Selepas breakfast di Restoran Mempelam kami decide untuk terus Pergi Underwater World Pulau Langkawi. Waktu ni pagi lagi, nak check in hotel pun masih awal lagi. Ini kali kedua mama datang ke sini. Kami repeat sebab anak mama memang suka akuarium sejak kecil. Nak tengok penguins katanya.
Ni post mama semasa pergi ke sini kali pertama dulu: Pergi Underwater World Langkawi
Pergi Underwater World Pulau Langkawi
Alhamdulillah mudah aje nak beli tiket di kaunter. Tak begitu ramai orang. Syukur sebab di Underwater World Pulau Langkawi ada disediakan wheelchair.
Antara tarikan kat Underwater World Pulau Langkawi
Harga Tiket Masuk ke Underwater World Pulau Langkawi
Ini adalah harga tiket Underwater World Pulau Langkawi
Tiket Underwater World Langkawi
- Dewasa - Warganegara RM43, Pelancong Asing RM53
- Kanak-Kanak 3 tahun ke atas - Warganegara RM33, Pelancong Asing RM43
- Warga emas 60 tahun ke atas - Warganegara RM33, Pelancong Asing RM43
Perkhidmatan Wheel Chair
Memandangkan mak mertua mama tak larat jalan jauh maka kami guna wheelchair yg disediakan dikaunter tiket. Mudah aje caranya. Daftar dan beri ic dan selepas tu boleh ambil wheelchair dah. Sangat convenient.
Waktu feeding time Underwater World Pulau Langkawi. Penting utk pergi tengok ni. Baru berbaloi lawatan kita.
Seronok ke Underwater World Pulau Langkawi?
Memandangkan ini kali kedua kami ke sini, mama dapat bandingkan dengan lawatan pertama kali dulu. Ada beberapa tempat yg dalam renovation contohnya seal tu xde. Mama suka tgk gelagat seal especially masa feeding time, comel sangat. Overall still berbaloi walapun tak dpt nak pergi tempat yg under construction tu.
Cuma mama perasan dulu ada tempat 3D, Shark 5D tapi kali ni tak perasan pula. Dah takde kot. Sayang pula dah takde. Kalau nak tengok macam mana area tu boleh klink link kat atas. First experience kami ke sini.
comel kan
Penguin memang perkara paling seronok kalau ke sini. Banyak penguin kat sini seronok tgk diorg berenang2 dan berjalan2 dalam tu. Ada yg jalan terkedek-kedek, ada yg bergaduh, ada yg tersadung2..
Kawasan Reptiles, Flamingo & Birdies
Cantik tempat ni utk berfoto
Ada peluang untuk bergambar dgn ular dan reptiles kat sini. Anak mama ada ambil gambar dgn ular sawa beso kat sini
Inilah antara tarikan kat sana
Ada bahagian cengkerang dan fosil. Menarik juga. Banyak lagi gambar tapi mama share ini je la ye.
Maklumat Underwater World Pulau Langkawi
Alamat Underwater World LangkawiPantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 10:00PG–6:00PTG
No Telefon: 04-955 6100
dah beberapa.kali pegi langkawi tp yg ni mmg tak penah msk.lagi😁
ReplyDeleteHarganya tidaklah begitu mahal rupanya
ReplyDeleteWah..bestnya...Al-fatihah buat your MIL.
ReplyDeletenice sharing mama , mana tahu ada rezeki kak ana ke sana nanti ,,
ReplyDeleteComel jer Penguin
ReplyDeletekalau ada anak-anak kecil mesti seronok masuk sini....macam nak ke Langkawi pula
ReplyDeletemesti seronok kan ke langkawi... ldy baru pergi sekali tp x sempat ke sini.. kebetulan waktu kami pergi tu hujan x berhenti di langkawi.. huhuhu
ReplyDeletepernah pergi 2 kali. kali kedua dengan anak dan isteri. memang seronok kalau bawa anak kecil.. kebetulan masa kami pergi tu, waktu makan penguin... memang seronok la anak saya tengok penguin diberi makan.
ReplyDeleteBest g langkawi
ReplyDeleteDah beberapa kali pergi Langkawi tapi masih lagi terlupa nak masukkan Underwater world ni dalam iternary
ReplyDeleteSaya memang sukaaa SeaWorld atau wahana underwater seperti iniiii , 😍😍😍. Yg di Langkawi ini belum lihat, tp THN lalu ke SeaWorld di Penang. Iu juga baguuus dan besar. Anak saya betah sangat melihat aneka makhluk laut.
ReplyDeletecomel ikannya
ReplyDeleteMemang seronok bawa anak2 ke sini. Boleh ralit tengok hidupan laut yg macam2 jenis.
ReplyDeletepernah masuk sekali tahun 2010 kot..ke 2011 camtu. ni anak dah 6 rasa malas lak nk belanja tiket kat situ
ReplyDeleteJarang pergi langkawi, huhuhuhuhu
ReplyDeleteseronok ke sini..boleh tgk mcm2 hidupan laut...
ReplyDeleteBelum pernah sampai lagi. InshaAllah boleh jadikan post kak sebagai rujukan Syaza lepas ni :)
ReplyDeletemampir sini
ReplyDeletePernah masuk ke Underwater World pd thn 2004. Masa tu tiket rm23 aje... Kalau x silap la.
ReplyDeleteKalau ada budak-budak best masuk sini :)
ReplyDeletebawa budak best ke sini... mcm bawak ke aquaria... 2 kali ronda br puas hati... last ke sini masa masih berdua... bila berenam ni belom lg jejak kaki di tanah langkawi
ReplyDeleteMacam Iguana tu tengok kamera la. Pandai posing...
ReplyDelete