Review Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah Pulau Pinang

mamapp
14

Alkisahnya mama nak bercuti sambil melihat sunset yang menjadi terapi mama. So bulan September tahun lepas mama berjaya book satu hotel di tepi pantai. Susah sebenarnya nak cari hotel yang ada parking, tepi pantai dan harga murah di Penang, Kalau kat Batu Feringghi lagi la susah. Review Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah Pulau Pinang

Baca juga:


Review Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah Pulau Pinang

Mama book bilik yang ada 2 katil queen ni dengan harga RM 180++. Alhamdulillah proses check in berjalan lancar

Pandangan dari luar hotel. Parking di bahagian bawah

Inilah keadaan bilik kami

Perabot dan keadaan bilik nampak cam lama kan. Tapi bolehlah. Asal boleh berehat dan selesa mama tak kisah

Serba lengkap dengan almari, etc


Katil pun selesa tapi korang perasan tak ada sesuatu tak kena di situ hihi


Toilet dia ada bathtub


Ada swimming pool. Sadly mama ada terbaca ada kes budak lemas baru-baru ni kat sini. Innalillah. Terkejut juga bila tengok gambar pool macam pernah nampak. Rupanya kat hotel ni

Balkoni besar dan menghadap pandai. Boleh chill2 dan healing2 tengok laut, kapal, langit, etc Anak mama makan nasi kandar kat sini hihi

Pada mama memang berbaloi duduk sini especially bila tengok sunset dari pantai. Memang mabeles macam gambar yang mama pernah post kat SINI. Kat bawah tu ada bar dan tepi pantai. Sambil tengok sunset sambil melayan la diorang punye persembahan live. Ramai juga yang mandi manda sana. Best sangat. Tetiba mama rasa macam jumpa hidden gems pula haha.. Over kan. Sebab setahu mama Batu Feringghi aje yg ada tepi pantai tak sangka Tanjung Bungah juga not bad la.


Masa nak mula sunset. Puas hati kami ambil gambar kat sini

Pemandangan sunset dari balkoni bilik



Area lobby. Ada 2 orang budak photobomb di situ

Selain bar kat luar, tempat makan pun ada


Reception. Pekerja sini semua ramah dan rajin membantu. Layanan superb.

Maklumat Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah Pulau Pinang

Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah Pulau Pinang

Address: 527, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


Post a Comment

14Comments

Words of wisdom

  1. dpt tgk view sunset tu best....lama tk ke penang

    ReplyDelete
  2. wah bes nya dapat duduk hotel yang boleh nampak pemandangan macam ni. selalu pemandangan , dapat tengok bangunan sebelah. letih ~ hahhaha. terapi mata jugak ni kan. dah lama tak berjalan booking hotel. banyak tidur dalam kereta nak jimat. hehehhehe. semoga nur amieza murah rezeki dapat bercuti dan menginap di hotel. dan terima kasih juga akak kerana kongsi maklumat tentang hotel ni <3

    ReplyDelete
  3. wahhh besarnyaaaa bilikkkk...ni yg rasa tak nak balik ni๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Pemandangan dari atas balkon tu cantik kali

    ReplyDelete
  5. kepala katil ada satu je...hihihi...boleh gak try nie...mmg tgok price dekat area penang..jenuh..hahha

    ReplyDelete
  6. Macam best je hotel ni. Bab anak lemas tu emmang kena jaga tak kira cetek macamana sekalipun pool

    ReplyDelete
  7. Walaupun interior nampak old skool tapi ada bath tub tu yang best, harga pun tak sampai 200 kira berpatutan sangatlah kan

    ReplyDelete
  8. Boleh singgah lagi ya Adda kalau hendak layan pemandangan matahari terbenam tepi pantai.

    ReplyDelete
  9. Sepertinya saya tahu hotel ini, sempat lewatin waktu main ke Tj bungah.

    Melihat furniture hotel, iya sih, saya langsung ingat ama hotel yg dulu sering keluarga datangin. Hotel zaman dulu kan kamar memang luas, pool juga size besar. Ada bath tub pula.

    Yg penting bersih saja, masalah furniture vintage tak apa2. ๐Ÿ‘

    Cm saya tak stay di daerah ini Krn Memang ingin lebih mudah dpt transportasi . Makanya memilih area komtar.

    ReplyDelete
  10. tak apa furniture style lama..yg penting selesa..amboi sedapnya layan nasi kandar kat balkoni..kemain tau anak mama pandai cari spot..cantik lah view sunset...strategik betul hotel ni sebb dkt tepi pantai...walking distance je...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!