mama sampai tanya 2 kali betul ke.. Boleh la repeat lagi kalau ke sini nanti. Berbaloi.


Ada jual nasi campur juga.


Maklumat Restoran Mempelam Langkawi, Kedah



Alamat: 07000 Langkawi, Kedah (Jalan dari airport menghala ke pusat)
Waktu operasi: 8 am–5:25 pm (dibuka setiap hari)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Know Know dia dah kat Langkawi erk...

    ReplyDelete
  2. eh ehhh rasanya ni gerai yg sy singgah dulu ms dtg sini 2014...

    ReplyDelete
    Replies
    1. glamor juga gerai ni. tapi rasanya yg dari airport mesti lalu kan

      Delete
    2. ya mmg dr airport ms tu. kami x sarapan lg then tour guide bw mkn kat sini. ms tu ramai org sbb ada LIMA

      Delete
  3. Lama dah tak sampai Langkawi, mesti dah banyak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mama dtg 2018, tahun 2024 masih tak byk berubah azi.. sedih juga

      Delete
  4. Cantik betul roti canai telur gambar yang pertama tu.

    ReplyDelete
  5. Selamat menjamu selera. Menarik tengok roti canai sarang burung tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post