Pergi ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, August 9, 2022

Pergi ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Assalamualaikum semua, harini mama nak sambung cerita tentang trip Penang mama masa bulan April dulu. Kali ni mama Pergi ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang. Anak teruna mama memang teringin nak ke sini. Mama pernah cerita kat post Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang. Akhirnya selepas beberapa tahun dapat juga Pergi ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang.

Trip Penang April 2022:


Pergi ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Kami sampai ke sini dah petang. Sudah hampir pukul 4 gitu. Rupanya last beli tiket 4ptg, dan tutup 5 ptg. Bagus staff di kaunter tunggu kitaorg sebab diorang nampak kami tengah parking. Masa tu dah lebih pukul 4 dah. Terima kasih banyak kepada considerate staff kat sana. 

Tak tahu nak cerita macam mana kital yan gambar je la dulu ye.

Bahagian outdoor sebelum keluar


Bahagian indoor





Kat sini ada seating macam tengok wayang bolehlah nak lepaskan lelah.


Bahagian outdoor


Besar juga kat luar ni



Overall experience ok lah singgah sini especially bagi yang ada anak kecil Sebab tempat ni walaupun tak besar sgt tapi selesa nak bawak anak-anak, Sejuk dan indoor. Bahagian outdoor pun ada sebelum pintu keluar tapi masih berbumbung. Orang pun tak ramai mungkin sebab masa mama ke sini dah nak tutup. Attraction kat sini pada amam ialah tulang dugong dan ikan paus. Rangka ikan paus tu besar betul so wajib kena ambil gambar kat sini tau. 

Video Lawatan Ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Jom layam video walk through Ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang




Tiket Bayaran Masuk Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Berikut adalah harga tiket masuk ke Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Bayaran masuk adalah RM 5 per adult. 


Maklumat Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Mama syorkan korang telefon dulu sebelum datang. Takut tutup.


Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Aquarium Batu Maung)

Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Telefon: 04-626 3926

9 comments:

  1. Betul tu budak2 mesti seronok datang sini dpt tgk ikan

    ReplyDelete
  2. Jauh perjalanan betul mama :)
    Menarik tempat ni, ada peluang boleh discover...

    ReplyDelete
  3. Budak-budak kecik mesti seronok kalau singgah ni

    ReplyDelete
  4. murah fees die..pastu indoor sejuk..best la

    ReplyDelete
  5. macam best je bila la kami nak sampai penang lagi ntah..

    ReplyDelete
  6. Kalau anak-anak kecik bawak ke sini harus suka lah depa kan Adda..

    ReplyDelete
  7. next time pergi penang boleh singgah sini

    ReplyDelete
  8. Wow!! Bestnya kalau bawa anak-anak..

    ReplyDelete

Words of wisdom